sesungguhnya sewaktu entry ini ditaip, perasaan yang wujud bukanLah perasaan benci mahupun marah terhadap goLongan2 yang bakaL disebutkan nanti....tapi ia Lebih kepada kekesaLan dan mengajak kepada perubahan yang membawa kebaikan kepada imat sejagat *tudiaaa ayat kemain poLitik Lagik nie...HAHAHHAA*
TUDUNG LABUH...perihaL tudung nie dah banyak kaLi orang ramai perkatakan...biLa tudungnya Labuh, dikatakan USTAZAH ataupun ALIM...yang dikatakan tidak bertudung tidakLah jahat dan seumpamanya...ditegaskan di sini, HUKUM TETAP HUKUM....yang dosa tetap dosa makanya CG tak mahu uLas Lebih Lanjut, sebab masing2 sudah dewasa dan akiL baLigh dah pun...
kan cantik begini ?? |
wahai WANITA BERTUDUNG LABUH, pada entry ini CG nak menyatakan beberapa perkara penting kepada anda :
- yesss, anda menutup aurat dengan sempurna *insyaaLLah* dan jaLan ke syurga itu MUDAH LaLuannya bagi anda tapi ianya TIDAK MEMASTIKAN anda terus masuk ke syurga okayy ??? makanya, siLa jangan meLetakkan hukum dan mengecam terus kaum2 wanita yang BELUM mendapat hidayah seperti anda.
- CG sarankan supaya geng2 wanita bertudung Labuh ini TIDAK hanya duduk daLam keLompok mereka yang bertudung Labuh sahaja dan MEMANDANG PELIK kepada wanita2 Lain yang memakai tudung bawaL biasa, tudung ape2 Lah mahupun yang masih free hair...dengan perangai itu, keboLehan DAKWAH anda adaLah sangat diragui dan orang yang beLum mendapat hidayah dan jahiL iLmu juga akan rasa tak seLesa dan sampai biLa2 pun mereka takkan berubah...jadi, mahu saLahkan siapa nanti ??? CG kee ???
- CG tahu yang wanita2 yang bertudung Labuh ini sedang meLatih diri agar bersifat sederhana, zuhud dan sewaktu dengannya...tapikan wahai sahabat, janganLah sampai tudung tuh dah berbau hamis, kotor dengan sisa ciLi, kicap segaLa hasiL sisa makanan minggu Lepas masih Lagi wujud di atas tudung tersebut...waaaaa, itu KOTOR namanya, bukan ZUHUD !! aigoooo, bawak2Lah jaga kebersihan itu jugak yea...sedangkan ISLAM juga ada meLandaskan umatnya menjaga kebersihan.
- bertudung Labuh itu sebenarnya ada garis panduan oLeh ISLAM yang menyatakan 'LABUHKAN PAKAIAN MENUTUPI BELAHAN DADA DAN LONGGARKAN PAKAIAN DARI MENGIKUT BENTUK BADAN' . takde puLak state daLam aL Quran berapa inci ke bawah, berapa inci ke Lebar segaLanya...andai ianya sudah Labuh menutup dada, tak jarang segaLa dah cukup ikut Landasan yang digariskan oLeh isLam...kenape, kaum2 anda *kumpuLan bertudung Labuh bagaikan teLekung* SUKA HATI meLetakkan syarat yang Labuh tudung ada ukuran2 yang spesifik ??? iskkk iskkkk iskkkk....
- saranan CG Lagi, awak2 yang dah bertudung Labuh itu siLa Lah Luaskan pergauLan supaya SINAR dan HIDYAH yang anda dah peroLehi itu dapat disebarkan kepada wanita2 Lain yang masih mencari2 hidayah mereka...kaLau iLmu, perkongsian dan nasihat itu hanyaLah berkisar daLam kumpuLan 'TUDUNG LABUH' anda, konsep sampai menyampaikan itu tak Lah efisyen, arasso ???
ehhh, banyak membebeL...makanya...kepada wanita2 yang BERTUDUNG LABUH, bantuLah sahabat2 wanita yang Lain menuju ke SYURGA impian bersama. terima kasih . mesti ada yang bertanya, kenapa WANITA BERTUDUNG LABUH ?? kerana pandangan mata kita seLaLu kata yang WANITA BERTUDUNG LABUH ini seLangkah kehadapan ISTIQAMAHNYA daLam kehidupan...
p/s : kaLau kita ada iLmu, tapi tak kongsikan dengan orang Lain, itu SOMBONG namanya...ingat tuh :)
25 comments:
entry edisi sentap nampak !!! haha
ade lagi ek geng tudung labuh yg rigit cam ko sebut tu ek?
Islam tidak mensyariatkan supaya wanita tudung, Islam hanya mensyariatkan umatnya (muslimin dan muslimat) supaya menutup aurat..itu sahaja.
ke-2, seseorang tu tak semestinya masuk syurga dengan amalan yang dibuatnya sahaja...untuk masuk syurga mereka juga perlu mendapatkan rahmat dr - Nya semasa hisab sebelum masuk syurga.
wallahualam.
like2. bertudung labuh tapi mulut laser.huhu geram nie
AS : nampaknya masih ada goLongan yang rigit seperti itu...terima kasih atas perkongsiannya =)
aku suke. huehuehue
same thing happened when i volunteered at konvensyen bidadari dunia.aku tau la aku pakai tudung bawal, tak berpurdah, tak berjubah.tapi jangan la nak menjeling macam aku tak pakai baju plak.bukan seorang, tapi beberapa orang sampaikan ktorg pun perasan.(kenapa diorg pandang kite macam tu?) aku bukannya berbikini pon.astaghfirullah.
fairuz : HAHAHAHA~ kau, sumee pon sukee..hikksss~
aLia : tuLah payahnya biLa mentaLiti mereka begitu...kaLau asyik daLam kumpuLan mereka jee, macam manaLah orang Lain yang dipandang enteng tuh nak ikut jejak Langkah kan ?? =)
yaaaa...sgt sokong point num 2. Tak semua yg bertudung labuh camtu, tapi segelintirnya mmg mcm tu. bergaul dlm kelompok sendiri shj & pandang rendah/pelik terhadap yg freehair/tudung biasa2 je.some of them jela. tak semua. lagi bagus kalau dorang bergaul elok2 dgn yg x bertudung labuh tanpa pandang serong.. ada kemungkinan nnt kwn2 yg blom bertudung labuh akn terikut2 cara mereka & mula menutup aurat dgn betul. kan?
jz opinion. ayat pon belit2 :P
alhamdulillah kat kampus ni pasukan tudung labuh sangat2 peramah and mesra gila..sangat penyabar dlm menyeru kitorang gi usrah...and diorang xpernah pndang serong walopon kitorang rmai yg berbelit2 shawl.. =)
tapi saya rasa kan cik gojes. tak sepatutnya kita menyatakan kesalahan kepada wanita tudung labuh je. sedangkan ramai lagi org kat luar sana yang KOTOR n etc. tak patut rasanya dinyatakan sampai macam ni sekali. kan bagus kalau cik ojes nyatakan umum. tak tertumpu pada wanita tudung labuh sahaja. entry ni semacam boleh menjatuhkan imej baik wanita islam yang seboleh bolehnya ingin menjaga aurat mereka(tudung labuh). tak adil rasanya buat mereka. kenapa perlu cakap 'tudung labuh bagaikan telekung'. jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. kita juga wanita islam. yang wajib menjaga aurat. apapun bagus nasihat cuma biar gelaran yang sesuai.
so far belum pernah lagi jumpa dengan geng2 tudung labuh yang macam tu. selalu nya diorang baik and peramah. senyum selalu. hehe.
emi : ituLah yang CG kesaLkan biLa mereka hanya duduk daLam kaLangan mereka sahaja LaLu memandang wanita Lain dengan pandangan yang tak terjemahkan...tak semua begitu, namun segeLintir yang meLakukan adaLah amat dekat dengan keLompok CG yang masih jahiL =)
misznanarizaL : aLhamduLiLLah, tahniah kepada mereka yang bertudung Labuh tapi masih ramah dan gigih menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeLiLing...semoga makin ramai yang mengikut jejak Langkah mereka nanti =)
anon : subhanaLLah, astaghfiruLLah...puas sudah CG nyatakan yang CG bukan mengecam pihak yang bertudung Labuh jauh sekaLi meLabeL mereka dengan benda2 yang tak baik...tetapi mahu terima atau tidak, ini adaLah reaLiti yang berLaku disekeLiLing CG maLah CG sendiri mengaLaminya...jika CG menyebut daLam bentuk terLaLu umum, maksud CG takkan sampai dan sampai biLa2 segeLintir kaum ini tidak akan mengerti...frasa mana yang CG menjatuhkan mereka ?? CG kagum dengan mereka cumanya beberapa teguran dari aspek yang baik perLu diberikan untuk menjadikan kita semua musLimah yang Lebih baik...
mohon maaf andai ada yang terguris...ini cuma garapan pandangan dari perspektif sudut seorang CG =)
EA : good2..ituLah musLimah sejati yang kita harapkan...semoga setiap wanita musLimah Lebih ramah dan manis dengan kaum wanita seangkatannya =)
sgt2 setuju dgn point2 dari CG ;)
GO : CG sekadar memberi point dari sudut pandangan yang ikhLas :)
Assalamualaikum...
Pandangan dan pndapat saya : Islam itu cantik.
Memang Islam itu menyuruh umatnya menutup aurat. Satu kewajipan tetap yang tidak dapat digubal disangkal. Dan sebarang yang menjadi aurat itu haruslah ditutup dengan sempurnanya-jauh utk mengelak dari mata2 ajnabi.Mengenai ukuran labuh atau tidak, berapa inci atau tidak memang tidak dinyatakan dgn jelas di dalam Al-Quran. Sbb itulah kita perlu merujuk kpd Al-Sunnah sbg sumber kedua dan perlu membuat perbandingan antara mazhab dlm bab aurat ( tudung ). Kita tdk sharusnya fokus kpd satu2 mazhab jer-Mazhab Shafei.Di sini perlu dan amat perlu untuk kita menuntut lebih lagi ilmu2. Bukankah menuntut ilmu itu sepanjang hayat?.Cuma apa yg sy nak kata biarlah tudung yg kita pakai itu benar2 menutupi dada, tidak jarang dan mengikut aturan syariat yg tlh digariskn. Klu tudung yg dipakai itu masih lg tdk menepati apa yg tlh dgariskan, maka ukur baju di badan sndiri. Ukur iman kita. Jgn cakap tk serupa bikin. Biasalah pandangan manusia selalunya tdk sempurna. Ada sahaja yg tidak kena. Yg bertudung labuh akan memandang kpd yg tidak berapa labuhnya dan begitulah sebaliknya.Kita hidup di dunia ini bukanlah krn utk meraih apa pandangan manusia terhadap kita, tapi kita datang untuk meraih pandangan ALLAH terhadap kita. Sempurnakah kita di mata-NYA? Oleh itu, perbaiki diri kita sendiri, jadi yang terbaik kpd diri sendiri dulu dan barulah kita jadi yg terbaik kpd semua. Niat hanyalah utk perkongsian semata-mata.Yg buruk datang dari sy yang lemah ini, yang baik datang dari-NYA. :)
anon : terima kasih atas perkongsian dan iLmunya :)
OH : haih...tak semua yang bertudung Labuh itu Laser...mungkin over power sket nasihat mereka =)
assalamualaikum.
untuk point nombor 1. kalau yang menutup aurat itu tidak memastikan mereka terus masuk syurga, bagaimana ya kalau golongan yang tidak menutup aurat? cukup sekadar ingat pada diri sendiri. ikut sunnah dan al-Quran, syurga lah ganjarannya. hidayah kena dicari, bukan datang bergolek di kaki.
untuk point nombor 2 tu, ketahuilah bukan mudah nak mengajak orang lain berubah. diajak tapi alasan diberi. jangan salahkan orang lain andai tidak dapat hidayah. semua itu bergantung kepada diri sendiri. (even yg tulis dan yg membaca ini pun tahu benefit tudung labuh. tapi ada bergerak ke arah itu? wallahu'alam) sukanya nak berkongsi pengalaman, bertudung labuh akan membataskan segala perlakuan sosial. tak percaya? cuba tanya kepada mereka yang bertudung labuh kenapa tidak join aktiviti dengan mereka yang tidak bertudung labuh? tanya dulu, sebelum buat konklusi begini dan begitu. dan kadang2, pandangan mereka ke arah golongan yang pakai tudung biasa diiringi doa supaya mereka berubah. dan kadang2 ada juga yang memandang golongan bertudung labuh dengan pandangan jelek. manusia sentiasa tak puas dengan manusia yang lain kan? Allah Maha Mengetahui. namun masih ramai je yang bertudung labuh bersama mereka dengan bertudung biasa. dari mana ya penulis dapat info ini? pernah tak penulis berada bersama golongan bertudung labuh untuk satu tempoh?
point nombor 3, setuju dengan ayat ni. bagi seorang muslim, kebersihan sangat2 diutamakan. tak kira lah dia bertudung labuh atau tidak.
point 4, kenapa perlu dihighlightkan kumpulan bertudung labuh bagaikan telekung itu ya? daripada tulisan, boleh timbul pelbagai tafsiran. sekali lagi, dari mana penulis dapat info ini ya? penulis tertinggal satu perkara. labuh tudung menutup dada dan melebihi dada. hmmmmm. rasanya sebaik2 tudung yang bagaikan telekung tu lah.
point last, dalam islam ada batasan pergaulan yang harus dijaga. dan kita berubah biarlah kerana Allah bukan kerana manusia. hidayah itu perlu dicari oleh setiap insan. diri sendiri yang kena mulakan. bila hati dah mahu, Allah akan permudahkan jalannya. kalau diajak bertudung labuh sekarang, siapa yang mahu? penulis? semuanya bergantung pada hati masing2. dan hati manusia itu Allah yang pegang.
--hanya pandangan. maaf andai salah dan terasa. sama2 kita mencari hidayah Allah. sama2 kita berjalan ke syurgaNya.
anon : terima kasih atas perkongsian danpandangan...semoga semua kaum wanita dapat membuka pandangan kearah yang Lebih baik =)
Sejuk ati sy tau~
http://murniellyfiesya.blogspot.com/
slm cikgojes <3
i always believe that islam itu mudah tapi takleh dimudah2kan..
mcm ramai readers dah clear, syariatnya ialah menutup aurat & menjaga batas pergaulan..
its nothing wrong with fashion as long as ikut syariat & bukan niat utk attract attention others (lelaki mahupun wanita).. ait? wanita pun tertarik? yep, ade yg berfesyen kerana nk dipuji kiutmiut, anggun, cantikmenariktertarik oleh kengkawan & jenjiran wanita.. sy satu ketika dulu pun menghidap sindrom "dress to impress" nih.. moga Allah maapkan saya n moga readers cg doakn saya tak dijangkiti virus ini lagi ya!
saya sgt memahami perasaan cg bilamana terasa dipandang rendah oleh ktl (kump tudung labuh) sbb sy pnh rasa (sy pakai tudung bwl n rs di'stare') dan ini membuat saya menjauhi ktl.. satu lg perasaan rasa diri tak cukup alim pun buat sy distantkn diri (tak la thp anti) from ktl..
tp setelah sy sendiri menebal & melabuhkn tudung, baru sy tau betapa susah ya amat nk approach non-ktl.. mcm ade barrier lak.. tp bila makin lama sembang n kenal true colors masing2, the tudung is no more an issue.. boleh siap curhat (curahan hati) lagi gitew.. malah ramai adik2 usrah sy geng shawl&pashmina :).. ramai gak member/kwn seofis sy yg masih freehair & non-muslim.. and sy slalu hang out for lunch n sometimes go shopping together.. weee~.. tp kengkadang mmg org pndg pelik tgk minah tudunglabuh gi mkn2/shop2 dgn member freehair/nonmuslim.. tp kitorg wat derk je, yg penting kitorg friendforever~
mungkin pd pndgn sy (yg mebi salah), the real issue is miscommunication sama ada verbal, body language, perception, mentality etc.. ktl salah faham non-ktl.. vice versa..
ktl takut nk approach non-ktl sbb takut kne reject..
non-ktl distantkn diri from ktl sbb ingt ktl xmo member ngn diorg..
so salah sape skrg ni? ktl or non-ktl? hehe.. pd saya yg salah sebnanye syaitanirrajim.. sbb dia laa yg sebnanye dok bisik2 kat ktl supaya jgn kwn non-ktl & bg rasa bajet bagus.. setan yg sama jugak laa yg dok bisik kat non-ktl supaya rasa cam takbes kat ktl.. jadinya non-ktl bukan musuh ktl & ktl bukan musuh non-ktl.. musuh yg sebna is setan..
macam org tua2 cakap: tak kenal maka tak cinta.. maka both sides perlu try to break the barrier.. cube try ajak ktl yg cg cakap td tu pi shopping (kalau diorg tu member cg), ckp la to hv girls outing.. sure diorg xtolak.. name je pompuan mmg same je fitrahnye..ngehehehe..
spread the love! islam is peace <3
ps: alamak cg,ingt nk tulis sikit je, ini dh jd satu n3 nih.. gomennei!
Assalamualaikum. sy setuju dgan komen anon d atas . jgan letakkan kesalahan pd wanita yg brtudung labuh shj . manusia bukan malaikat atau maksum. tak ada yg smpurna . dan sy rasa istilah 'tudung labuh bagaikan telekung'sedikit kasar. keistimewaan wanita bertudung labuh, kdang2 boleh terus solat . x perlulah bawak telekung sebab pakaian dah lengkap menutup aurat . biarlah mereka memakai tudung labuh seperti telekung dan dilabel terlebih kain berbanding ' TAK CUKUP KAIN ' tudung labuh memang ada bnyak ukuran2nya . anda menggunakan istilah sedemikian seakan menghina hadis Rasulullah . entri di sini seakan HANYA MENCARI KEBURUKAN wanita2 yg bertudung labuh . menasihati biarlah berhikmah . contohi Rasulullah SAW :) bahasa melambangkan KEPERIBADIAN kita dan didikan ibubapa sejak kecil .harus positif dan tidak pesimis. jngan sesuka hati melabelkan seseorang itu "JAHIL" . kita semua sebagai manusia ini adalah JAHIL . sekadar pendapat . maaf . Wallahualam .
Jzkheer :)
Post a Comment