Tuesday, July 16, 2013

setiap manusia itu unik !


assalamualaikum.

sebelum terus membaca entry, meh la sama2 layan lagu current favourite CG nie. tak macam damai pulak telinga dengar lagu nie. tenang je muzik dia. agree??


miss me eh ?? hahaha...tiba2 tanya orang rindu CG ke tak dah kenape, yee dak ?? *terkinja kinja malu* it's okayy, bukan selalu CG nak malu2 cenggini kan...rare nie. rare. maka terima lah dengan hati yang terbuka. oh, by the way...masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN !

*okayy, dah agak lambat sebenarnya sebab dah dekat seminggu puasa baru terhegeh2 nak wish*



newsflash. i am officially a penganggur kehormat now *ihiks* again. but alhamdulillah, JS KIC EXCELL sedang membangun dengan pesat sekarang *alhamdulillah*

'amende JS KIC EXCELL tuh ??' jerit satu suara halus. 

ehhh?? CG tak pernah cerita ke ?? sorry, my bad. tak menyempat nak story hokkay. basically, ia adalah sebuah syarikat training and motivation consultant dan juga pembekal alat bantuan mengajar dan peralatan sekolah dari prasekolah sehinggalah ke barangan sekolah menengah. nothing big but it was just a dream come true. bekerja dengan team yang dah serasi dengan kita, dalam line yang kita suka, that is all i dream of back on masa dengan KKDK UTHM. in my next entry nanti CG akan story lebih pasal team JS KIC EXCELL nie okayy and ape bende keje yang kami buat and mana dah kami terjah :)

for today, CG cuma nak ala-ala buat comeback *yooolah tuh*.

actually CG ada lah baca soalan2 atau rungutan2 yang ada di FB, twitter and even ada yang email pada CG pasal nak jadi macam orang nilah sebab dia bla bla bla, nak jadi macam orang tu lah yang ada bla bla bla and what so ever. why people, WHY ?? kenapa nak jadi orang lain sedangkan kita sendiri dah ada kelebihan yang tersendiri.

you know what, every person on earth is unique in their own ways. tahu tak ?? okay, kita ambil satu contoh yang paling mudah nak bagi faham :


kalau suruh banding mereka berdua nie, bagi CG abam aaron CG tetap nombor 1 lah bagi CG. muka sweet, body tough, sweet, kacak, bergaya, hot daddy dan yang sewaktu dengannya. tapi berlainan pula pendapatnya dengan puan emak. beliau kata adi putra lagi macho and bla bla bla *tak mau puji, keh keh keh*. padahal both pon memang super awesome nyee pun. kat sini je kita dah nampak setiap manusia mempunyai taste yang berlainan. makanya, kenapa nak ubah rupa diri ikut seperti apa yang orang lain nak?? lain orang, lain pandangannya and lain orang jugak, lain cita rasa dia.

supposely, kita kene belajar terima dan sayang diri sendiri dan bawak rupa diri tu dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersyukur. setiap manusia ada uniknya sendiri. kalau pasangan awak nak awak ubah sesuatu yang tak masuk akal, why bother ?? leave him/her  and one day you'll find someone yang akan terima awak for who you are. 

tahu tak kenapa dalam kehidupan kita nie berpasang-pasangan?? sinonim dan antonim. cantik dah aturan yang Allah dah ciptakan. adanya langit, adanya bumi. adanya api, adanya air. adanya lelaki dan adanya perempuan. setiap yang berpasangan itu juga adalah saling melengkapi. ada yang fizikalnya dan melalui mata kasar kita kelihatan sempurna tapi rohani dan di dalam dirinya kosong. lalu yang melengkapkan dia adalah mereka yang penuh dengan warna2 ceria peribadi dan rohani walhal melalui pandangan mata kasar kita semuanya tak kena. dan yang macam CG kata lah, setiap manusia itu unik setiap satunya.

maka, bermula dari hari ini...CG harap, semua orang mampu rasa bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan pada kita dan gunakan dengan sebaik baiknya. kalau kita rasa kita ada banyak kekurangan, betul. manusia biasa macam kita banyak kekurangannya tapi jangan sampai mengaburi kelebihan yang lama2 berkarat sebab tidak diserlahkan. 


so, love yourself and be confident !






Wednesday, June 19, 2013

a song by Ed Sheeran entitled Kiss me :)


pakai headphone, kuatkan volume, sit back and relax dan hayati lagu nie.

CG rasa best, sebab tu CG nak spread the feelings *awww, sweet tak* enjoy !

Monday, June 17, 2013

curi curi buat short blogpost :)


i love tweeting tapi atas sebab2 tertentu, terpaksa berehat dari tweet menggila.
anyways, happy Fb-ing, tweet-ing, instagram-ing and blog-ing people!!

mungkin faktor usia yang sudah tua menyebabkan malas berada di social network nie.
tee hee hee.


sebagai penutup short blogpost nie, here's a cute quote i stole from goofgle last night :)


wishing you guys ahappy days ahead people !!


Friday, June 14, 2013

sabar itu manis. paid off :)


19 Mei 2013. okay, even ini cerita lama, tetap jugak perlu diberikan ucapan penghargaan kepada mereka yang bersusah payah celebrate birthday CG *seriyes terharu*. kepada hamba Allah yang tak mahu identitinya support keseluruhan birthday celebration nie,CG tau dah sapa orangnya and i thanked you so much :) very much. brotherhood and sisterhood nie memang lain macam sikit rasa dia.

serious talking, sebulan dua nie memang busy setanding YB lah. tu pasal nama kat twitter jadi YB Gojes *boleh rujuk sisi kiri blog nie* sibuk yang sampai tido pon rasa bersalah, mandi pun ikut dan je, sempat mandi lah tak sempat watlek sudah. makan pun sama kayh *ehehehehe*. ade lah dalam seminggu dua tuh kerja bersepah snagat sampai CG tido tak nyenyak langsung hari2 sampai settle keje tuh. as a result : mata panda, pipi kempis sikit dan mata merah kemain macam vampire.

one picture is too mainstream. ahahahhaa. muka cekung slim kononnye.

alhamdulillah, dengan #teamJSKICEXCELL *company CG kerja and menimba ilmu* adelah rezeki sikit2 masuk. actually bukan lah kisah snagat pasal bayaran ke hape, tapi job di SK Bandar Rincing hari tu memang sangat2 mengajar CG susah payahnye nak handle motivation and training consultant. berlanjutan dari program bersama KKDK UTHM, team JS KIC EXCELL nie ditubuhkan sebagai satu company yang menjalankan motivation and training untuk sekolah2 di malaysia. JS KIC EXCELL pon ada membekalkan peralatan sekolah macam alatan muzik, alat bantuan mengajar dan macam2 peralatan sekolah lah. so, kalau ade pape, boleh ke FB JC KIC EXCELL *laman web sedang dalam pembangunan*.

amboi terpromote company pulak. doakan kejayaan kami yang baru kecil langkah dan tapaknya dalam industri nie.

bersama adik2 SK Bandar Rincing
team JS KIC EXCELL.

jangan di tanya kenapa team nie semua lelaki, memang semuanya lelaki kecuali CG. tu pun untuk lah cik amalina sudi join CG masa di sekolah tu. kalau tak, jam 4 pagi CG lah kene kejut budak2 perempuan bangun qiamullail sorang2 *wuuuu, nak tidooo. macek amalina :)* girls, team JSKICEXCELL memang tengah cari perempuan yang berminat dalam training bagai nie. so, kalau berminat boleh roger CG kayh. nanti kita cerita panjang pasal job description.

pinjam meja sekolah. apekah meja semakin mengecil atau kita yang besaq ?? huuuu~
SK Bandar RIncing, we love you. thank you :)
dari last entry yang CG taip sampai ke hari nie, banyak sangat yang dah jadi sampai tak larat nak muntahkan dalam satu entry. so, let it be a good memories for us je lah kay sayang2 sekalian :)

sebahagian team MHS UTHM. CG tak join pon, datang menjengah je, bagi semangat !

kiri kanan itu anak2 ikan yang ohsem. teruskan brotha!

awww...entry bercampur2 nie memang tak sampai sangat perasaan sebenar bagi setiap program, aktiviti, job atau apa2 yang berlaku but at least kalau satu hari nanti CG hilang ingatan ke, belek2 lah blog nie untuk bagi refresh sikit2 memori yang berbaki. ape yang penting CG nak tekankan adalah :

  • treasure your time with precious people around you. manusia boleh berubah.kalau hari nie kita boleh bertepuk bertampar, esok lusa mungkin kita akan jadi strangers antara satu sama lain.
  • masa kita tengah sibuk gila memang akan rasa deppressed. tapi kita kene bersyukur, Allah limpahkan kita rezeki yang tak terjangkau dek akal kita bila dah siap semua kerja tu. so, paid off.
  • jadikan setiap kesalahan dan kegagalan kita sebagai garis panduan untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang dan sebagai tauladan supaya kesalahan yang sama tidak akan dilakukan lagi.
  • just remember, Allah datangkan hujan sebelum beri kita pelangi indah untuk tatapan kita. maka, sabar lah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan :)



thank you for all your love and care. i love you. ALL :)

Saturday, May 11, 2013

untuk Puan Emak saya :)


actually, i dont even know the exact date of mothers day so CG assume yang hari2 pon mothers and fathers day in May. awesome tak CG ?? keh keh keh. kita anggap je lah yang hari nie mothers day for my Puan Emak. so, Puan Emak...HAPPY MOTHERS DAY *ehekss*

eventhough heliza helmi buat lagu nie untuk kita realize the power of Al-Quran *which is very good* i would like to dedicate this lovely song to our very own life saviour, Puan Emak :) *sweet kan ya, ma ??*


Woman perspective of Puan Emak Vs Cik Anak *CG lah hoiii* :

  1. She don't fancy shopping unless untuk beli barang dapur and sangat bagus dalam kewangan rumah. She knows all the cheapest yet fresh place to buy groceries. how cool was that ?? Compare to me, saya boros shopping. 
  2. Of coz a very good cook yaw. kau sebut je menu ape, ibarat macam ada buku resipi dalam otak itu. and yeah, resipi dari barat, timur, selatan utara. nah, you name it. kecuali ikan keli dan yang sewaktu dengannya lah memang fail *geli katanya*. well, i am a good cook also. lempeng CG masak kegilaan adik2 kot *ok lah tu kan. kan??* oh, kecewa.
  3. Sejak dua menjak dah pandai pakai tab, kemain menjadi lubuk gossip dan berita dah Puan Emak nie. cerita luar dan dalam negara dalam genggaman tahu ?? eventhough CG punya gadget jauh lebih handal dan up-to-date, still ketinggalan. Boo you CG !!
  4. She's a very talkative dan sangat ramah hokkay. whoever likes to talk a lot, be my guest and entertain my mommy *a point for you kak pah* hahaha. CG pun mulut kepoh jugak but more likely in certain occasion yang memerlukan kekepohan CG lah. so, i lost to Puan Emak. tee hee hee.
  5. Puan Emak is kind of neat woman. Seriously, kau tengok je lah beliau masak kat dapur. she's not a kind of tinggal sepah2 type of person. example : lepas potong sayur or things on chopboard and dump into the pot, terus basuh chop board and pisau dan letak di tempat tos pinggan. banding dengan CG, masak telur sebutir pun berkecah dapur *baru nampak macam memasak kan ??*
  6. Seorang yang sentiasa bersedia. Kalau nak pegi trip ke mana2 yang jauh *even dekat* she will prepare bekalan macam jajan2 ke, or even cook a meal in case tempat yang dituju tak jumpe tempat makan. when you have a husband that will get hot temper if he's hungry, mestilah bijak tawan keharmonian kan *sorry Encik Ayah*. And always have this stock of medicine along during trips. Way to go mommy. please, don't compare to me *duhh*.
  7. Puan Emak is more like cepat gabra punya orang but it's cool to have one in the family so everything will be perfect. menggelabah tuh bukan ape, she'll easily got panicked bila dengar bad things even kecik je hal nye pun. kalau CG tengah drive and melintasi lorry pon beliau boleh gelabah hoiii. CG pulak jenis lek lek je sampai dek kerana terlalu rilek, i took things for granted sometimes. not good to become a mom and wife dalam latihan *usaha lagi*.


Puan Emak always told me that there are certain things i might not get it now but will probably understand when i've become a mom soon. it's not that i don't understand, but i choose not to. hikkss. mengada gila. well, that's how CG punya perangai manja *manja lah sangat, mengada lebih. yeah, i know*. masa sedang meningkat dewasa, i tend to break my mom's heart every time i opened up my mouth. up until now, maybe i still did it a lot. how bad i am to the society's, Puan Emak never gave up on me and that's the power of a mom. and yes, you too Encik Ayah. i am not easy to be handled throughout my growing up phase but you still managed to take a good care of me. for that, i love you. we, the three stooges love you :)


Puan Emak, you might not the greatest mom on earth. for us, you are the most amazing mom ever.

i mean EVER.


terima kasih kerana melahirkan.
terima kasih kerana membesarkan.
terima kasih kerana memberi kasih sayang.
terima kasih kerana memahami.
terima kasih kerana mempercayai.
terima kasih kerana tidak pernah berputus asa.


dan TERIMA KASIH untuk semuanya.


tak lupa, terima kasih menggemukkan kami semua. ehhh. no, itu terima kasih dari anak bernama AMIRA sahaja. ehek. admit it, i'm sweet :)


you know what, being Cik Gojes's mom memang tersangatlah over publisiti.

and i bet, Puan Emak boleh dapat heart attack baca grammar CG yang tunggang terbalik. well, that's how i roll Puan Emak. keh keh keh.

kbye.


Monday, April 29, 2013

there will always be...


hamboiii. kemain rajin pulak CG menaip blog. yee dak ?? *kih kih kih* sebelum CG start entry yang nie, moh le layan kejak lagu dari apis nie haaaa..adeh, menusuk qolbu kemain lah aih lagu dia. ayuh !!


hak hak hak.

saje je ambil mood2 jiwang sikit nak menaip entry kali nie. well. adee lah sikit2 kena dengan lagu *yeke ??* lama gak lah rasanya tak bersenti-mental kat  blog tercinta nie. mungkin sebab takde benda nak dijiwangkan. aihh, loosernye rasa bila kata begitu *duduk tepi sudut*

korang tahu tak ape itu CRUSH ?? *maaf, bukan crusher yang ade kt kepci tu ye. lempang kang* crush nie lebih kurang macam kau minat kat orang tu lah in one way feeling gitew. maksudnya either orang yang kau ade hati tu tak tahu atau dia takde feel pon kat kau. tu menurut ape yang CG paham lah kan *keh keh keh. i am no good in expression kot* okay berbalik kepada crush. tipu sangat lah kalau kata korang takde crush. mesti bila kau tengok someone tuh, kau macam dah terasa cam ade kimia antara korang yang cuma wujud dalam pemikiran korang. gila complicated.

ada orang pernah tanya CG, 'kalau kita confess kat crush kita dan kemudian cinta kita kene reject is that we still call it crush ??'. well technically, you are CRUSHED namanya *hambar*

okayy, cerita sebenar takde kena mengena dengan crush pun. sekadar teringatkan soalan pasal crush tu je *hek hek hek* percaya tak kalau CG kata, akan ada satu attraction antara kita dengan SATU manusia berlainan jantina nie sehinggakan pisah macam mana pun tetap akan ada sesuatu yang buat kita tak boleh lupakan dia. macam magnet. sesuatu tu mungkin rasa cinta yang terbit atau mungkin satu relation yang manusia sendiri tak mampu nak terjemahkan. kalau korang tengok cerita twilight ibarat macam kes jacob black imprit renesmee (anak bella and edward cullen)

tapi dalam kisah nie, yang ala2 jacob nie jenis player. habis semua perempuan dia ayat, bukan setakat cair. rasanya dah lebur. boleh dikatakan kalau dia bukak mulut, walaupun muka tak hensem mana masih tetap mampu menggugat jiwa anak dara. gamaknya kalau dia mengorat mak dara pon boleh dapat kot *agaknya, manalah CG nak tahu kan* yang uniknya, satu perempuan nie jugak yang dia kalah. walau perempuan tu dah ada pakwe, putus, dia tak kisah jadi rebound boy sekalipun asalkan dengan perempuan tuh. sesungguhnya perempuan itu HEBAT. kalau tanya CG, of coz lah CG jeles. sape tak nak jadi orang terpenting dalam hidup orang lain kan ??

so, ianya melengkapkan teori yang CG pernah terfikir satu masa dulu. there will always ONE person that can  make your world up-side-down. takpe lah, maybe itu jalan cerita mereka. CG sentiasa doakan yang terbaik sahaja. orang tua2 ada berkata, kalau kita redha mendoakan kebahagiaan seseorang walaupun kita sendiri terluka, insyaallah doa itu sendiri sedikit sebanyak terbias pada diri kita *amin*

hai. saya taylor lautner. tengah makan pon saya masih hensem :)

yang sedang bercinta, semoga berbahagia. yang sedang kecewa, chillex. dunia belum berakhir. there will always be...


my prayers for you :)



don't give up you life *winks*

Sunday, April 28, 2013

budak nakal.


cerita nie sedikit basi sebab ini kisah lama cuma baru hari nie tergerak nak taip kat blog terchenta nie *usap2 laptop* well, CG masih lagi aktif dalam bidang memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah dan menengah. tak kira lah ikut motivasi bersama kelab atau bersama company. for me, bagi motivasi nie tak semestinya nak suruh adik2 kita nie cemerlang gemilang terbilang dalam bidang pelajaran, tapi kita nak bagi dia guide untuk teruskan hidup sebagai INSAN. lain maknanya tuh.

kalau nak diikutkan, CG bukanlah jenis manusia penyabar nak menghadap kerenah budak2 nie *boleh mendapatkan kesahihan berita dari adik2 CG* CG mudah marah, senang naik hangin dan mudah give up kalau melayan budak2 nak2 lagi yang jenis nakal kemain keras kepala. rasa macam nak sepok sekali dua je rasanya. tapi memandangkan CG dah mendapat latihan dari KKDK UTHM how to be a facilitator, insyaallah ilmu yang dikongsikan dapat membantu CG tackle kanak2 ribena degil.

sehinggalah pada satu hari, bila CG ditugaskan untuk jadi fasilitator kepada satu sekolah nie *nama sekolah terpaksa dirahsiakan. hahahah* kebiasaanya, sesi ice breaking secara mess akan dilakukan untuk memecahkan ice antara peserta dan juga merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti peserta yang hyperactive atau terjal kekdahnya. kemudian, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. oleh kerana CG adalah fasi yang paling vateren *otaii katanya* maka, kanak2 yang terlebih terjal dan nakal telah diserahkan kepada CG *tenggss lah sangat kepada ketua fasi* fyi, program kali nie pesertanya SEMUA lelaki. mati.

salah satu group budak terlebih nakal dalam sejarah. time nie dah kurang dah nakal dia.

antara perkara yang boleh membuatkan CG sakit jiwa dengan mereka :
  • tengah LDK boleh nak tido ?? *am i that boring ??* padahal CG kemain semangat buat games segala kot. tak pernah dalam sejarah adik fasi CG jadi bosan.
  • sentiasa mempersoalkan benda yang CG suruh buat.
  • tak serius.
  • malas nak berfikir.
  • bahasa yang 'cantik gila'.
  • tahap malas yang extra woiihhhh.
dan yang paling sentap sekalik adelah conversation ini :

(CG : CG, adik fasi : AF)

AF : kak, nak tanya sikit.

CG : hah, tanya lah.

AF : takde ke fasi yang lawa sikit ??

CG : *blurrr gila muka dahku*

provided masa tuh cuma ada 2 je fasi perempuan dan yang lainnye semua lelaki. peerrrggghhhh, apeekah dahku tak cukup lawa ke ?? *duduk tepi penjuru*

sampai hati you olls kata CG tak lawa. ciss.
selesai hari pertama, CG and team rasa memang tak boleh nak teruskan dengan modul yang sedia ada. malam tu jugak kami bincang and tukar the whole modul supaya kanak2 ribena nie boleh nampak semangat sikit. esoknya, kami buat modul yang melibatkan pergerakan fizikal dari mula celik bijik mata, sampai lah nak tidur. kalau tanya CG, mula2 memang macam nak give up dah handle program nie sebab peserta tak nak bagi kerja sama. tapi gagahkan jugak dengan ubah dan cuba macam2 gaya pendekatan, alhamdulillah. akhirnya mereka bagi kerjasama.

macam CG cakap kat AJK program, kalau ada 40 etika fasi, CG rasa CG dah langgar semuanya. hak hak hak. bila kenal mereka, barulah CG sedar yang mereka jadi nakal sebab mahukan perhatian. diorang ada jugak mengadu yang kadang2, diorang pun tak tahu ape salah diorang sampai sentiasa dapat tanggapan buruk dari warga sekolah. even orang lain yang buat salah, diorang saja yang asyik kene bash. ibaratnya macam diorang memang dah ada cop rasmi kat dahi tu bahawasanya diorang adalah samseng kat sekolah. to be honest, dalam kenakalan diorang, sebenarnya diorang nie ada talent masing2. hidden talent.

budak nakal biasanya tak suka nak tunjukkan sangat talent yang diorang ada. actually otak mereka nie sangat bergeliga tapi tersembunyi disebalik kenakalan yang diorang saja cipta nak memberontak. biasalahkan, usia muda. bila CG dah faham rentak diorang, diorang nie adalah individu yang menarik untuk didekati actually *seriously* CG tak kata lah yang CG BERJAYA jinakkan kanak2 nakal nie but it was an interesting and memorable experience bila kene keluar dari comfort zone. 

nie gambar paling skema boleh click masa last day.

the bottom line is, kalau kita ditakdirkan kene hadap budak2 yang nakal, CG galakkan anda untuk jangan mudah berputus asa. kene sentiasa try and error mendekatkan diri dan memahami mereka. ada sebab kenapa diorang jadi macam tuh. kalau dikaji, kita akan rasa terkejut sebenarnya masyarakat adalah punca utama kenapa mereka boleh jadi nakal *just saying*

to my beloved adik2 sekalian, especially yang nakal terlebih tuh...nak jadi nakal boleh, tapi biar bertempat dan tak menyusahkan orang lain kayh. kalau agak2 macam rasa takde orang nak dengar masalah awak, akak sentiasa ada untuk mendengar. walau tak dapat membantu, at least i can be your crying shoulder kayh ?? semoga adik2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA dan beroleh kejayaan dala hidup masing2.


p/s : tahukah anda, ianya adalah satu perasaan yang sangat lain bila kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti dan masyarakat setempat. walau tak besar mana, ianya tetap perasaan yang menakjubkan. cubalah !!



Wednesday, April 24, 2013

dagu tak suntik okay !



untuk kali ke SERATUS, CG nak cakap yang dagu CG memang ori, semulajadi dan asli tanpa ada cucuk2 botox kemain ape jadah semua tuh untuk bagi runcing. hamboiii kemain korang kutuk dagu runcing CG kan. CISSS !! 

untuk mereka yang bertanya samada CG dah jumpe ke belom MR.X yang CG ceritakan dalam entry sebelum nie...maaf, CG juga menemui jalan buntu *sigh* mungkin juga cerita tersebut terkubur di situ *hukhukhuk*

sesungguhnya CG amat terharu kepada mereka yang bertanyakan kenapa CG nampak muram, kurang bermaya, tak nak cakap banyak lately nie...rileks, CG tak sakit kronik okayy. biasalah bila kepenatan, lesu dan letih tuh memang datang dalam satu pakej yang lengkap *yawwning* seriously sangat terkejar kejar nak selesaikan segala kerja, masalah dan tanggungjawab terhadap semua yang berkaitan dengan diri. kadang kadang sampai rasa 24 jam tu macam tak cukup je nak buat semua kerja. so, my point is i am BUSY not SICK. sabar yea, bila hari CG semakin tenang nanti kita sembang panjang panjang yea.

ada juga yang bertanya my current status sekarang nie as banyak cerita pulak yang terkeluar lately nie *peerrrgghhh, feeling artis* NO, i am not married yet. NO, i am not engaged yet. YES, there's a bit mushy mushy tiny lovey dovey things happening and YES, i am definitely recovering very fast better than i've expected.



nothing much to write actually, just killing my time waiting for something to completely downloaded. akhir kata *gila formal tahap nerdy* dalam musim musim tengah 'panas' kat Malaysia nie, semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNYA. jaga tingkah, jaga bahasa dan jaga perlakuan :)



Saturday, April 20, 2013

jejaka misteri.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu !!

fine fine fine. CG tahu memang berkurun tak update. alasan sibuk memang dah basi tapi CG tetap nak bagi alasan jugak. CG malas nak update. nie semua gara2 makhluk mana ntah hacked account blogspot CG nie and tukar password dia. nasib lah member CG ada yang jenis IT freak *eehhh* yang jenis hebat gila dalam dunia IT nie, sekejap je password and blogspot CG dah cure balik. macam takde keje lain kan manusia yang hacked account CG. bukan ade cerita panas ape pon. puiii.

by the way, i miss blogging days. tapi nak buat macam mana kan ?? zaman berpoya poya dah habis. ini zaman memenuhi tanggungjawab yang semakin bertambah *ciss ayat bajet gaya2 dewasa raya* takpelah, bila lagi nak merasa kerja keras. time tengah bujang boleh lah merambu ke sana kemari sesuka hati. hikkss. actually CG just nak mencoretkan satu kisah yang CG tak sangka pun akan jadi dalam hidup CG. selama nie macam rasa dalam hidup nie, takde yang kebetulan. hurrrmmm.

al-kisahnye bermula dari kelmarin. kelmarin CG baru balik dari johor ke kl atas urusan yang macam2. macam biasa, CG turun kat TBS and naik LRT untuk balik ke ampang. masa tengah tunggu LRT tu, 2 orang manusia tanya direction kat CG. dah terasa macam kaunter pertanyaan LRT sudah tapi ape salahnyee kan tolong orang. tak luak pun. the interesting part bermula pada orang kedua yang bertanya.

(CG : CG, orang yang bertanya *tak teringat nak tanya nama dia* : Mr.X)

Mr.X : assalamualaikum. cik tumpang tanya, train nie pegi gombak ke ??

CG : ohhh. kalau nak ke gombak,ambil train yang nie pastu nanti turun kat masjid jamek ambil putra sampai ke gombak.

Mr.X : ohh. terima kasih. lama doh tak mari sini habis bertukar semua sistem LRT.

CG : hmm. agak laaa. takpe, takkan sesat punya. banyak papan tanda. sistem LRT nie baru jugak lah bertukar. datang dari mana ni ??

Mr.X : ohh. saya dari kota bharu, klate. dulu blaja sini, kat UIA. pastu balik klate setahun, esok nie ada interview. 

CG : *senyum. hmm. tak tanya pon. fuuu*

kemudian, Mr.X pun sambung lah berborak borak sampai lah train datang. dia masuk coach lain, CG masuk coach sebelahnya but still boleh nampak satu sama lain. masa CG masuk coach train tuh, conversation kitorang macam sedikit tergantung hokkay. takde goodbyes takde thank yous or pape. boleh tahan macam biadap jugak lah CG masa tuh. well, Mr.X is quiet a good looking guy tapi takde lah jauh sangat CG fikir. CG perasan masa dalam train tuh setiap station train berhenti, dia tengok CG *maybe CG perasanlah kot* then masa CG turun untuk tukar train balik ampang, CG tak pandang pon dia. malu mungkin ??

nak dijadikan cerita, semalam CG ke TBS. atas tujuan ape, tak payah tahu dulu...tu kita cerita lain. tapi semalam CG pegi TBS bawak kereta. masa CG turun lif nak ke tingkat 3, lif berhenti kat tingkat 4 and ada 2 orang mamat masuk. masa tuh CG tengah leka tengok tab so, memang tak amek port sangat lah. tapi tu lah kan, instinct perempuan yang kuat kot...CG rasa macam ada satu aura membunuh yang pandang CG and CG pun angkatlah muka tengok sape manusia yang ada dalam lif tuh. huh. seperti sangkaan memang ade manusia yang tengok CG macam nak telan. still, CG buat dono je lah. masa nak keluar lif tuh, rasa ade orang cuit bahu and panggil 'awak'.

to my surprise, Mr.X hokkay ! apasal lah CG tak perasan. cehhh.

Mr.X : ingat lagi saya tak ??

CG : awak yang tanya saya direction semalam kan kat LRT ?? *senyum*

Mr.X : nasib baik ingat lagi, kalau tak malu je saya. semalam lupa nak cakap, terima kasih ehh tolong bagitahu jalan.

CG : oh, no big deal lah.

Mr.X : huurrmm. kejap. awak nie cik gojes kan ??

okayy, pada waktu itu, semua sistem dalam badan ibarat macam berhenti beroperasi sebab terkejut sangat stranger pon still kenal CG.

CG : macam mana awak kenal saya ??

Mr.X : haaa...rahsia lah !! masa saya tegur awak semalam, saya rasa macam saya kenal. bila saya check balik gambar2 lama, sah. betul pun awak.

CG : gambar2 lama ?? amboiii. maaf, saya makin bingung. ehhh kejap. awak dah kenal saya, tapi saya tak kenal awak lagi. sape nama awak ye ??

Mr.X : hahaha. takpe, kalau kita terjumpa kali ketiga nanti saya bagi tahu nama saya.

CG : aihh...macam tu pulak ?? okayy, kalau tak nak bagitahu nama awak, bagitahulah awak kenal saya dari mana. blog ?? program ?? FB ??

Mr.X : soalan tu saya akan jawab kalau kita jumpa kali ke empat.

CG : aihhh...bila tahun lah tuh nak jumpe nyee.

Mr.X : saya percaya jodoh. yang kelima mungkin selamanya. takpelah, saya gerak dulu, assalamualaikum.

dan dia meninggalkan CG terpinga pinga untuk beberapa ketika. aahhh. lemas sungguh lah begini. dia kenal kita tapi kita tak kenal dia. acaner nie ?? takpe lah, kalau ada jodoh dapat jumpa Mr.X next time, boleh lah CG sambung cerita ini ye.

misteri.


chillax and be awesome !!

dear Mr.X, awak memang unik. i like your style but i don't like to be kept waiting. hurry up :)


Friday, March 15, 2013

genetik sengal dari ayah.


ayat pertama CG nak kata, ENCIK AYAH MEMANG AWESOME.

siang tadi CG adalah dalam keadaan tidak sihat dan kurang upaya *bukan OKU ye kawan2 sekalian, gua lempang lu kang baru tahu* keadaan johor yang panas melampau dan iklim dalam bilik kerja di tahap beku *ok tipu, aircond je* memang mengundang kesihatan terganggu. CG rasa bukan johor je kot yang bahang kemain. maybe semalaysia mungkin *yeke ??*

so, berbalik kepada story CG yang stress kengkononnyee menghadap database *nampak tak jauh menyimpang yawww* bila stress ke, sedih ke, marah ke or ape2 emosi lah yang CG hadapi, orang yang CG paling suka nak contact adalah Encik Ayah. so, dalam tengah pening2 key in data bagai tuh masuk database, CG pon telah menyuruh Encik Ayah menalipon CG semula *sebab tahu akan jadi long conversation, plus beliau pakai talipon opis, jimat. Alasan terhebat* maka berikut conversation antara CG and Encik Ayah yang CG rasa rare gila :

(CG : CG, Encik Ayah : EA)

CG : ayah, Ya stress nie. banyak keje, bla bla bla *yang belakang2 tuh tak payah tau lah. muntah kalau baca*

EA : stress ?? pegi lah karok !!

CG : bhahahha. ape ke rare sangat nasihat tuh ??

EA : yee lah. keje, keje jugak. rehat and hiburan kene ada. kau kan suka sangat menyanyi bagai.

CG : huuuu. agak2 kalau karok boleh claim tak ??

EA : boleh. it's on me. pegi lah karok release stress tuh. nanti claim dengan ayah berapa ringgit.

CG : HAHAHAHAHAHHA *dalam hati, fuuyyyooohhhh*


okayyhhh. gila sporting Encik Ayah tetiba nie. beliau kata sebab CG dah buat dia happy, so tak salah kot dia nak bagi CG happy gak *awww, tears* apa sebab dia happy ??? haaaaaa, tu rahsia anak beranak lah woii. takkan nak kepochi satu dunia yee daaakk ??

aahhh, CG tak kisah lah orang nak kata : 'apelah punya bapak encourage anak pegi karok. bawak2 lah suruh baca Quran ke hape'. adoiii laa betapa sempitnyee ruang otak yang berkata2. Encik Ayah dah bagi cukup didikan agama lah kat CG dan insyaallah i know what am i doing. CG bukan pegi berzina ke buat maksiat. bukan berdua duaan dengan yang bukan muhrim pun hadoii laaa. tak kisah lah. say it as you wish. hanya Allah yang layak menilai diri ini dan segala apa yang CG lakukan :)

anyways, CG tetap nak kata Encik Ayah memang ala2 sengal gitu. so, you know where i get this humorous and sengalness genes lah yee. so, blame me father !! bahahhaha. thank you Encik Ayah and Puan Emak for the endless support and undying love.



ayah CG tough. tapi CG lagi 'tough'. mohon jnagan setujuk.


p/s : muaz penah ingat Encik Ayah adalah boyfriend CG. CG tertanya tanya, adakah CG nampak tua atau Encik Ayah nampak muda ?? mohon jawab yang kedua. hew hew hew.

p/s/s : CG bukan anak bongsu yang manja. gua anak sulung hokkay. okayh, saja nak bagitahu.

Sunday, March 10, 2013

mohon jangan creepy sangat.


wahai belog. jangan lah dikau merajuk dengan tuanmu ini kerana mengabaikanmu berdekad lamanya. sesungguhnya tuanmu ini macam lipas kudung mintak nyawa nak survive hidup beberapa minggu kebelakangan nie. bawak2 kumpul rindu tu yeah *haha, intro hyperbola*

assalamualaikum dan happy weekend people ! yeah, some of you might say that CG dah jarang nak membebel kat blog sekarang nie. apahal ? merajuk kee. pooodah merajuk dengan blog sendiri pe kes. actually CG hilang pedoman sikit past few weeks kengkonon menjadi first lady sibuk tadbir negara *wooot* idea overflow tak tahu vaporised pegi mana entah sampai benak betul nak menaip lately nie. tulah kan, banyak sangat makan semut sampai lupa diri *ehh, tak semena mena*

okayh, kembali menaip kat blog bersawang nie pon sebab tiba2 datang ilham tak semena2.

persoalan : still ade lagi ke orang yang main hentam keromo dial number kat telefon then kalau ade respon, diajaknye berkenalan ?? 

haaa, masa zaman CG muda2 dulu *well, sekarang masih muda belia juga. ahem* bila ade number tak dikenali tersesat masuk call list boleh jee ajak berkenalan and jadi kawan. malah ada je yang still berkawan sampai sekarang. pada CG, dah tak relevan lah nak main aci tangkap muat jee berkenalan dengan strangers zaman sekarang nie. yelah, bila zaman makin maju kemain pelik2 je orang yang ajak berkenalan nie. kadang2 CG tak paham, yang strangers nak berkenalan tu pun apahal nak contact suka2 orang yang tak dikenali. apekah life beliau terlalu bosan ?? atau beliau merupakan loner yang takde kawan ?? atau juga mungkin pembunuh dan perogol bersiri ?? *oii, mintak simpang*

an incident just happened to me where ada satu number nie call CG but i was in the toilet. so, masa lepas keluar toilet ada missed call, CG pun text lah dia and tanya who the hell was it and why call. then that particular person sorts of like mengayat macam nak berkenalan. well, CG memang bukan dalam mood nak berkenalan lah kan sebab tengah banyak kerja gila and i was like cakap elok2 kalau takde hal yang penting or berkaitan memang tak berminat nak berkenalan. and that guy tiba2 macam nak marah kata CG nie sombong lah and what so ever. memang salah orang lah kan kalau cakap cenggitu and memang CG tak layan.

about half and hour later, dia say sorry and dia kata dia betul2 nak kenal dengan CG and i was like creepy nyee dia nie. dia adalah a HE which means lelaki lah kan. when i ignored him, ayat dia mula lah merapu and oiii sangatlah disturbing hokkay. bunyik macam lelaki gersang tahu *pardon me adik2 bawah umur* ade tanye pakai baju apa, tengah baring ke cemana. jadah dia soalan macam kenal bertahun oii. bila dah eww2 cenggitu haruslah CG buat tak reti and delete je semua texts dia. godek punya godek henpon CG jumpe pulak button untuk block phone number. so, CG telah meletakkan number beliau dalam senarai blocked list *padahal baru ada satu number jek sebab baru jumpe button block tu, tee hee hee* creepy gila bila fikir2 balik.

moral of the story, kalau strangers contact and you can detect dia ada berbaur mengancam ketenteraman dan privacy hidup, mohon blocked terus kat phone or your current user center. pelik2 dah manusia di zaman berteknologi tinggi nie. kadang2 CG terfikir nak buat tak reti je kalau ade unsaved number yang contact CG tapi kadang2 tak boleh jugak sebab banyak urusan kerja pakai number yang satu tuh. so, kalau yang ade number CG and nak berhubung dengan CG sebab kerja or anything, mohon perkenalkan diri so that CG takkan ignore awak lah ye :)


so, itu sahajalah untuk masa ini. ada banyak karangan berjela lain lagi yang CG nak hadap. mohon jangan rindu. sape rindu, sila tatap gambar kat bawah nie lama2 sampai bosan *hek hek hek* love you !! ciom pipi kiri kanan. chups !!


peace. CG tak sombong kalau kena gaya tegur yea semua. rawwrrr.

Saturday, February 23, 2013

bingung.


ini muka wondering.

banyak yang bermain dalam kepala hotak CG sekarang nie. i mean banyak gila sampai tak tahu nak fokus yang mana satu. kepada mana2 yang mampu jawab persoalan2 yang CG kemukakan, mohon lah bagi buah pikiran.

  1. kenapa masyarakat kita sangat suka nilai orang lain berdasarkan taraf pendidikan, rupa paras, taraf pekerjaan ?? i mean, yang kerja bagus gaji besar sebab dia rajin dan pandai tapi hakikatnya kerja dia banyak orang lain yang buat dan banyak ambil rasuah sini sana. lepa tu, yang cantik pulak mesti dapat assumption yang semua orang pun suka dia dan akan di sunting segera.
  2. kenapa makcik kat kedai makan nie potong kacang panjang dan cili padi sama saiz je dia?? ini tak boleh dimaafkan nie, sampai CG konpius mana kacang panjang yang dah ketot dengan cili padi..dah lah tak boleh nak beza kalau dua2 tuh dah masak dalam tom yam yang tengah CG hirup sebab kebulur sangat ni. pijar lidah CG tahu *nanges*
  3. kenapa suka sangat buat satu kerja tuh ampai 20 juta kali *ini hyperbola* ?? contohnya, basuh satu baju pastu sidai pastu basuh lagi satu baju dan repeat sampai habes baju. apasal tak sumbat basuh semua dulu baru sidai. kan senang. poor management betul.  
  4. kenapa novel HLOVATE best sangat ?? makanya kena kumpul duit 20sen sehari nak beli next novel dia. hew hew hew.

okayylah, itu sahaja. selamat berhujung minggu !



p/s : malu betul masih ada yang kenal CG even CG dah jarang mencarpub skang. bagi yang tak tahu, mencarpub itu men-car-pub. mencari publisiti murahan. ehek ehek ehek.

p/s/s : duit kumpul kawen alhamdulillah makin meningkat. maybe duit tu buat duit pegi umrah dengan family dulu lah kot. calon tak nampak bayang lagi. hikhikhik.




Tuesday, February 19, 2013

tacticle guide for the blind people. alert please !!


tahukah anda ape kejadahnya benda nie :

yang warna kuning and grey nie..definitely bukan barang mainan kan ??

untuk mereka2 yang tak tahu, ini nama dia TACTICLE GUIDE. tujuan benda nie ada kat tempat pejalan kaki kat jalan raya, kat stesen bas or stesen2 pengangkutan awam yang lain bukan lah sebagai satu perhiasan semata mata *oh, ini serius* tacticle guide nie merupakan penanda bagi OKU (orang kelainan upaya) yang kehilangan deria melihat, yakni mereka yang buta. alaaa, diorang gunakan tongkat untuk berjalan tuh and tacticle guide nie laa yang bagitahu mereka berada di garisan yang betul dan selamat. kalau ikut UBBL *uniform building by law* memang prasarana untuk OKU nie sedia khas kat tempat2 awam, cumanya masyarakat sekeliling yang kurang pendedahan mengenainya.

nie CG nak cerita lah satu kejadian and boleh dijadikan pengajaran kepada mayarakat yang normal macam kita nie. that one day, masa tuh CG kat LRT and going somewhere...and ada lah sorang amoii nie berdiri betul2 kat line warna grey tuh sambil main handphone and CG was like tak kisah lah sebab tak nampak pon mana2 orang buta yang jalan. a few minutes later, CG tiba2 terdengar amoii tu marah2 sebab pakcik tuh langgar dia and CG rasa nak tombok jee amoi tuh sebab pakcik tuh buta kot. dia cakap camnie :

'haiiyaaa...lu dah lah buta, jangan lah nak langgar orang saja. punya luas tempat sana tu apahal lu mau langgar wa juga. haiyaa. !@)(*&^%$#@'

amboii amoi nie main maki hamun dalam bahasa dia pulak, pakcik tuh still terduduk sebab jatuh lagi tuh. CG bengang lah kan and tolong angkat pakcik tu *sedih oii tengok masyarakat kita yang lain boleh buat pandang je. hangin betul aku dengan rakyat amp**g nie* bila pakcik tu dah bangun and CG pun nampak LRT macam dah nak sampai, CG bahasakan aje amoi tuh :

'excuse me miss, i don't know either you are blind or plain stupid. see that grey thingy you stepped on ?? that is a rail or tacticle guiding block for the blind people to guide them. i dont blame this old man. he should bash you with his tongkat instead.'

hamekkau. kan CG dah terkurang opan bahasanya. lepas tu train tu pun sampai and CG tengok dia lari naik coach yang lain dari CG. haha, takut kene smash lagi lah tuh. bila ramai yang tak tahu pasal tacticle guide nie, mula lah kemudahan nie orang pandang ringan je. CG perasan dekat kl central, ada stall secret recipe betul2 sebelah line tacticle guide nie. kalau orang ramai2 beratur nak beli kek kat situ, confirm menghalang laluan mereka yang buta nie. haih, hopefully diorang alih lah cepat stall tuh.

anyways, jom jadi rakyat Malaysia yang bertimbang rasa, berhemah dan peka dengan keadaan sekeliling yea. kalau prasarana kita tiptop tapi penduduknya masih di minda kelas 3, tak mampu jadi negara maju jugak. so, keep on giving a good deed people. Love ya ! :)


Tuesday, February 5, 2013

orang bandar jumpa bendang, jakun.


awwww caaakkk...ewaaaahhh..jangan nak cakap banyak. CG rasa gamba atas nie gambar CG paling comel yang penah ada dalam simpanan, tu pasal tempek kat sini tuh *hikhikhik* sambungan dari entry lepas, kali nie CG cuma nak tempek banyak gambar the day masa CG nak balik ke kl dari perak. on the way balik kl tuh, kemain menggeletik lagi nak singgah bendang feeling2 photoshoot. al-maklumlah orang bandar peghak kemain nampak bendang. dulu masa CG balik rumah cik BIBU, pernah laa berangan nak pegi photoshoot situ tapi tak kesampaian sebab masa tuh kami berkejar nak balik kl. so, kali nie dah alang2 ramai....marilah kita feeling2 model tak bertauliah hasil petikan jari cik BIBU the photographer.

i love this one. cik HAQ kemain macam joyah gossip.


lihatlah sawah bendang cantik baq hang.

geng myvi kelabu.

kamilah diva. awww.

bukan senang rupanya jadi photographer and model. semua orang boleh ambil gambar tapi berapa ramai lah kan yang dapat capture moment yang cantik and berharga, yee daakkk. plus, ramai jugak para wanita yang agak segan bila moment dia di capture oleh photographer lelaki. haaaaaa, member CG cik BIBU nie perempuan yang awesome. tangan dia macam ada magic bila snap gambar. tak tahu lah ape pasal *hekhekhek* sape2 yang nak guna khidmat cik BIBU, boleh roger kat FB dia : UMMU HABIBAH *kelik nama yee* page untuk hasil2 tangkapan dia still under construction so tu link personal FB. boleh jee inbox, dia nie riendly *ehekehekehek*


berusaha cari spot cantik untuk gambar yang cun.

cik bibu the photog. ironlady nie.


Monday, February 4, 2013

memorable getaway version PERAK.


assalamualaikum and happy monday !! *yawning*
hahahahhaa. ade pulak malas2 d pagi isnin pulak, no good. this time around, CG just nak share about my awesome getaway dari hustle bustle kerja yang menyakitkan otak bersama mereka2 yang tercinta. entry panjang banyak gambar. let's roll bebeh.

so, CG dapat invitation dari geng bergolek katil masa kat SERATAS dulu, FARAHANIM yang on 2 febuari akan berlangsung majlis perkahwinan dia dan husbandnya *our senior sekolah jugak* so, the reception was held in kuala kangsar, perak and memang agak ramai lah yang dijangka turun padang memeriahkan majlis. so, memandangkan hari jumaat lepas adalah hari cuti umum bagi pekerja2 wilayah *bukan CG lah tapi* kami pun bergerak menuju ke perak lebih kurang jam 6.30 petang dari bangi :)


on the move ke bota, perak.
kami telah menggelarkan diri kami, geng myvi kelabu *as kereta yang dipandu adalah myvi yg berwarna kelabu. pffttt* so, there was cik BIBU, cik EZAREENA, cik HAQ dan cik GOJES *ehek ehek ehek* tak lupa jugak, PEDOBEAR yang setia kene peluk dengan CG *tee hee hee* alhamdulillah walaupun wilayah public holiday, jalan keluar menuju ke utara ada lah tidak banyak kereta so kami tak stuck dalam jam lah berjam2. sampai bota around 10 malam and terus iron baju untuk hari keesokannya *gila semangat kan*

the next day, pagi2 buta lagi kitorang dah terpacak siap nak pegi kenduri rumah farah *pagi laaaaaahhhh sangatt kaaaannn* dari bota, rumah cik BIBU kita nie kitorang konvoi dengan dua cik abang hensem yang lead kitorang menuju ke ahli konvoi yang lain. mula2nya konon janji nak jumpa kat kfc pekan kati *kalau tak silap la* last2 end up kumpul kat sini :

Masjid Ubudiah.
hamboiii...kemain muka ahli syorga mengimarahkan masjid nie *amin* sementara menunggu yang lain2 tiba, kitorang yang ada nie sempat lah ber photoshoot sekejap bersama2. well, kalau dah subjek gambar tuh *kami* dah berseri2, memang cool lah gambar yang terhasil kan...scenery tuh memang gifted lah !! so, jom tengok ape yang sempat di snap :

self timer. geng myvi kelabu.

awww. benteng memisahkan kita kemain.

nampak tak nur di wajah2 manusia mengimarahkan masjit tuh. hikhikhik.

dalam gambar itu adalah dua cik abang yang lead the way, terima kasih YB seboii *specky* and YB limie *baju hitam* and tak lupa cik MAIMISZ *tudung hitam* yang datang menepati masa....adelah dalam setengah jam jugak kitorang menunggu dato'2, YB2, dan orang2 besar yang lain neh tiba. bila dah cukup korum, baru lah kitorang gerak and masih lagi cik abang cik abang hensem di atas ini yang lead the way. bagus buat laki depa nie *berminat, boleh hantar resume pada CG hokkay* berpandukan pengalaman membaca peta dari kad kawen dan GPS, maka sampailah kami ke tempat yang hendak di tuju.

senior BUN dan puan FARAH in yellow ! congrats by the way.

ini separuh dari geng mak joyah diva pinjam pelamin buat props ambil gambar.

ini all the gigirls yang datang masa majlis :)
jangan tanya kenape gambar boboys dengan pengantin takde, diorang yang jual mahal tak mau ambil. puiii. by the way, masa makan and lepak2 duduk banyak jugak lah gossip and tukar2 cerita terkini. yang paling tak sangka bila cik FARHANIS *tudung biru gelap* dengan cik AINBIE *baju pink tudung turquoise* yang merupakan si kaki gossip and perangai gila2 choose to be a teacher. sangat kagum hokkay !! selingan, si FARHANIS nie boleh pulak bukak cerita yang adik dia baca CG punya blog and si FARHANIS nie boleh sound adik dia 'cubalah kau baca bahan yang berilmiah sikit dari blog cik gojes tuh'. peeerrrggghhhh. menusuk qolbu. to adik kepada cik FARHANIS, thank you :)

so, lepas dah membongkang makan and mengikut plan geng myvi kelabu, kitorang memang nak ke taiping. yelah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kene kejar dengan headboy *monyet besaq bak hang* zaman2 sekolah asrama dulu. mula2, geng myvi kelabu jeee yang nampak gaya akan meneruskan misi ke SERATAS tercinta tapi end up ramai jugak yang ikut *tears* so, jom bring back the glorious memories back when we are stil young *bunyi crack2 tulang mereput*

tepi main hall. dah besar dah pokok kat belakang tuh.

depan ASPURA with GM's car. hahahahaha.

kene sebut nama satu2 nie, kang ade yang merajuk, tak kuasa CG nak layan. bhaahaha. okayy kita mention yang berdiri dulu sebab ramai. so, dari kiri : CHAN, PAM, ANIES, CG, AINBIE, BIBU, HAQ, EZAREENA, NAZIRA, WANNOR, CID and HUDA. dan the jejakas yang duduk : WAN SHARIL, LIMIE, SEBOI and SANI the GM *hakhakhak*

signature SERATAS. kat pagar depan.

the gigirls yang over DIVA !

give me your best shots.

and masa kami dah nak gerak pegi makan yong tau foo kat belakang bomba *tak pernah tahu ape nama real tempat tuh* tiba2 nampak adik2 SERATAS nie baru balik dari outing and CG adalah sedikit perak lah bila tengok diorang outing bawak beg, pakai baju koprat, tudung hitam and kain hitam. sangat lah kontra dengan zaman CG dulu. kalau outing, kene bawak beg kecik jee, pastu pakai baju kurung batik SERATAS yang warna biru tuh and kain putih plus tudung sekolah. nampak tak kontranye ?? so, bila dah nampak benda yang rare, haruslah snap picta kan ?!

dah terasa tua tengok adik2 nie comel2 belaka. baju outing baru SERATAS.

so, next station adalah ke tempat yong tau foo yang terbaik dari ladang !! seriously, memang tempat nie legend lah dari zaman kitorang sekolah sampai lah sekarang. boleh bayang tak CG ambil banyak gila kot tapi harga dia separuh dari harga biasa kalau beli kat KL and memang jauh lagi sedap lah. tanyalah mana2 batch yang pernah belajar kat SERATAS, memang susah nak jumpa yong tau foo terbaik setanding kedai kat taiping nie haaa.

muka happy bila dah kenyang. awww. last shot for the day.

awww. dengan berakhirnya sesi gossip2, chatting2, makan2 dan bergurau senda di kedai belakang bomba tuh makanya we have to say goodbye to each other lah. masing2 pun dah start kerja, sambung belajar and macam2 hal lagi lah. seriously memang happy gila dapat jumpa dengan semua. even tak dapat nak jumpa keseluruhan batch atas kekangan masa dan faktor2 lain, tapi at least dapat gak jumpe ramain budak2 batch. yang paling CG rasa macam best gila adalah bila orang yang kita jarang cakap masa sekolah dulu sebab dia kontrol macho atau belagak cun pun boleh sembang macam dah biasa bercakap with each other.

yelahkan, usia perkenalan kitorang bukan sekejap wehh...dah hampir 10 tahun lebih rasanya. kami batch SERATAS21, intake 2002 dan graduate tahun 2006. 5 tahun bangun tidur menghadap muka yang sama, bergaduh baik sama2, makan sama2, aktiviti sama2, kene marah dengan cikgu sama2. tak lupa jugak yang form 4 baru masuk lepas PMR. even 2 tahun je buat benda sama2, tetap dah macam member kamceng lah. takde beza form 4 baru atau lama *tears*. well, memori yang sangat seronok jumpa dengan semua. panjang umur, kita jumpa lagi okayy ?? :)

photo credit to cik BIBU,
nanti CG attach prtfolio fotografi dia nie kalau ada yang nak pakai photog perempuan.
maybe in the next issue ?? ingat sudah habis kah ??
masa on the way balik ke kL semalam, kami sempat photoshoot kat sawah bendang.
hasilnya should be awesome !!
tunggu ya.




p/s : tahun reunion kitorang adalah every world cup. so, it should be next year lah kan ?? awww !! insyaallah.

Thursday, January 31, 2013

Kisah Duka.


assalamualaikum and hello people. dah2, jangan nak maki hamun sangat lah sebab CG tak update blog kerap walau dengan kehadiran LOLLY the tab. so hari nie CG nak tutup bulan januari nie dengan satu kisah yang agak tragis lah. well, kisah nie bukan lah mengenai CG tapi tentang sorang kawan CG yang rapat lah jugak *kalau tak rapat, kau hingat dia nak cerita kisah duka nie kat CG. puhlisss* okayy, mari lah kita menghayati kisah beliau ini.

Ayu *bukan nama sebenar* kawan CG nie ada lagi 5 bulan nak kawen dengan pilihan hati dia si Aman *bukan nama sebenar jugak*. diorang nie dah falling in love sejak zaman belajar kat matrikulasi dulu kira2 6 tahun lepas. satu hari tuh, si Aman nie pun lamar lah Ayu untuk jadi isteri dia and bila dah cinta habes, confirm lah Ayu terima yee daakk. Aman nie propose Ayu lebih kurang setahun yang lepas and since propose tuh diorang pun start lah buat persiapan sikit demi sikit. beli barang hantaran, beli perabot untuk rumah lepas kawen and macam2 lagilah persiapan yang diorang buat. bulan Oktober lepas, 2012, Ayu ada call CG and cerita yang Aman lately macam asyik stress and taknak jumpa dengan dia sangat. CG pun  suruh laa dia calm down maybe Aman stress keje ke hapee kan.

beberapa hari kemudian, Ayu call CG lagi sambil nangis2. dia kata yang Aman asyik cakap benda merepek nak putus tunang bagai lah padahal next year *diz year* diorang dah nak nikah dah. pastu, Ayu tak boleh lah salah cakap sikit, asyik nak melenting jee marah. bila Ayu ajak bawak berbincang, jawapan Aman hanyalah 'kalau tak suka, kita putus je'. masa tu CG dah macam detect something wrong somewhere pada si Aman nie and CG cuba tanya pada Aman but he said nothing's wrong. last december, masa CG keluar dengan diorang berdua CG nampak gak yang Aman macam cuba lari2 jee dari CG tanya macam2. masa tu kitorang keluar nak survey beli barang hantaran diorang. Ayu nampak happy je bila Aman sendiri yang pilih barang2 untuk dia. CG pun agak tak paham lah dengan manusia bernama Aman nie, kejap okayy, kejap tak.

awal januari hari tu, CG dikejutkan dengan berita Ayu putus tunang. bila CG tanya Ayu, ape sebab diorang putus tunang, Ayu just cakap yang family Aman datang mintak pertunangan diputuskan. tapi family dia hantar semua barang hantaran untuk Ayu dengan cincin and mas kawen skali masa nak putuskan pertunangan tu. masa tu otak CG ligat cari jawapan kenape tiba2 benda nie jadi tapi otak beku pulak masa tu. so, CG just mampu tenangkan je Ayu. then, CG sedikit sibuk and tak dengar perkembangan Ayu lagi. just a few weeks back CG jumpa Ayu and dia bagitahu sebab sebenar Aman putuskan pertunangan diorang. berderai air mata CG okayy bila tahu yang Aman tengah koma kat hospital sebab brain tumor stage four. bertarung nyawa rupanya Aman. so, CG and Ayu pun melawat dia kat hospital lepas tuh and sedih gila kot tengok kawan kita terlantar macam mayat hidup. bergantung pada mesin je nak hidup.

2 hari lepas, CG dapat mesej dari Ayu yang bagitahu Aman dah meninggal dunia. berhenti kejap lah jantung CG dengan berita tuh. tapi dalam sedih2 CG, CG tahu yang Ayu lagi sedih dengan berita tu. Al-fatihah untuk arwah. semoga Ayu tabah dengan dugaan dan semoga arwah tenang di sana. 




so, sayangilah orang yang anda sayangi selagi dia masih ada.

p/s : fine. ini kali ke 2 lagu AKIRA SHUKRI kat blog nie. menusuk kot.