Sunday, April 28, 2013

budak nakal.


cerita nie sedikit basi sebab ini kisah lama cuma baru hari nie tergerak nak taip kat blog terchenta nie *usap2 laptop* well, CG masih lagi aktif dalam bidang memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah dan menengah. tak kira lah ikut motivasi bersama kelab atau bersama company. for me, bagi motivasi nie tak semestinya nak suruh adik2 kita nie cemerlang gemilang terbilang dalam bidang pelajaran, tapi kita nak bagi dia guide untuk teruskan hidup sebagai INSAN. lain maknanya tuh.

kalau nak diikutkan, CG bukanlah jenis manusia penyabar nak menghadap kerenah budak2 nie *boleh mendapatkan kesahihan berita dari adik2 CG* CG mudah marah, senang naik hangin dan mudah give up kalau melayan budak2 nak2 lagi yang jenis nakal kemain keras kepala. rasa macam nak sepok sekali dua je rasanya. tapi memandangkan CG dah mendapat latihan dari KKDK UTHM how to be a facilitator, insyaallah ilmu yang dikongsikan dapat membantu CG tackle kanak2 ribena degil.

sehinggalah pada satu hari, bila CG ditugaskan untuk jadi fasilitator kepada satu sekolah nie *nama sekolah terpaksa dirahsiakan. hahahah* kebiasaanya, sesi ice breaking secara mess akan dilakukan untuk memecahkan ice antara peserta dan juga merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti peserta yang hyperactive atau terjal kekdahnya. kemudian, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. oleh kerana CG adalah fasi yang paling vateren *otaii katanya* maka, kanak2 yang terlebih terjal dan nakal telah diserahkan kepada CG *tenggss lah sangat kepada ketua fasi* fyi, program kali nie pesertanya SEMUA lelaki. mati.

salah satu group budak terlebih nakal dalam sejarah. time nie dah kurang dah nakal dia.

antara perkara yang boleh membuatkan CG sakit jiwa dengan mereka :
  • tengah LDK boleh nak tido ?? *am i that boring ??* padahal CG kemain semangat buat games segala kot. tak pernah dalam sejarah adik fasi CG jadi bosan.
  • sentiasa mempersoalkan benda yang CG suruh buat.
  • tak serius.
  • malas nak berfikir.
  • bahasa yang 'cantik gila'.
  • tahap malas yang extra woiihhhh.
dan yang paling sentap sekalik adelah conversation ini :

(CG : CG, adik fasi : AF)

AF : kak, nak tanya sikit.

CG : hah, tanya lah.

AF : takde ke fasi yang lawa sikit ??

CG : *blurrr gila muka dahku*

provided masa tuh cuma ada 2 je fasi perempuan dan yang lainnye semua lelaki. peerrrggghhhh, apeekah dahku tak cukup lawa ke ?? *duduk tepi penjuru*

sampai hati you olls kata CG tak lawa. ciss.
selesai hari pertama, CG and team rasa memang tak boleh nak teruskan dengan modul yang sedia ada. malam tu jugak kami bincang and tukar the whole modul supaya kanak2 ribena nie boleh nampak semangat sikit. esoknya, kami buat modul yang melibatkan pergerakan fizikal dari mula celik bijik mata, sampai lah nak tidur. kalau tanya CG, mula2 memang macam nak give up dah handle program nie sebab peserta tak nak bagi kerja sama. tapi gagahkan jugak dengan ubah dan cuba macam2 gaya pendekatan, alhamdulillah. akhirnya mereka bagi kerjasama.

macam CG cakap kat AJK program, kalau ada 40 etika fasi, CG rasa CG dah langgar semuanya. hak hak hak. bila kenal mereka, barulah CG sedar yang mereka jadi nakal sebab mahukan perhatian. diorang ada jugak mengadu yang kadang2, diorang pun tak tahu ape salah diorang sampai sentiasa dapat tanggapan buruk dari warga sekolah. even orang lain yang buat salah, diorang saja yang asyik kene bash. ibaratnya macam diorang memang dah ada cop rasmi kat dahi tu bahawasanya diorang adalah samseng kat sekolah. to be honest, dalam kenakalan diorang, sebenarnya diorang nie ada talent masing2. hidden talent.

budak nakal biasanya tak suka nak tunjukkan sangat talent yang diorang ada. actually otak mereka nie sangat bergeliga tapi tersembunyi disebalik kenakalan yang diorang saja cipta nak memberontak. biasalahkan, usia muda. bila CG dah faham rentak diorang, diorang nie adalah individu yang menarik untuk didekati actually *seriously* CG tak kata lah yang CG BERJAYA jinakkan kanak2 nakal nie but it was an interesting and memorable experience bila kene keluar dari comfort zone. 

nie gambar paling skema boleh click masa last day.

the bottom line is, kalau kita ditakdirkan kene hadap budak2 yang nakal, CG galakkan anda untuk jangan mudah berputus asa. kene sentiasa try and error mendekatkan diri dan memahami mereka. ada sebab kenapa diorang jadi macam tuh. kalau dikaji, kita akan rasa terkejut sebenarnya masyarakat adalah punca utama kenapa mereka boleh jadi nakal *just saying*

to my beloved adik2 sekalian, especially yang nakal terlebih tuh...nak jadi nakal boleh, tapi biar bertempat dan tak menyusahkan orang lain kayh. kalau agak2 macam rasa takde orang nak dengar masalah awak, akak sentiasa ada untuk mendengar. walau tak dapat membantu, at least i can be your crying shoulder kayh ?? semoga adik2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA dan beroleh kejayaan dala hidup masing2.


p/s : tahukah anda, ianya adalah satu perasaan yang sangat lain bila kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti dan masyarakat setempat. walau tak besar mana, ianya tetap perasaan yang menakjubkan. cubalah !!



5 comments:

Nana Liena said...

oh..kita faham maksud trsiratnya nakal macam mana tu..huhu.biasa la CG budak2 mcm ni kena selalu juga bagi tumpuan..huhu.. bila dah ada orang bg tumpuan dia rasa mcm dihargai..

cik gojes :) said...

NL : ahahaha. mende maksud tersirat. depa nie memang nakal. hikksss :)

arin cat said...

hey! budak mana yg tanya pasal fasi lawa tu ? hensem ke budak nyer, hadui

cik gojes :) said...

AC : ahahaha. kanak2 ribena. biasa lah.

Reena Kamarudin said...

tergelak akak baca entri awak ni dik. tapi memang pun, dorang ni jenis slambe je ikot sedap mulut. hihihi. takpe, apa yang awak buat sangat mulia.