Saturday, May 11, 2013

untuk Puan Emak saya :)


actually, i dont even know the exact date of mothers day so CG assume yang hari2 pon mothers and fathers day in May. awesome tak CG ?? keh keh keh. kita anggap je lah yang hari nie mothers day for my Puan Emak. so, Puan Emak...HAPPY MOTHERS DAY *ehekss*

eventhough heliza helmi buat lagu nie untuk kita realize the power of Al-Quran *which is very good* i would like to dedicate this lovely song to our very own life saviour, Puan Emak :) *sweet kan ya, ma ??*


Woman perspective of Puan Emak Vs Cik Anak *CG lah hoiii* :

  1. She don't fancy shopping unless untuk beli barang dapur and sangat bagus dalam kewangan rumah. She knows all the cheapest yet fresh place to buy groceries. how cool was that ?? Compare to me, saya boros shopping. 
  2. Of coz a very good cook yaw. kau sebut je menu ape, ibarat macam ada buku resipi dalam otak itu. and yeah, resipi dari barat, timur, selatan utara. nah, you name it. kecuali ikan keli dan yang sewaktu dengannya lah memang fail *geli katanya*. well, i am a good cook also. lempeng CG masak kegilaan adik2 kot *ok lah tu kan. kan??* oh, kecewa.
  3. Sejak dua menjak dah pandai pakai tab, kemain menjadi lubuk gossip dan berita dah Puan Emak nie. cerita luar dan dalam negara dalam genggaman tahu ?? eventhough CG punya gadget jauh lebih handal dan up-to-date, still ketinggalan. Boo you CG !!
  4. She's a very talkative dan sangat ramah hokkay. whoever likes to talk a lot, be my guest and entertain my mommy *a point for you kak pah* hahaha. CG pun mulut kepoh jugak but more likely in certain occasion yang memerlukan kekepohan CG lah. so, i lost to Puan Emak. tee hee hee.
  5. Puan Emak is kind of neat woman. Seriously, kau tengok je lah beliau masak kat dapur. she's not a kind of tinggal sepah2 type of person. example : lepas potong sayur or things on chopboard and dump into the pot, terus basuh chop board and pisau dan letak di tempat tos pinggan. banding dengan CG, masak telur sebutir pun berkecah dapur *baru nampak macam memasak kan ??*
  6. Seorang yang sentiasa bersedia. Kalau nak pegi trip ke mana2 yang jauh *even dekat* she will prepare bekalan macam jajan2 ke, or even cook a meal in case tempat yang dituju tak jumpe tempat makan. when you have a husband that will get hot temper if he's hungry, mestilah bijak tawan keharmonian kan *sorry Encik Ayah*. And always have this stock of medicine along during trips. Way to go mommy. please, don't compare to me *duhh*.
  7. Puan Emak is more like cepat gabra punya orang but it's cool to have one in the family so everything will be perfect. menggelabah tuh bukan ape, she'll easily got panicked bila dengar bad things even kecik je hal nye pun. kalau CG tengah drive and melintasi lorry pon beliau boleh gelabah hoiii. CG pulak jenis lek lek je sampai dek kerana terlalu rilek, i took things for granted sometimes. not good to become a mom and wife dalam latihan *usaha lagi*.


Puan Emak always told me that there are certain things i might not get it now but will probably understand when i've become a mom soon. it's not that i don't understand, but i choose not to. hikkss. mengada gila. well, that's how CG punya perangai manja *manja lah sangat, mengada lebih. yeah, i know*. masa sedang meningkat dewasa, i tend to break my mom's heart every time i opened up my mouth. up until now, maybe i still did it a lot. how bad i am to the society's, Puan Emak never gave up on me and that's the power of a mom. and yes, you too Encik Ayah. i am not easy to be handled throughout my growing up phase but you still managed to take a good care of me. for that, i love you. we, the three stooges love you :)


Puan Emak, you might not the greatest mom on earth. for us, you are the most amazing mom ever.

i mean EVER.


terima kasih kerana melahirkan.
terima kasih kerana membesarkan.
terima kasih kerana memberi kasih sayang.
terima kasih kerana memahami.
terima kasih kerana mempercayai.
terima kasih kerana tidak pernah berputus asa.


dan TERIMA KASIH untuk semuanya.


tak lupa, terima kasih menggemukkan kami semua. ehhh. no, itu terima kasih dari anak bernama AMIRA sahaja. ehek. admit it, i'm sweet :)


you know what, being Cik Gojes's mom memang tersangatlah over publisiti.

and i bet, Puan Emak boleh dapat heart attack baca grammar CG yang tunggang terbalik. well, that's how i roll Puan Emak. keh keh keh.

kbye.


Monday, April 29, 2013

there will always be...


hamboiii. kemain rajin pulak CG menaip blog. yee dak ?? *kih kih kih* sebelum CG start entry yang nie, moh le layan kejak lagu dari apis nie haaaa..adeh, menusuk qolbu kemain lah aih lagu dia. ayuh !!


hak hak hak.

saje je ambil mood2 jiwang sikit nak menaip entry kali nie. well. adee lah sikit2 kena dengan lagu *yeke ??* lama gak lah rasanya tak bersenti-mental kat  blog tercinta nie. mungkin sebab takde benda nak dijiwangkan. aihh, loosernye rasa bila kata begitu *duduk tepi sudut*

korang tahu tak ape itu CRUSH ?? *maaf, bukan crusher yang ade kt kepci tu ye. lempang kang* crush nie lebih kurang macam kau minat kat orang tu lah in one way feeling gitew. maksudnya either orang yang kau ade hati tu tak tahu atau dia takde feel pon kat kau. tu menurut ape yang CG paham lah kan *keh keh keh. i am no good in expression kot* okay berbalik kepada crush. tipu sangat lah kalau kata korang takde crush. mesti bila kau tengok someone tuh, kau macam dah terasa cam ade kimia antara korang yang cuma wujud dalam pemikiran korang. gila complicated.

ada orang pernah tanya CG, 'kalau kita confess kat crush kita dan kemudian cinta kita kene reject is that we still call it crush ??'. well technically, you are CRUSHED namanya *hambar*

okayy, cerita sebenar takde kena mengena dengan crush pun. sekadar teringatkan soalan pasal crush tu je *hek hek hek* percaya tak kalau CG kata, akan ada satu attraction antara kita dengan SATU manusia berlainan jantina nie sehinggakan pisah macam mana pun tetap akan ada sesuatu yang buat kita tak boleh lupakan dia. macam magnet. sesuatu tu mungkin rasa cinta yang terbit atau mungkin satu relation yang manusia sendiri tak mampu nak terjemahkan. kalau korang tengok cerita twilight ibarat macam kes jacob black imprit renesmee (anak bella and edward cullen)

tapi dalam kisah nie, yang ala2 jacob nie jenis player. habis semua perempuan dia ayat, bukan setakat cair. rasanya dah lebur. boleh dikatakan kalau dia bukak mulut, walaupun muka tak hensem mana masih tetap mampu menggugat jiwa anak dara. gamaknya kalau dia mengorat mak dara pon boleh dapat kot *agaknya, manalah CG nak tahu kan* yang uniknya, satu perempuan nie jugak yang dia kalah. walau perempuan tu dah ada pakwe, putus, dia tak kisah jadi rebound boy sekalipun asalkan dengan perempuan tuh. sesungguhnya perempuan itu HEBAT. kalau tanya CG, of coz lah CG jeles. sape tak nak jadi orang terpenting dalam hidup orang lain kan ??

so, ianya melengkapkan teori yang CG pernah terfikir satu masa dulu. there will always ONE person that can  make your world up-side-down. takpe lah, maybe itu jalan cerita mereka. CG sentiasa doakan yang terbaik sahaja. orang tua2 ada berkata, kalau kita redha mendoakan kebahagiaan seseorang walaupun kita sendiri terluka, insyaallah doa itu sendiri sedikit sebanyak terbias pada diri kita *amin*

hai. saya taylor lautner. tengah makan pon saya masih hensem :)

yang sedang bercinta, semoga berbahagia. yang sedang kecewa, chillex. dunia belum berakhir. there will always be...


my prayers for you :)



don't give up you life *winks*

Sunday, April 28, 2013

budak nakal.


cerita nie sedikit basi sebab ini kisah lama cuma baru hari nie tergerak nak taip kat blog terchenta nie *usap2 laptop* well, CG masih lagi aktif dalam bidang memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah dan menengah. tak kira lah ikut motivasi bersama kelab atau bersama company. for me, bagi motivasi nie tak semestinya nak suruh adik2 kita nie cemerlang gemilang terbilang dalam bidang pelajaran, tapi kita nak bagi dia guide untuk teruskan hidup sebagai INSAN. lain maknanya tuh.

kalau nak diikutkan, CG bukanlah jenis manusia penyabar nak menghadap kerenah budak2 nie *boleh mendapatkan kesahihan berita dari adik2 CG* CG mudah marah, senang naik hangin dan mudah give up kalau melayan budak2 nak2 lagi yang jenis nakal kemain keras kepala. rasa macam nak sepok sekali dua je rasanya. tapi memandangkan CG dah mendapat latihan dari KKDK UTHM how to be a facilitator, insyaallah ilmu yang dikongsikan dapat membantu CG tackle kanak2 ribena degil.

sehinggalah pada satu hari, bila CG ditugaskan untuk jadi fasilitator kepada satu sekolah nie *nama sekolah terpaksa dirahsiakan. hahahah* kebiasaanya, sesi ice breaking secara mess akan dilakukan untuk memecahkan ice antara peserta dan juga merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti peserta yang hyperactive atau terjal kekdahnya. kemudian, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. oleh kerana CG adalah fasi yang paling vateren *otaii katanya* maka, kanak2 yang terlebih terjal dan nakal telah diserahkan kepada CG *tenggss lah sangat kepada ketua fasi* fyi, program kali nie pesertanya SEMUA lelaki. mati.

salah satu group budak terlebih nakal dalam sejarah. time nie dah kurang dah nakal dia.

antara perkara yang boleh membuatkan CG sakit jiwa dengan mereka :
  • tengah LDK boleh nak tido ?? *am i that boring ??* padahal CG kemain semangat buat games segala kot. tak pernah dalam sejarah adik fasi CG jadi bosan.
  • sentiasa mempersoalkan benda yang CG suruh buat.
  • tak serius.
  • malas nak berfikir.
  • bahasa yang 'cantik gila'.
  • tahap malas yang extra woiihhhh.
dan yang paling sentap sekalik adelah conversation ini :

(CG : CG, adik fasi : AF)

AF : kak, nak tanya sikit.

CG : hah, tanya lah.

AF : takde ke fasi yang lawa sikit ??

CG : *blurrr gila muka dahku*

provided masa tuh cuma ada 2 je fasi perempuan dan yang lainnye semua lelaki. peerrrggghhhh, apeekah dahku tak cukup lawa ke ?? *duduk tepi penjuru*

sampai hati you olls kata CG tak lawa. ciss.
selesai hari pertama, CG and team rasa memang tak boleh nak teruskan dengan modul yang sedia ada. malam tu jugak kami bincang and tukar the whole modul supaya kanak2 ribena nie boleh nampak semangat sikit. esoknya, kami buat modul yang melibatkan pergerakan fizikal dari mula celik bijik mata, sampai lah nak tidur. kalau tanya CG, mula2 memang macam nak give up dah handle program nie sebab peserta tak nak bagi kerja sama. tapi gagahkan jugak dengan ubah dan cuba macam2 gaya pendekatan, alhamdulillah. akhirnya mereka bagi kerjasama.

macam CG cakap kat AJK program, kalau ada 40 etika fasi, CG rasa CG dah langgar semuanya. hak hak hak. bila kenal mereka, barulah CG sedar yang mereka jadi nakal sebab mahukan perhatian. diorang ada jugak mengadu yang kadang2, diorang pun tak tahu ape salah diorang sampai sentiasa dapat tanggapan buruk dari warga sekolah. even orang lain yang buat salah, diorang saja yang asyik kene bash. ibaratnya macam diorang memang dah ada cop rasmi kat dahi tu bahawasanya diorang adalah samseng kat sekolah. to be honest, dalam kenakalan diorang, sebenarnya diorang nie ada talent masing2. hidden talent.

budak nakal biasanya tak suka nak tunjukkan sangat talent yang diorang ada. actually otak mereka nie sangat bergeliga tapi tersembunyi disebalik kenakalan yang diorang saja cipta nak memberontak. biasalahkan, usia muda. bila CG dah faham rentak diorang, diorang nie adalah individu yang menarik untuk didekati actually *seriously* CG tak kata lah yang CG BERJAYA jinakkan kanak2 nakal nie but it was an interesting and memorable experience bila kene keluar dari comfort zone. 

nie gambar paling skema boleh click masa last day.

the bottom line is, kalau kita ditakdirkan kene hadap budak2 yang nakal, CG galakkan anda untuk jangan mudah berputus asa. kene sentiasa try and error mendekatkan diri dan memahami mereka. ada sebab kenapa diorang jadi macam tuh. kalau dikaji, kita akan rasa terkejut sebenarnya masyarakat adalah punca utama kenapa mereka boleh jadi nakal *just saying*

to my beloved adik2 sekalian, especially yang nakal terlebih tuh...nak jadi nakal boleh, tapi biar bertempat dan tak menyusahkan orang lain kayh. kalau agak2 macam rasa takde orang nak dengar masalah awak, akak sentiasa ada untuk mendengar. walau tak dapat membantu, at least i can be your crying shoulder kayh ?? semoga adik2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA dan beroleh kejayaan dala hidup masing2.


p/s : tahukah anda, ianya adalah satu perasaan yang sangat lain bila kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti dan masyarakat setempat. walau tak besar mana, ianya tetap perasaan yang menakjubkan. cubalah !!