Thursday, August 30, 2012

busana merah jambu...




'weh mira, apasaL kau tenung baju tu tak berkedip2 ?? berangan ehh ??'

aku tersentak gara2 suara nyaring anis mematikan Lamunan aku yang entah sampai ke mana. soaLan anis hanya aku baLas dengan senyuman. terLaLu pahit untuk diuLang, terLaLu manis untuk dibuang.


*****************************************


3 tahun LaLu, masa aku muLa2 mengenaL dunia orang berkerjaya aku memang seorang perempuan yang simpLe. perempuan yang banyak bergeLumang dengan kerja2 beLakang tabir dan tak banyak berjumpa dengan orang Luar macam aku ni memang jenis yang sempoi dan simpLe. sebagai seorang assistant interior designer di HIAS-INDAH sdn bhd, kerja aku Lebih spesifik kepada membuat Layout dan menterjemah idea cLient secara verbaL kepada visuaL. dah namanya pun kerja beLakang tabir, banyak duduk ofis panjat sana sini cari materiaL terbaik untuk peLanggan makanya pakaian kerja hari2 adaLah jeans, t-shirt dan tudung. simpLe dan mudah nak bergerak.

kenape aku suka kerja kat sini ?? satu, sebab aku tak payah pening2 nak berhias bagai pegi keje dan company nie pun takde peraturan pasaL etika pakaian pun untuk bidang kerja aku. Lain Lah kaLau yang bahagian pemasaran ke, korporat ke ataupun pembantu big boss yang kene ikut pegi jumpa cLient sana sini. pekerja2 kat sini pun semuanya kepaLa weng2 macam aku jugak, satu hari kaLau tak gaduh2 manja, macam sunyi baru Lepas perang dunia gamaknya. semua dah macam famiLy. pendek kata aku memang suka Lah kerja kat sini.

tapi, benda yang aku paLing suka adaLah...

'mira..nanti you tukar fLooring untuk projek AMAN holding tu okayy ?? dia mintak parquet fLooring puLak untuk guest room dia...and nanti you mintak nina reconfirm pasaL fibregLass yang kita purchase and thank you dear'

kamaL.

masa aku muLa2 jejakkan kaki di HIAS-INDAH sdn bhd, kamaL takde kat office masa tu sebab dia outstation seLama beberapa minggu. sebagai pembantu dia, semua urusan kerja dia berpindah pada aku dan semua perkara penting yang perLu persetujuan dia, aku makLumkan meLaLui emaiL sahaja. hampir sebuLan aku muLa bekerja, baruLah aku bertemu empat mata dengan LeLaki bernama kamaL. perwatakan kamaL jauh berbeza dari kamaL yang aku hubungi meLaLui internet. daLam emaiL, kamaL seperti seorang LeLaki yang sangat banyak kerenah dan cerewet serta serius. namun, jika mengenaLinya secara peribadi, dia adaLah jejaka yang mudah tersenyum, mesra, peramah dan keLakar orangnya.

diam2 aku menaruh hati pada kamaL tetapi aku hanya menyimpannya di daLam hati dan masih berLagak biasa dan professionaL di sekeLiLingnya. seteLah hampir 6 buLan aku bekerja di situ, syarikat teLah mengadakan sebuah majLis makan2 di IMPIANA HOTEL bagi mengaLu aLukan semua staff yang baru menyertai syarikat dan memberi penghargaan kepada pekerja yang akan bersara atau bertukar tempat kerja. memandangkan majLis habis seawaL jam 2 petang, usai majLis tersebut, kamaL mengajak aku dan beberapa orang untuk menonton wayang. pada muLanya aku agak keberatan, dan rakan2 Lain turut memujuk agar aku menyertai mereka.

'aLa mira, you baLik awaL pun bukan ada husband atau anak nak jaga...Lebih baik you dating dengan i je weekend macam nie...baru betuL ade Life' kamaL puLa memujuk.

dan aku kaLah dengan pujukan itu. seteLah membeLi tiket wayang, masing2 menuju ke arah yang berLainan sementara menunggu masa tayangan tiba. Last2, tinggaL aku dan kamaL berdua dan kamaL mengajak aku tawaf satu maLL tu dengan dia. aku pun jadi pak turut je Lah membuntuti dia tanpa arah tujuan sambiL cuci2 mata pada kedai2 kat maLL tu. semasa meLewati satu butik pakaian wanita, tiba2 kamaL bersuara,

'mira, i tak pernah nampak you pakai baju kurung, dress or bLuse or woman's attire before this. seLaLu nampak you pakai jeans or sLack, t-shirts and tudung je. kan ??'

'hahaha...you nie staLk i ke ape ?? mana you tahu i tak pernah pakai dress ?? baju yang i pakai hari2 tu consider pakaian perempuan what...'

'memang Lah i staLk you pon, tu pasaL i tahu you tak pernah pakai baju perempuan'

'ade puLak cakap macam tu...tak pasaL2 i bLushing tahu ?? hahahah...bukan ape, takde sebab i nak pakai dress2, skirt2 or baju2 kurung bagai tu. kerja i kat office buat drawing, depan PC and panjat sana sini cari stok. karang i pakai kain terseLak sana sini tak pasaL2 you yang pengsan kang'

'okayy, i faham Laa kaLau pergi kerja you pakai biasa2...tapi tengok macam hari ni, ada function. kan Lagi cantik kaLau you pakai dress ke pastu soLek Lah sikit. baru Lah meLeLeh air Liur uncLe muthusamy si gurd kita tu' berdekah dekah kamaL geLakkan aku.

'amboiii...mengata orang suka ye. hurm, bukan ape...dibesarkan oLeh keLuarga tanpa ibu dan adik beradik perempuan, macam nie Lah hasiLnya i. dah semua acuan kat rumah tu LeLaki semuanya.' aku senyum.

'oh, i'm sorry to hear that. i tak tahu puLak you the onLy daughter. takde adik beradik Lain ??'

'ada. i ada 3 abang dan i yang bongsu nie je perempuan. abang2 i perangai semua kasar beLaka tapi diorang tetap sayang i. diorang yang ajar i dari kecik supaya jangan nak cengeng sangat waLaupun i perempuan. pastu, semua baju2 i, abang2 and ayah i yang toLong shoppingkan. tu pasaL Lah i tak reti nak bergaya sangat.'

'takpe Lah, at Least you stiLL ada orang yang support you kan ?? chiLL okayy. you pun ada i.' dan aku terkesima dengan ayat terakhir dia.

'eh mira, cuba tengok maxidress nie...cantik kan ?? ape kate you cuba pakai...mesti nampak cantik pada you'

'ehh, tak nak Lah...by the way encik kamaL, Lagi 5 minit wayang nak start. biLa kita nak gerak pegi cinema nie ?? tiket dah Lah pada you kan ??'

'haah Lah !! i Lupa pasaL wayang...jom jom' dan kami separa berLari meninggaLkan butik pakaian tersebut.

daLam kami bergegas menuju ke panggung wayang, sempat aku menoLeh meLihat semuLa maxidress yang kamaL tunjuk tadi. memang cantik.


*****************************************


2 minggu Lagi, HIAS-INDAH akan mengadakan annuaL dinner bersempena penubuhan syarikat yang mencapai usia 10 tahun. kaLau dah namanya dinner, dah tentu semua undangan yang hadir akan dress to impress punya Lah masa tu. aku berkira2 untuk membuat kejutan kepada kawan2 sepejabat terutamanya kamaL dengan perubahan penampiLan aku pada hari tersebut. dari seorang gadis simpLe ber t-shirt dan seLuar kepada wanita ayu berbusana bak puteri nanti.

semenjak insiden tempoh hari, hubungan aku dan kamaL semakin akrab. bukan hanya seperti pekerja dan majikan, maLah kami kadang2 akan meLepak bersama sambiL bertukar tukar cerita. setiap hari, ade je sticky notes dengan macam2 ayat keLakar tertuLis di atasnya dan diLekatkan di tepi skrin komputer. kadang2, kamaL seLaLu cakap yang aku kena faham tentang skop kerja dia sebab aku penting bagi dia. ohoii,memanh berbunga ria Lah kan jiwa si anak dara. makin hari, aku tengok wajah kamaL makin berseri. dah tentunya aku Lah manusia paling bahagia sebab aku suka dia.

hari yang ditunggu tunggu teLah tiba. maxidress berwarna merah jambu di hiasi manik bersuLam indah tergantung disebaLik pintu biLikku. ya, mata kamaL memang tepat memiLih sebab baju itu turut menawan hati aku. diLengkapi tudung berona sedondon, aku yakin kamaL akan terpesona dengan penampiLan aku pada maLam ini. aku tebaLkan muka meminta pertoLongan housemate aku, anis untuk menyoLek aku.

'takda angin takda ribut nak aku soLek kau tiba2 nie apasaL ?? buang tebiat hapee kau nie ??' anis menempeLak.

'aLah...aku ade dinner office Lah hari nie. takkan Laa aku nak pakai cikai2 jee kot...maLu Laa boss aku nanti kan' aku cuba membuat aLasan.

'aiihhh...seLama nie eLok je kau tak payah nak make up segaLa seLambe jee kau pegi majLis mana2...dengan baju Lawa habis nie...kau nie tak nak maLukan boss kau kee, nak mengorat dia nie ??'

'kau nie nak toLong make up kan ke tak ?? tak nak toLong aku gi cari orang Lain kang...' pura2 merajuk.

'eLeh..merajuk konon...pangg jugak kang nie..yeLaa...meh sini intan payung, akak make up kan..mengada kau kan...baLik nanti kau kene cerita kat aku dari A sampai Z tahu ??' sebuah tamparan manja meLekap kat pipi gebu aku.


*****************************************

'isk, apasaL jantung aku nie dup dap dup dap kemain Laju nie ?? riLek Laa mira...riLek...cooL' aku tarik nafas sedaLam daLamnya dan hembus dengan perLahan2 untuk menenangkan kekaLutan jantung aku.

turun dari kereta, aku meLangkah menuju ke Lobi hoteL dan aku nampak nani baru keLuar dari Lif.

'nani !! you baru sampai jugak ke ?? jom masuk sekaLi ??'

Lama nani memandang aku dengan muka bLurr...

'hoii !! nani !! nie i Lah...mira...apasaL you tengok i macam nampak hantu ??'

'ya rabbi ya rasuL...you ke nie mira ?? sumpah, i nearLy tak cam you tau !! Lain giLa you maLam nie...cantik Lah you pakai dress !! nasib baik boyfriend i tak ikut, kaLau tak...siLap2 dia dump i pegi kat you'

'isk..ade2 jee Lah you nie...ehhh...jom masuk sekaLi ??'

masuk je daLam baLLroom, aku mencari keLibat kamaL tapi memandangkan majLis sudah mahu bermuLa kami semua diminta untuk duduk ditempat masing2. aku masih sabar dan menahan geLisah di jiwa sehinggaLah acara makan2 tiba dan kami bebas bergerak berjumpa tetamu2 yang hadir. daLam ramai2 orang tu, aku boLeh puLak ternampak kamaL tak jauh dari tempat duduk aku. orang kata, kaLau dah suka tu kan, tersorok tengah Lautan pun kita boLeh jumpa. aku meLambai Lambai ke arah kamaL. macam nak senyum seLebar Lebarnya biLa kamaL bangun dari kerusinya dan menuju ke arah aku. aduh, kacak kot.

'hai mira...amboii !! you Look gorgeous tonight...hampir2 i ingat awek cun mane Lah Lambai2 kat i tadi'

'you nie sehari tak usik i tak compLete eh hidup you agaknye kan' muLa Lah muka aku nak merah tak tentu pasaL time2 nie kan.

'dah tu..i cakap benda betuL what..memang nampak cantik La you maLam nie...eh, baju you tu...'

'kamaL..' seorang wanita muncuL dari beLakang dan kamaL menoLeh.

'ohh, zara...sorry2...i jumpe officemate i. dah aLang2 nie, i kenaL kan...ini mira, nani, hakim...nie zara, my fiancee' tepat kamaL memandang aku.

air muka aku hampir berubah. aku boLeh rasakan Lutut aku menggeLetar, hati aku bagai nak pecah. waLaupun aku masih tersenyum tapi aku boLeh rasa betapa paLsunya ukiran bibir yang aku pamerkan.

'oh, ni Lah kan mira yang akan gantikan tempat you Lepas you transfer nanti kan ?? finaLLy, haiii...' huLuran saLam zara aku sambut tapi tuhan sahaja Lah yang tahu bagaimana perasaan aku pada waktu itu.

muLa2 berita kamaL teLah bertunang dengan zara, kemudian cerita kamaL akan berpindah dari HIAS-INDAH, Lepas nie ape puLak ??

'oh yea, dah aLang2 jumpa kat function macam nie, eLok i bagi terus Lah pada you guys. next week pun kamaL dah start ambiL cuti before pindah tempat baru. takut tak sempat nak sampaikan kad jemputan je pada you aLL..ni i bagi pada you, nanti you edarkan La yea pada officemate yang Lain' zara menyerahkan beberapa keping sampuL berwarna keemasan dengan wajah yang ceria.

nani, kamaL dan beberapa officemate yang Lain mengerumuni pasangan mempeLai tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka. aku mengambiL peLuang tu untuk meLoLoskan diri. yang aku tahu, pada saat itu aku sangat2 memerLukan masa untuk bersendirian dan menenangkan diri. kejutan demi kejutan daLam satu maLam. aku perLukan masa untuk menjinakkan derap Liar jantung aku, aku perLukan masa untuk mencari baLik rentak nafas aku yang tersepit bagai dijerut taLi gantung. LaLu, kereta myvi aku Luncurkan di tengah2 kota yang tak pernah mati waLau pekat maLam makin memeLuk erat.

aku nak menangis, tapi air mata macam bagai ditahan2 oLeh keLopak. masuk je daLam rumah, aku tengok anis tengah syok tengok tv. menjawab soaLan anis aLa kadar, terus aku humbankan diri atas katiL yang empuk. otak aku Ligat memujuk diri supaya buat macam biasa je biLa jumpa kamaL nanti. mujur jugak minggu depan dia tak masuk ofis, kaLau tak aku tak yakin aku boLeh tahan muka buat perangai professionaL. professionaL konon.

hampir sebuLan peristiwa itu berLaku dan seLama itu jugak Lah aku cuba meminimumkan masa aku bersama kamaL. aku tahu, kamaL tak bersaLah sebab buat aku jatuh cinta. aku cuma marah pada diri sendiri sebab jatuh cinta pada dia. Lagi 3 hari kamaL akan sah menjadi suami kepada zara. awaL2 Lagi aku dah siap2 mintak cuti kononnya abang2 aku ajak pegi hoLiday padahaL aku nak Lari dari ajakan2 untuk ke majLis zara dan kamaL nanti.

maLam sebeum kamaL diijab kabuLkan, aku gagahkan diri menghantar ucapan tahniah ke teLefon bimbitnya dan kami berbaLas message.

kamaL : thankz mira. i tahu u Larikan diri dari i kan ??
aku : takdeLah. knp pLak i nak Lari dari u ??
kamaL : i mcm dh dpt rsa u sukakan i tapi i tak sure untiL that night, bLe u pakai baju yg i pernah tunjuk pada u dLu n i ske..then, onLy i reaLize yg i xbertepuk sbLh tgn. tpi, msa tu smuanya dh tLmbt. i'm sorry
aku : knp nk sorry pLk ?? takpe Lah, that's mean kita tak bjodoh :)
kamaL : i'm sorry coz it took me diz Long to express my feeLings tpi i dah bjanji pd zara n i'm a man of my own words *sigh*
aku : it's ok. ni namanya takdir. maybe ad yg Lbh baik aLLah dh aturkn utk i :)
kamaL : anyways, i doakan u supaya dpt LeLaki yang berganda2 baik drpd i n hope u akan bhgia dgn dia.
aku : amin..thanks kamaL. sLmt pengantin baru..eLk2 akad nikah esok...i'm sorry i can't make it, famiLy matters :)
kamaL : u doakan pun dah cukup.


*****************************************

'kau sure ke nak Let go baju ni kat yard saLe nie ?? first Lady attire kot...ade sentimentaL vaLue Lagi' duga anis seteLah meLihat aku memasukkan baju itu ke daLam kotak.

'kaLau kita terLaLu berpegang dengan kisah Lama, sampai biLa2 pun kisah baru tak boLeh nak masuk...in my case, kaLau baju Lama kemain banyak daLam wardrobe aku nie, macam mana baju2 baru nak squeeze ini kan ??' aku puLangkan soaLan anis dengan soaLan.

seteLah sekian Lama busana pertama itu menjadi penghuni aLmari baju, akhirnya aku mengambiL Langkah menjuaLkannya kepada mereka yang berminat untuk membeLi dan memakainya. busana itu menyimpan sebuah memori duka dan aku mahu Lenyapkan memori duka dan digantikan dengan yang suka. tapi aku tetap berterima kasih kepada kamaL, sebab dia jugak Lah jadi pencetus aku berubah gaya kewanitaan sehingga ke hari ini.





hasiL nukiLan cik gojes,
30 august 2012,
2.00 a.m

20 comments:

miss niedNied said...

ouchhhhh!!!! besttttt!! :)

cik gojes :) said...

MN : thank you for reading :)

Unknown said...

terbaekkk...ending cm sedih la plak... =) pepun,menarik...

miss nuna said...

sad ending :(..tp best!!

Unknown said...

wahh..bercerpen nye,,nanti bernovel pulak.hehe nice :)

Unknown said...

best!!! >.<

PALESTINA said...

tskkk2 :( buu nak kamal jugak la ! heee ~ kakak ! buat la novel :) tau !

Miss Kay said...

ouchh..ouchhhhh..

sakit menikam dada...huuuu~

cik gojes :) said...

FH : dunia reaLiti kene Laa reaListik ending sket...kaannn :)

cik gojes :) said...

MN : thank you dear...tunggu next cerita Lagi~

cik gojes :) said...

AA : hahaha...thank you support...insyaaLLah, on the way dah menuLis noveL nyee :)

cik gojes :) said...

beLLa : thank you dear :)

cik gojes :) said...

buboo : aduiii..kaLau CG ade kamaL tuh, CG bagi kat awak..insyaaLLah...satu satu Lah ceritanyee :)

cik gojes :) said...

LB : ouuucchhh...sadis kan cerita ?? hahahah~

Zierwa Zainal said...

cik gojes, zz bce mce dush..terkena dkt zz.. huhu.. zz suka quote ni"'kaLau kita terLaLu berpegang dengan kisah Lama, sampai biLa2 pun kisah baru tak boLeh nak masuk.".. btw, zz suke cerpen ni..

Unknown said...

bole jadi novelis pasni..hehe

cik gojes :) said...

ZZ : huuuu...thank you for your support :)

cik gojes :) said...

NS : thank you...doakan Lah yea :)

Amin Hafizy said...

Woww... Terbaekk... Sungguh berbakat... Teruskan berkarya dgn lebih kreatif...

cik gojes :) said...

RP : thank you atas supportnya :)