duduk menghadap tingkap yang basah dengan air hujan. tiba2 aku rasa macam jiwa romantika aku datang. cis ! memang tak sesuai Langsung nak berjiwa Lara tengah-tengah kegiLaan hidup disebaLik cermin mata tebaL, kaLkuLator saintifik, timbunan buku dan heLain nota kuLiah yang bersepah macam negeri diLanda garuda. feeLing-feeLing jiwa fantasi remaja yang baru ada putik, dicantas baik dengan reaLiti hidup yang jauh Lebih matang menghempap percikan-percikan angan-angan.
detik hati menjadi seLoka, coretan jadi pujangga jiwa. ewah ! aku rasa, otak aku makin mereng Lepas gegaran tekanan mcam nak pecahkan dan porak perandakan aku dengan kehadiran kerja yang tak reti-reti nak habis gamaknya. hidup aku 24 jam didedikasi untuk kerja. kadang-kadang aku rasa aku dah jadi hamba kerja sampai separuh tidur pun aku boLeh mimpi kerja. parah !
2.45 petang. aLahai...aku ada meeting dengan si jejaka misteri. takde Lah misteri sangat, cuma perawakan dia memang payah sugguh aku nak faham. tapi satu benda aku hairan, daLam kadang-kadang aku rasa macam nak bagi hadiah maki...kenapa ada sekeLumit rasa tenang hakiki ?? okayy, ini super-parah ! tiba-tiba jantung aku macam berdegup kencang biLa hidung tak berapa mancung aku tangkap satu bau. bau yang seakan-akan mencerit : 'bau aku meLambangkan siapa aku !!'
'assaLamuaLaikum, Lama dah tunggu ??' sapa suara si jejaka tak berapa nak misteri
aku toLeh dan ya, itu dia si jejaka tak berapa nak misteri, mr.buat-jantung-aku-berdegup-Laju-tapi-aku-tetap-pandai-cover
*sumpah ini geLaran paLing panjang pernah aku bagi* namanya AMJAD AMSYAR, LeLaki tuLen, tinggi tak tinggi sangat rendah tak rendah sangat, bukan muka pan asian, tidak merokok, takdeLah hensem sangat tapi sedap mata memandang, tidak mencarut dengan kerap
*what do you expect, dia bukan nabi kan ??* dan yang paLing penting, jantung aku paLing nakaL berdegup biLa berdepan si tuan badan. hai Lah jantung, boLeh tak kau duduk diam-diam ?? tergencat segaLa kerja untuk 5 saat pertama.
perbincangan entah kaLi ke berapa berLangsung dengan jayanya tanpa otak, Lidah mahupun jantung tiba-tiba gataL puLak tak boLeh nak berfungsi. aLhamduLiLLah..berLaLu sudah detik-detik aku geruni nak bersemuka dengan mr.crush yang makin hari makin banyak puLak haL yang nak dibincangkannya. yeLah, due date dah macam harimau keLaparan menerpa mangsa. akur jugak Lah aku dengan cabaran menjaga hati dari meLetup sebab terLampau excited jumpa manusia yang tanpa sedar aku teLah jatuh suka.
'okayy LaiLa, nanti kaLau kau dah settLe part kau atau ade pape nak tanya...roger je okayy ??'
'takde haL Lah...paLing-paLing tidak pun, uncLe googLe sedia membantu otak benak macam aku nie seLesaikan masaLah-masaLah dunia macam nie' ehhh, pandai puLak tiba-tiba aku nak berseLoroh macam nie tapi ternyata tak keLakar
*facepaLm*
'takpe, serius..kaLau ade pape, roger je'
'bereh boh !'
Lepas tu, jantung aku pun buat haL tiba-tiba berhenti 2 saat sebab tengok AMJAD tersenyum dengan Lawak tak berapa nak keLakar hasiL otak aku yang semacam tepu.
'i Like to see you smiLe and i even Love it when i am the reason why'
sebeLum reaksi muka dan otak aku start buat pakatan taknak bekerjasama, Lebih baik aku baLik dan tenangkan diri dari kegiLaan jantung aku berdegup macam nak bagitahu satu dunia yang aku sorang jee ade jantung. kemas-kemas barang, menonong je aku jaLan keLuar Library bajet taknak toLeh sebab bLusher yang aku pakai pun beLum tentu boLeh sorok merah padam muka aku biLa ada bayangan berangan bermain daLam minda. puiii...wahai LaiLa Izzara, berhenti berangan boLeh tak segera ?? AMJAD AMSYAR pandang kau sebeLah mata pun beLum tentu.
ciss, biadap betuL otak aku nie..pantang aku berangan sikit, muLaLah nak down kan aku. Lebih baik aku pergi mandi Lagi best. boLeh feeLing-feeLing macam main hujan aLa-aLa cerita hindustan. weehoo !!
mesej masuk, dari AMJAD. okayy, macam nak meLompat gembira
*hikkss*
'Lusa kita pergi cari bahan kat JB eyh ?? 9 pg aku amek kat koLej'
tengok. mesej kau pun pasaL kerja Lah LaiLa...boLeh berhenti berangan, okayy ?? jom bersiram...
****************************
sisi cerita jejaka bernama Amjad Amsyar :
'LaiLa..discussion petang nie kita buat kat kafe nak ?? boLeh minum-minum kee, borak-borak ke..amacam ?? kita keje same-same macam dah Lama, tapi aku macam tak berapa nak kenaL kau puLak...'
hurm. biar betuL aku nak hantar mesej macam nie kat LAILA ?? deLete. deLete. deLete. deLete. urrrgghhh !! payah betuL Lah aku nak communicate dengan perempuan nan sorang tu. serba saLah aku dibuatnya. eeehh, hujan Lah kat Luar. cuaca hari ni macam tahu-tahu jee aku on the way nak jumpa LAILA.
'redup hari bagai redup pandangan si gadis menggetar jiwa. aku sampaikan getar rasa hati ku pada awan yang akan membaLut rasa, sebarkan cinta aku pada si gadis pujaan dengan sejuk titisan hujan meresap ke jiwa si dia'
hidup aku memang banyak dikeLiLingi wanita. sampai satu tahap aku dah tak heran dengan perangai-perangai wanita. bagi aku, semua wanita atas dunia ada persepsi dan watak yang sama. pujuk rayu sikit, habis segaLa benda nak di baginya. tapi wanita yang satu ini Lain puLa wataknya. Lain, memang Lain sampai aku sendiri tak ada perkataan dari kamus yang berjuta juta makna untuk describe perwatakannya. cuma yang aku tahu, keLainan itu seakan menggoncang dunia LeLaki aku jadi up-site-down.
Laju aku cari batang tubuh si pencuri hati. jumpa. oh, si dia juga menikmati hujan di Luar jendeLa. apakah ini petanda ada keserasian antara kita ?? amboii, macho sungguh rasa biLa benak muLa mengorak kata. gadis tak kenaL erti putus asa, tak kenaL erti penat LeLah juga tak kenaL erti duka Lara. kaLau ramai wanita Lebih suka mengada-ngada tapi dia manja daLam keganasan dan ketegasannya. haha, tengok. comeL nya dia berkerut-kerut biLa berfikir. ke dia pun tengah berangan macam aku ?? aLahai, Lagi best kaLau dia berangan pasaL aku, kan ??
15 minit. boLeh tahan Lama jugak aku jadi macam si pencuri cari jaLan nak masuk rumah orang yang berkunci rapat. setapak aku menghampiri, sekaLi ganda jantung aku berdegup Laju. setapak Lagi aku maju, naik menjadi dua kaLi ganda. biLa dah bertapak-tapak aku mendekati, peLuh dingin muLa menunjukkan beLang keLuar dari tempat persembunyian waLau suhu di Library jatuh paras 18 darjah ceLcius. masak aku !
aku sapa dia.
'waaLaikumussaLam. takdeLah, memang dah stay kat Library nie dari pagi pun tadi'
senyum, Lebih manis dari guLa. suara, Lunak didengar waLau tidak di Lenggok manja. sah ! ini memang rasa cinta. tapi, seLaku LeLaki...aku wajar jaga diri dan harus juga jaga bakaL isteri *tee hee hee* petah dan bernas menghambur idea. aku hiLangkan gugup di jiwa dengan menuLis segaLa perbincangan atas Lembaran kertas yang hampir penuh dengan senarai tugasan. aku tutup Lembaran buku.
'aku rasa macam aku tak berapa nak faham Lah benda nie nak buat macam mana..kau buat part nie boLeh LaiLa ??' macam mana aku nak fokus kaLau dari tadi aku asyik marahkan jantung aku supaya dia sLow down sikit berdegup tuh.
'oh, yang tu...boLeh..boLeh...kira aku buat first haLf, then kau sambung yang Lagi Lah eh ??'
'haa...rasanya macam tu Lagi okayy kot...kita buat ikut masing-masing punya expertise'
aku tengok LAILA sibuk berkemas nak baLik. haih. cepat betuL masa berLaLu. aku rasa macam baru sekejap tadi jee aku duduk depan LaiLa dengar dia bercakap tak henti-henti. aku senyum dan tengok LAILA berLaLu pergi.
'kaLau dia suka aku, dia akan pusing and tengok aku sebeLum keLuar pintu Library tu' muLaLah setan daLam hati terikut-ikut kisah cLiche daLam fiLem.
aku tenung, tunggu. kemudian, Lenyap jasad LAILA dari pandangan.okayy, hampa puLak aku rasa. mungkin juga aku perLu berhenti berangan nak memetik bunga Larangan. dia itu mawar penuh duri, mana mungkin ada hati pada aku LeLaki biasa nie. sudah Lah amjad amsyar...LAILA IZZARA tu srikandi isLam berpekerti tinggi. santunnya sahaja boLeh bagi rebah puLuhan jejaka sepuLuh kaLi ganda Lebih baik dari kau. banyak kaLi kau ajak keLuar pegi shopping ke, tengok wayang ke or saje buang masa pun, banyak kaLi jugak LAILA kata, ada banyak kerja. okayy, dia sangat giLa kerja. itu aku kagum !
'Lusa kita pergi cari bahan kat JB eyh ?? 9 pg aku amek kat koLej' sent messege.
'okayy..dah nak sampai nanti bagitahu..and nanti aku angkut Lisa sekaLi ok ?? takkan puLak kita nak pergi berdua je kan :) '
sungguh. makin aku sayang si gadis bernama LAILA IZZARA ni !!
******************************
22 November 2012
genap 2 tahun LaiLa dan Amjad tamat beLajar di universiti. masing-masing masih Lagi berhubung cuma tidak sekerap zaman masih bergeLumang buku dahuLu. seteLah Lama tidak berhubung, LaiLa dikejutkan dengan panggiLan teLefon dari Amjad.
Amjad : assaLamuaLaikum, LaiLa :)
LaiLa : waaLakumussaLam. amboii, Lama sungguh encik engineer kita nie tak contact. ape mimpi tiba-tiba caLL aku nie ??
Amjad : hahaha. cik consuLtant pun apa kurang nya. sibuk memanjang. ehh LaiLa, kau free tak hari nie ??
LaiLa : Lepas office hour aku free Lah. apahaL ??
Amjad : Oh, aku nak bagi kad jemputan kawin aku nie haa...ingat nak pos, tapi macam tak best..so, memang aku ingat nak bagi by hand jee Lah
LaiLa : *terdiam dan terpaku, mode : mata dah berpasir dan panas*
Amjad : heLLo...heLLo...are you there ??
LaiLa : haaa...sorry2...aku tengah entertaint cLient tadi...hurmm, ape kata kau drop by jee kat office aku petang nie ??
Amjad : haa..boLeh jugak tuh..nanti aku jumpe kau kat office kau yea...heeee, Lama tak jumpa kau !
LaiLa : insyaaLLah..okayy Lah Amjad...aku nak gerak jumpa cLient Lagi nie..by the way, congratuLation !!
Amjad : thank you :)
taLian di putuskan. LaiLa tersandar di kerusinya.
'betuL ke ape yang aku buat nie ?? mencintai dia daLam diam ??' suara-suara keciL bertikam daLam hati LaiLa..
LaiLa bingkas bangun dari pejabatnya.
'anis, kaLau ada caLL atau ada orang cari saya...ambiL pesanan yea..saya tiba-tiba rasa tak sedap badan hari nie' LaiLa memberikan arahan kepada setiausahanya sebeLum bergegas puLang ke rumah.
usai soLat maghrib, LaiLa memanjatkan doa agar ALLAH cekaLkan hatinya yang patah menempuhi hari-hari yang mendatang dengan baik hendaknya. bunyi mesej masuk kedengaran.
'aku dtg ofis kau. s/u kau kata kau xsihat. ok x nie ?? -amjad-'
'aku ok je.sorry, tbe2 badan rasa xsedap. -LaiLa-'
'xpe2. aku dh tggLkan kad kawen pd s/u kau. hopefuLLy kau dtg tau ! -amjad-'
'insyaaLLah. -LaiLa-'
'serius nie. dtg tau ! -amjad-'
'i don't know why they caLL it heartbreak, it feeLs Like every other part of my body is broken too'
keesokan harinya, LaiLa masuk ke pejabat seperti biasa. LAILA IZZARA memang wanita yang berkarisma dan tabah dengan apa juga dugaan yang mendatang. di atas mejanya terLetak cantik kad undangan perkahwinan dari AMJAD AMSYAR. LaiLa tidak mampu untuk membuka sampuL kad undangan tersebut dan meLihat nama wanita yang berjaya menawan hati mr.crush nya. perLahan-Lahan kad undangan tersebut dimasukkan ke daLam handbagnya dan LaiLa meLaLui hari itu seperti sedia kaLa.
24 November 2012
hari ini hari minggu. LaiLa menghabiskan masanya bersama keLuarga tercinta. waLau masih ada kesan sedih di hati, LaiLa masih mampu bergurau senda bersama keLuarga dengan menyembunyikan Lara disebaLik senyum di muka. sewaktu LaiLa dan keLuarga baru seLesai bersarapan pagi, kedengaran suara orang memberi saLam di Luar rumah. meLihat keLibat tetamu bukan mahramnya, keLam kabut para wanita seisi rumah bertempiaran mempersiapkan diri seadanya syariatnya. memenuhi adat meLayu, usai bersaLaman dengan para tetamu dan menghidangkan jamuan ringan, LaiLa meminta diri untuk ke biLiknya.
beberapa ketika LaiLa hanya memerapkan diri di daLam biLiknya. maLas mahu mengambiL tahu perihaL tamu mungkin kenaLan ayahanda dan bonda. tiba-tiba, ibu LaiLa menggesa LaiLa bersiap dan turun kembaLi dengan wajah yang sukar untuk LaiLa gambarkan.
'ibu nie kenapa beriya sangat nak suruh pakai eLok2 duduk dengan orang yang datang nie..pLus, apasaL ibu macam senyum2 kambing nie ??? peLik jugak aku nie' getus hati LaiLa.
'jadi macam nie Lah encik dan puan, memang benar saya nie waLinya LAILA IZZARA nie..tapi Lebih eLok kaLau kita tanya empunya badan duLu...' kata-kata ayah puLak menambahkan kekeLiruan LaiLa.
'jadi, macam mana LaiLa..setuju tak ??' soaLan diajukan oLeh tetamu wanita itu.
'ape yang jadinya makcik ??' bagaikan orang bodoh, soaLan sang tetamu di jawab dengan soaLan.
'aLahai...setuju tak kamu nak di nikahkan dengan anak makcik ??'
'hah ?? sape puLak anak makcik ??'
'astaghfiruLLah...Amjad tak bagitahu ke hari nie kami nak datang merisik ??' si bapa puLa menceLah berkerut-kerut dahinya.
'Amjad ?? as if AMJAD AMSYAR ??' tenggeLam timbuL suara LaiLa.
seraya itu, bapa Amjad meneLefon seseorang. usai perbuaLan pendek antara bapa Amjad dan pihak disebeLah sana, teLefon bimbit di huLurkan kepada LaiLa. masih daLam keadaan terpinga-pinga, LaiLa menyambut huLuran itu.
Amjad : assaLamuaLaikum LaiLa.
LaiLa : waaLaikumussaLam. Amjad...kenapa LaiLa macam tak faham ape yang berLaku nie ?? bukan ke Amjad dah nak kawin dah daLam masa terdekat nie ??
Amjad : ya ALLAH, nie mesti LaiLa tak bukak Lagi kan sampuL yang Amjad bagi hari tu..
LaiLa : sampuL ape ??
Amjad : LaiLa !! aduiii...sah tak bukak Lagi...iskk...pegi ambiL cepat sampuL yang Amjad tinggaLkan kat office LaiLa hari tuh...
sepantas kiLat LaiLa berLari ke kamar tidurnya mencari handbag yang tersimpan sampuL yang dimaksudkan. macam orang parkinson LaiLa berusaha mengumpuL tenaga membuka sampuL tersebut. sekeping kad berwarna merah jambu di baca berkaLi- kaLi oLeh LaiLa :
Amjad : heLLo...heLLo...LaiLa, are you stiLL there ?? isskkk...LaiLa, jangan Laa senyap jee...say something wiLL you ?? risau puLak rasa nie...
LaiLa : yee...LaiLa ada nie...
Amjad : memandangkan LaiLa macam baru je baca kad tu, so, Amjad nak tahu terus Lah...what say you ??
LaiLa : ape nye ??
Amjad : Laaaahhh...dia tanya puLak...oiii...Amjad tunggu dah Lebih 4 tahun tau ?? pLease, jangan buat Amjad tunggu Lagi ??
LaiLa : eeeehhhh...ingat, dia sorang je yang konon2 menunggu ?? LaiLa dah berzaman berjanggut tunggu tahu ??
Amjad : ehhh...ye ke ?? hahahhaa...tak sangka !! ingatkan dah kene reject awaL2...
LaiLa : bengong !! tak baik tau Amjad buat LaiLa macam nie...sesak jantung LaiLa tahu ??
Amjad : hahahaha...sekurang-kurangnya Amjad tahu yang Amjad tak bertepuk sebeLah tangan...aLhamduLiLLah...yeay !! score...
*Long pause*
LaiLa : hoiii...chop chop chop...sape kata LaiLa nak kawen dengan Amjad nie ?? toLong jangan perasan eh ??
Amjad : eehhhh...jangan Lah macam nie LaiLa...cepat Lah setuju, kat Luar nie dah nak hujan...kang Amjad basah, demam kang sape jugak yang susah ?? LaiLa jugak...
LaiLa : *bergerak ke tirai biLik dan terLihat Amjad di Luar perkarangan rumahnya* beLi kereta mahaL-mahaL, pegi duduk Luar kereta buat ape ?? sengaL...yeLaaahhh...
Amjad : yeLah ape ??
LaiLa : Amjad siLa Lah dibasahi hujan sebab satu masa duLu, LaiLa simpan cinta LaiLa pada air hujan...
Amjad : kaLau macam tu, LaiLa kene join Amjad sekaLi Lah sebab Amjad pun minta awan hitam seLimutkan cinta Amjad daLam titisan hujan yang bakaL nak turun kejap nie...amacam, ada bran ??
LaiLa : jangan nak main giLa Lah giLa...
Amjad : hahahhaha...
dan akhirnya, dua cinta yang tak pernah terLafazkan menjadi haLaL dengan sebuah ikatan pernikahan..SUBHANALLAH, betapa ALLAH memberi kemanisan terhadap hubungan yang terpeLihara.
hasiL nukiLan satu maLam,
CIK GOJES