Saturday, January 11, 2014

Time for Giving Back to the Society from Mantan KKDKUTHM.


Macam dah lama kan CG tak up cerita program ke sana ke sini. Well, sejak dua menjak menjadi wanita berkerjaya gedebash gedebus ke sana sini dengan team JSKIC EXCELL mencari sesuap dua nasi yang ada, akhirnya nampaklah peluang untuk berkumpul dengan mantan2 KKDK UTHM dalam program Transformasi Minda bersama student Tingkatan 3 dan 5 MRSM ALOR GAJAH. Anyway, program ini dilaksanakan atas dasar khidmat sosial kepada generasi muda juga memenuhi undangan ABG DON *dinasour KKDK, get it ?? mantan-santan-dinasour* untuk sama2 berkumpul dan berkongsi dengan students yang ada.

Program ini adalah satu platform untuk kami *bekas pelajar dan ahli KKDK UTHM* giving back to the society selepas apa yang kai perolehi pada zaman menuntut ilmu dahulu. Rata2 fasilitator yang hadir telah mempunyai profession dan karier yang tersendiri hasil daripada ilmu yang diperolehi dari bayaran cukai rakyat Malaysia suatu asa dahulu. Maka, atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap generasi masa kini, program ini telah dijalankan dan Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran kami selama 3 hari 2 malam bermula hari Isnin hingga Rabu (6-8 Januari 2014) di Kem AgroFarm TechSkill, Durian Tunggal, Melaka ini bukanlah mempunyai sentuhan magis dapat mengubah yang bengkok menjadi lurus, yang patah menjadi teguh mahupun yang rosak menjadi elok. Namun, InsyaAllah walau tidak banyak, sedikit hati yang terjentik juga sudah memadai untuk membawa generasi baru menjadi generasi yang lebih bermutu.

Adik2 Tingkatan 3 MRSM ALOR GAJAH. Memalu konon mula2 :)

Lama tak rasa makan dala halaqah. Dalam Homeroom masing masing.

Ada duty rotation pengagihan makanan.

Ini Form 5. Speaking memang berabuk lah kalau namanya MRSM ALOR GAJAH.

Banyak ilmu dan pengajaran yang CG dapat simpulkan sepanjang program yang dijalankan. Antaranya adalah :
  • Membuat kebaikan itu adalah satu penyakit yang berjangkit. Bila kita lakukan, orang lain akan melihat. Bila orang lain melihat, dia juga akan lakukan. Dan ianya akan berterusan dan insyaAllah kebaikan itu akan berbalik kepada diri kita kembali.
  • Biarlah ilu kita tinggi melangit tetapi bila iman dan attitude kita ada masalah, kemungkinan besar berlaku banyak kepincangan dalam hidup kita.
  • Jangan pernah rasa putus asa apabila kita menemui kegagalan. Kita perlu gunakan setiap kelebihan yang kita ada dan jangan terlalu fokus kepada kekurangan yang kita ada. Setiap kelemahan itu boleh mebawa kepada kegagalan atau menemukan kita kepada sesuatu yang lebih hebat. MashaAllah.
  • Setiap pendidikan adalah bermula dengan diri sendiri. Biarlah kita ada ibu bapa yang hebat yang memberikan didikan yang hebat, namun andai kita sendiri tidak mengawal dan mengajar diri kita untuk menjadi hebat, makanya kehebatan itu tidak akan diwarisi dengan sendirinya.
  • Ibu bapa adalah orang yang paling kita perlu hormati dan hargai kerana mereka adalah punca kenapa kita mendapat peluang menikmati hidup di dunia ini.

Banyak lagi pengajaran yang boleh dipetik tapi slow2 okay. Lain kali CG akan kongsi lagi, InsyaAllah. By the way, CG seronok sangat sebab boleh berjumpa dengan para seniors yang Subhanallah hebat2 pemikiran mereka. Walaupun beberapa hari je berjumpa dengan mereka tetapi banyak nasihat dan tauladan yang dikongsikan bersama. Terima kasih abang2 dan kakak2 sekalian kerana bukan sahaja berkongsi tentang pengajaran tetapi pengalaman hidup sebagai panduan dan pedoman. Benar lah kata orang, semakin jauh perjalanan makanya seakin luas pemandangan *dalam fasa ini adalah ramai kita jumpa makin banyak ilu kita dapat teladani*.

Terima kasih juga untuk team MRSM ALOR GAJAH kerana memberi kami tepat berteduh yang teramat selesa *letak kepala atas katil teruih lena okeh*. Rumah banglo dua tingkat yang luas macam padang bola *kayh, ini hyperbola tapi memang luas*. Layanan yang superb dari cikgu2 pengiring dan tak lupa juga pengetua yang sempoi and very energetic. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan.

team santan KKDK UTHM yang ada.

ini bilik kami :)

Ruang tau di tingkat atas. Kat atas ade 4 bilik.

Ruangan 'kantin' katanya. Ini tempat kami berbincang setiap malam.

Ruangan santai yang memang menawan qalbu.

Tapak perkhemahan student. Depan banglo kami je.

Tapak perkhemahan.

Banglo pinjam. Tee hee hee.

Yang lebih mengharukan adalah apabila mantan2 yang telah berkeluarga juga turut turun padang bersama sama membawa keluarga untuk datang dan memberi sokongan bagi menjayakan program ini. Aisyhhh. Siap bawak anak2 okayh. CG dah rasa very the aunty2 tahu dengan kanak2 ribena ni *down seketika sebab rasa tua*. Ape2 pun kekanak ini semua memang well behave and coel2 belaka. Rasa macam nak lempang je sorang2. Hikkss !!

Aisy ini anak lelaki ABG DON.
Al-Fateh, anak lelaki ABG ZAI.

Irfhan, anak lelaki ABG MAN.

It was a fun and memorable moments. InsyaAllah program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Doakan rezeki berlebihan dan sama2 dikongsikan dengan masyarakat. We Serve We Care :)

p/s : Maafkan typo bersepah. Biasalah, Tiada Yang Perfect Okay?! :)


2 comments:

SH Zalikha said...

bilik tu nmpk kemas dan ada ciri2 melayu trasional.. hehe

Atiqah Roslan said...

huruf M selalu hilang. kena tekan kuat sikit everytime nak taip M. =D