Thursday, January 31, 2013

Kisah Duka.


assalamualaikum and hello people. dah2, jangan nak maki hamun sangat lah sebab CG tak update blog kerap walau dengan kehadiran LOLLY the tab. so hari nie CG nak tutup bulan januari nie dengan satu kisah yang agak tragis lah. well, kisah nie bukan lah mengenai CG tapi tentang sorang kawan CG yang rapat lah jugak *kalau tak rapat, kau hingat dia nak cerita kisah duka nie kat CG. puhlisss* okayy, mari lah kita menghayati kisah beliau ini.

Ayu *bukan nama sebenar* kawan CG nie ada lagi 5 bulan nak kawen dengan pilihan hati dia si Aman *bukan nama sebenar jugak*. diorang nie dah falling in love sejak zaman belajar kat matrikulasi dulu kira2 6 tahun lepas. satu hari tuh, si Aman nie pun lamar lah Ayu untuk jadi isteri dia and bila dah cinta habes, confirm lah Ayu terima yee daakk. Aman nie propose Ayu lebih kurang setahun yang lepas and since propose tuh diorang pun start lah buat persiapan sikit demi sikit. beli barang hantaran, beli perabot untuk rumah lepas kawen and macam2 lagilah persiapan yang diorang buat. bulan Oktober lepas, 2012, Ayu ada call CG and cerita yang Aman lately macam asyik stress and taknak jumpa dengan dia sangat. CG pun  suruh laa dia calm down maybe Aman stress keje ke hapee kan.

beberapa hari kemudian, Ayu call CG lagi sambil nangis2. dia kata yang Aman asyik cakap benda merepek nak putus tunang bagai lah padahal next year *diz year* diorang dah nak nikah dah. pastu, Ayu tak boleh lah salah cakap sikit, asyik nak melenting jee marah. bila Ayu ajak bawak berbincang, jawapan Aman hanyalah 'kalau tak suka, kita putus je'. masa tu CG dah macam detect something wrong somewhere pada si Aman nie and CG cuba tanya pada Aman but he said nothing's wrong. last december, masa CG keluar dengan diorang berdua CG nampak gak yang Aman macam cuba lari2 jee dari CG tanya macam2. masa tu kitorang keluar nak survey beli barang hantaran diorang. Ayu nampak happy je bila Aman sendiri yang pilih barang2 untuk dia. CG pun agak tak paham lah dengan manusia bernama Aman nie, kejap okayy, kejap tak.

awal januari hari tu, CG dikejutkan dengan berita Ayu putus tunang. bila CG tanya Ayu, ape sebab diorang putus tunang, Ayu just cakap yang family Aman datang mintak pertunangan diputuskan. tapi family dia hantar semua barang hantaran untuk Ayu dengan cincin and mas kawen skali masa nak putuskan pertunangan tu. masa tu otak CG ligat cari jawapan kenape tiba2 benda nie jadi tapi otak beku pulak masa tu. so, CG just mampu tenangkan je Ayu. then, CG sedikit sibuk and tak dengar perkembangan Ayu lagi. just a few weeks back CG jumpa Ayu and dia bagitahu sebab sebenar Aman putuskan pertunangan diorang. berderai air mata CG okayy bila tahu yang Aman tengah koma kat hospital sebab brain tumor stage four. bertarung nyawa rupanya Aman. so, CG and Ayu pun melawat dia kat hospital lepas tuh and sedih gila kot tengok kawan kita terlantar macam mayat hidup. bergantung pada mesin je nak hidup.

2 hari lepas, CG dapat mesej dari Ayu yang bagitahu Aman dah meninggal dunia. berhenti kejap lah jantung CG dengan berita tuh. tapi dalam sedih2 CG, CG tahu yang Ayu lagi sedih dengan berita tu. Al-fatihah untuk arwah. semoga Ayu tabah dengan dugaan dan semoga arwah tenang di sana. 




so, sayangilah orang yang anda sayangi selagi dia masih ada.

p/s : fine. ini kali ke 2 lagu AKIRA SHUKRI kat blog nie. menusuk kot.


12 comments:

miLa said...

ingat kn citer kat drama je mcm ni..rupe nyer berlaku jugak :( smoge kwn CG,ayu tabah menghadapi dugaanNya...

cik gojes :) said...

mila : kann..CG pun ingat kat drama jee ade...huuuu~

ismi nurash said...

innalillah..semoga ayu tabah ..

Alia Lokman said...

sedihnye =(( tak bleh imagine kalo jadi kat aku camtu.huhuhu.semoga kawan kau tu tabah.

deqjamucuxx said...

allah... kesian kat ayu.. cam ne dia hadapi kan..

al-fatihah :(
*sayu ! sobb...sobb

adibahfaizah said...

i thought aman tu nak curang ke apa ke. rupa-rupa nyer ada something yang dia sorokkan . T_T al-fatihah.

cik gojes :) said...

IN : insyaallah. nampak semakin okayy dah sekarang :)

cik gojes :) said...

AL : tu lah kan.. aku pun xboleh imagine kalau jadi kat aku. cemane lah kan.

cik gojes :) said...

deqja : terima kasih bagi pihak ayu :)

cik gojes :) said...

adibafaizah : CG pun ingat camtu jugak mula2..tak sangka kan. huhuhu~

silent said...

wau. real life hurts

cik gojes :) said...

silent : sangat, kan~