Thursday, January 31, 2013

Kisah Duka.


assalamualaikum and hello people. dah2, jangan nak maki hamun sangat lah sebab CG tak update blog kerap walau dengan kehadiran LOLLY the tab. so hari nie CG nak tutup bulan januari nie dengan satu kisah yang agak tragis lah. well, kisah nie bukan lah mengenai CG tapi tentang sorang kawan CG yang rapat lah jugak *kalau tak rapat, kau hingat dia nak cerita kisah duka nie kat CG. puhlisss* okayy, mari lah kita menghayati kisah beliau ini.

Ayu *bukan nama sebenar* kawan CG nie ada lagi 5 bulan nak kawen dengan pilihan hati dia si Aman *bukan nama sebenar jugak*. diorang nie dah falling in love sejak zaman belajar kat matrikulasi dulu kira2 6 tahun lepas. satu hari tuh, si Aman nie pun lamar lah Ayu untuk jadi isteri dia and bila dah cinta habes, confirm lah Ayu terima yee daakk. Aman nie propose Ayu lebih kurang setahun yang lepas and since propose tuh diorang pun start lah buat persiapan sikit demi sikit. beli barang hantaran, beli perabot untuk rumah lepas kawen and macam2 lagilah persiapan yang diorang buat. bulan Oktober lepas, 2012, Ayu ada call CG and cerita yang Aman lately macam asyik stress and taknak jumpa dengan dia sangat. CG pun  suruh laa dia calm down maybe Aman stress keje ke hapee kan.

beberapa hari kemudian, Ayu call CG lagi sambil nangis2. dia kata yang Aman asyik cakap benda merepek nak putus tunang bagai lah padahal next year *diz year* diorang dah nak nikah dah. pastu, Ayu tak boleh lah salah cakap sikit, asyik nak melenting jee marah. bila Ayu ajak bawak berbincang, jawapan Aman hanyalah 'kalau tak suka, kita putus je'. masa tu CG dah macam detect something wrong somewhere pada si Aman nie and CG cuba tanya pada Aman but he said nothing's wrong. last december, masa CG keluar dengan diorang berdua CG nampak gak yang Aman macam cuba lari2 jee dari CG tanya macam2. masa tu kitorang keluar nak survey beli barang hantaran diorang. Ayu nampak happy je bila Aman sendiri yang pilih barang2 untuk dia. CG pun agak tak paham lah dengan manusia bernama Aman nie, kejap okayy, kejap tak.

awal januari hari tu, CG dikejutkan dengan berita Ayu putus tunang. bila CG tanya Ayu, ape sebab diorang putus tunang, Ayu just cakap yang family Aman datang mintak pertunangan diputuskan. tapi family dia hantar semua barang hantaran untuk Ayu dengan cincin and mas kawen skali masa nak putuskan pertunangan tu. masa tu otak CG ligat cari jawapan kenape tiba2 benda nie jadi tapi otak beku pulak masa tu. so, CG just mampu tenangkan je Ayu. then, CG sedikit sibuk and tak dengar perkembangan Ayu lagi. just a few weeks back CG jumpa Ayu and dia bagitahu sebab sebenar Aman putuskan pertunangan diorang. berderai air mata CG okayy bila tahu yang Aman tengah koma kat hospital sebab brain tumor stage four. bertarung nyawa rupanya Aman. so, CG and Ayu pun melawat dia kat hospital lepas tuh and sedih gila kot tengok kawan kita terlantar macam mayat hidup. bergantung pada mesin je nak hidup.

2 hari lepas, CG dapat mesej dari Ayu yang bagitahu Aman dah meninggal dunia. berhenti kejap lah jantung CG dengan berita tuh. tapi dalam sedih2 CG, CG tahu yang Ayu lagi sedih dengan berita tu. Al-fatihah untuk arwah. semoga Ayu tabah dengan dugaan dan semoga arwah tenang di sana. 




so, sayangilah orang yang anda sayangi selagi dia masih ada.

p/s : fine. ini kali ke 2 lagu AKIRA SHUKRI kat blog nie. menusuk kot.


Wednesday, January 23, 2013

My Crush


ommo. bile cerita pasal crush, mesti masing2 tengah membayangkan semula muka crush2 korang kan ?? hakhakhak, chilll..itu normal lah kan kalau ada crush kat somebody. bagi yang tak tahu, CRUSH tu ibarat macam orang yang kita suka dalam diam lah kan and sorry, suka terhadap artis tak dikira sebagai crush melainkan artis tuh wujud dalam kehidupan seharian korang *bhahhahaa* yang agak2 usya dari jauh atau dekat tapi orang yang kita ade crush on to tak tahu pon yang kita suka dia. actually, best tahu ade crush nie. kenape ?? sebab kita boleh test diri kita supaya jadi penyabar dan jangan gelopoh *itu gelojoh campur gopoh yee hadek2*

kalau tanya CG, CG pon mesti lah ada crush jugak *gila takde ?? CG bukan robot hokkay* siapa ?? well, dia tu...dia tu...dia tuu...hek hemmm...jangan nak berangan lah CG nak bagitahu..kalau satu dunia tahu, bukan lah bermakna crush lagi yee daak ?? CG tak tahu lah kalau lelaki ada crush cemana tapi so far, yang CG tengok dalam kalangan wanita, bila dia ade crush nie lain macam perangai dia. lain macam bukan lah pelik weird ke hape, cumanya kalau dia stalk crush dia tuh amboii...sampai ke akar umbi oii...dan kadang2, perempuan tend to menggelabah gila bila berdepan dengan crush dia. contohnya macam, serba tak kena, lari2 dari jumpe crush, mengelak and banyak lagi lah.

mujur lah CG tak tergolong dalam kalangan awek2 itu yang berperangai pelik. bila CG jumpe crush, orang lain pun tak boleh nak detect itulah CG punya crush *hopefully* just be yourself je lah depan crush korang kalau korang taknak dia tahu *unless kalau kau nak hantar sign lah kan pada crush korang tuh, itu masuk bab lain* jantung CG boleh berdegup laju gila macam baru lepas berlari kalau jumpa mr.crush nie *ini serius* tapi facial expression haruslah CG jaga sebab i am professional !! eewaaaahhh. okayyy, tak boleh reveal banyak sangat pasal crush nie, bahaya yaww :)

okayy, dah alang2 kita cerita pasal crush...CG tujukan lagu nie pada mr.crush *lantak lah sape nak perasan dia tu mr.crush CG. hakhakhakhak* 



verse1 :
kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

verse2 :
senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah


chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

RAP :
tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun takmampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana personamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu




'hello, ade kat mana nie ??'

'berharap ada dalam hati awak.'



Wednesday, January 16, 2013

faktor kita boleh nampak lain.


kadang2 kalau jumpe dengan orang yang sama dalam tempoh masa yang agak lama, mesti orang akan tegur kita nampak berubah secara fizikal *kadang2 yang hari2 jumpe pon nampak berubah* bagi perempuan, kalau orang tegur dah kurus tuh memang satu rahmat lah oii *fine, CG jee rasa cenggitu.hikhikhik* actually, kita boleh nampak lain bila buat perubahan sikit here and there. there are a few factors yang boleh menampakkan perubahan pada CG punya look. so, let's check it out.


yang pertama :

penggunaan KACA MATA a.k.a spectacles


sedangkan CG pakai start pakai spec pon ade member boleh tak perasan bila selisih tepi *teruk punya perangai* well, spek adalah aksesori yang paling senang untuk ubah how you look. ramai jee orang sekarang buat spek as accessories dalam kehidupan seharian..tapi kalau macam CG plak, i memang rabun buta melampau *hakhakhak, kasihan kat diri sendiri*


yang kedua :

KANTA LEKAP a.k.a contact lense.


percayalah, contact lense memang boleh bagi efek mata memukau yawww...CG memang mempunya sepasang mata yang sepet...bukan tak suka, malah terasa comel sebab bukan semua orang yang mampu ada mata sepet dek kerana dibenamkan oleh sepasang pipi yang menggebu *okayy panjang bebeno details* tak perlu pakai lense yang kemain besau sampai 18 mm bagai. yang CG pakai nie pun 14.5 mm jee...besaq2 sangat kang macam alien pulak *kalau penah baca lawak kampus mesti paham*


yang ketiga :

GAYA TUDUNG a.k.a hijab style


seriously, ape jenis pesen tudung lah yang CG tak penah cuba ?? hana tajima, hana tajiMOK jadinyee...actually gaya pakai tudung pun *bagi yang bertudung* boleh buat efek muka nampak lain...kadang2 bila pakau tudung yang jenis melekap kat muka, muka kita akan nampak sedikit tembam, yang loose sgt pun boleh nampak bentuk muka chubby...depends on bentuk muka korang lah kan...kalau macam muka CG, heart shaped gitu so kene pandai2 lah adjust. yang penting tudung tuh sila pakai ikut panduan dalam pemakaian untuk wanita islam lah yea *sila rujuk video ustaz don kat youtube* dan oleh kerana semakin tua nie, semakin pemalas makanya koleksi tudung lebih kepada tudung sarug instant. senang tak payah nak iron bagai.


yang keempat :

SOLEKAN a.k.a make up


ini memang lah tersangat obvious. ak2 lagi bagi yang tak biasa atau tak selalu make up, sekali dia make up confirm muka nampak lain gila ya allah. tapi, kene hati2. make up nie boleh jadi 2 situasi...samada bertambah cantik atau bertambah buruk..so, kalau nak make up pon sila lah jangan nak jadi opera cina sangat..boleh rujuk banyak blog2 make up yang ajar cara pilih gaya make up ikut warna kulit, majlis and blah blah lagi lah..okayy, fine..gambar sebelah kiri tuh time kulit macam hapee jek sebab kemain pemalas nak jaga membajet lasak macam lelaki...yang sebelah kanan tuh dah start dapat hidayah tapi takde lah flawless sangat. terima kasih kepada make up :)


so far, tu je lah kot faktor2 yang boleh membuatkan korang nampak berbeza dari segi rupa luaran *cheewaaahhh* tapi, yang penting...tak kisah lah macam mana pun rupa paras dan fizikal korang berubah dan bertukar, semoga hati yang baik, perangai yang molek masih tetap mengiringi perubahan rupa anda. 

well i am still being me and i feel good :)


saya sengal, loud, annoying, moody, emo dan banyak lagi sifat negatif. terima lah saya seadanya.

yang penting, jadilah diri sendiri sebab jadi diri sendiri adalah paling mudah dan paling selesa :)



Sunday, January 13, 2013

title-less.



satu demi satu..
satu demi satu..
satu demi satu..
banyak jiwa terpisah...
jasad berjauhan..
banyak mata telah basah...
dek kerana mutiara berguguran...
banyak hati yang mendesah...
kerana jarak memisahkan..

kita jauh kerana jarak...
kita dekat kerana memori...

we aren't just friends...
we are sisters...
we've been through hard and leisure time..
together...

kerana Allah kita dipertemukan...
dengan kuasaNYA juga kita terpisah...
berpisah bukan atas dasar benci...
berpisah atas dasar sayang dan tanggungjawab...

ya ukhti, semoga ikatan makin subur..
bajakan hubungan ini dengan doa...
one day, we'll reunite.
insyaallah.

Monday, January 7, 2013

aweera dan amira, it rhymes :)


walau tak menang AJL 27, CG tetap tabik MOJO. salute!!

amira.

aweera.

so dengan rasminya, gambar aweera akan tertempel di sidebar CG bersama sekalian jejaka kesayang CG *hikksss*