Tuesday, September 15, 2009

PROGRAM SEJENAK D'NANGGROE ACHEH

assaLamuaLaikum dan saLam sejahtera...
sukacita di sini saya AMIRA BT ADNAN seLaku saLah seorang ahLi seretariat PROGRAM SEJENAK D'NANGGROE ingin memakLumkan bahawasanya ahLi KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA akan mengadakan sebuah program kemasyarakatan seperti yang teLah dimakLumkan di atas.Berikut saya sertakan serba sedikit mengenai program yang teLah dinyatakan :
Program Sejenak D’Naggroe Aceh Darussalam 2009, Indonesia adalah program berbentuk khidmat masyarakat bagi membantu mangsa Tsunami di Nanggroe Aceh Darussalam. Fokus utama program ini adalah untuk membentuk kelompok mahasiswa UTHM yang sentiasa peka dan sensitif terhadap permasalahan yang dihadapi masyarakat global dan bersedia untuk menawarkan khidmat bakti mereka. Menerusi program Sejenak D’Naggroe Aceh ini secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan agar mahasiswa yang dilahirkan IPTA bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah mencapai konsep minda kelas pertama seterusnya menyumbang secara langsung kepada kecemerlangan masyarakat dan Negara.
Diharapkan melalui program seperti ini, kelompok mahasiswa tidak lagi dilihat sebagai golongan elit yang terpisah daripada kelompok masyarakat terutamanya masyarakat antarabangsa. UTHM juga secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan terhadap program pengantarabangsaan mahasiswa yang dapat membawa impak yang besar bukan sahaja terhadap masyarakat Malaysia malah kepada masyarakat tempatan yang dilawati.

mungkin ada yang mengatakan : ' kenape nak bantu masyarakat Luar sedangkan adee rakyat maLaysia sendiri yang kemiskinan ? '
saya akan patahkan dengan mengatakan : ' maLaysia sangat beruntung kerana masih mampu mendapatkan sesuap nasi waLaupun daLam keadaan yang miskin kerana maLaysia adaLah sebuah negara yang makmur dan mempunyai barisan pimpinan dan pertubuhan yang sedia membantu goLongan yang kemiskinan sedangkan di Acheh yang teLah ranap segenap struktur organisasinya serta binaannya perLu disaLurkan sedikit sumbangan demi memberi nafas baru atau tapak asa kepada mereka untuk meneruskan sisa hidup yang masih berbaki...sedhaif2 masyarakat kita di sini masih mampu bercucuk tanam dan menjanjikan hasiL berbanding mereka di sana yang 'bercucuk tanam di seLut' yang tak mampu mendatangkan rezeki kepada mereka '

kami sekretariat SEJENAK D'NANGGROE ACHEH hanya dapat membuat segaLa yang termampu dengan menggunakan kudrat tuLang 4 kerat untuk membantu saudara2 kita di sana disamping memohon mana2 pihak yang sudi untuk memberi sumbangan seikhLas hati atau menaja program yang bakaL diadakan pada buLan disember 2009 ini.
Kenapa mesti menaja PROGRAM SEJENAK D’NAGGROE ACEH DARUSSALAM 2009? ( bagi syarikat2 yang berminat untuk menaja )
Melalui program ini, organisasi penyumbang akan diperkenalkan kepada penduduk stempat dan antarabangsa secara tidak langsung. Dengan cara ini, tuan / puan akan memperoleh pelbagai faedah khususnya dalam meningkatkan nilai koprat dan imej syarikat tuan / puan. Oleh itu, kami mempelawa tuan / puan untuk bersama-sama menjayakan Program Sejenak D’Naggroe Aceh Darussalam 2009 ini. Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menyumbang terhadap program ini ialah:
1. Mahasiswa / i yang akan ke Aceh, Indonesia memainkan peranan sebagai Duta Kecil Malaysia yang turut membawa imej dan nama baik Negara.
2. Program Sejenak D’Nanggroe Aceh 2009 adalah program khidmat masyarakat yang membawa nama Malaysia sebagai satu ejen kebajikan.
3. Menunjukkan keprihatinan syarikat tuan / puan terhadap golongan yang memerlukan.
4. Ini merupakan peluang terbaik tuan / puan untuk memperkenalkan dan mempromosikan syarikat dengan lebih efektif dan berkesan.

Dengan penajaan ini, pastinya syarikat atau organisasi anda akan dikenali oleh warga kampus UTHM dan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada anda untuk menerima graduan-graduan UTHM untuk bekerja dengan anda. Selain itu, nama dan logo syarikat anda akan dicatat pada ruangan buku cenderamata. Yang lebih utama, keikhlasan anda untuk menaja program ini sesungguhnya akan membantu syarikat anda untuk lebih Berjaya pada masa akan datang. Kerana keikhlasan itulah punca kecemerlangan di dalam perniagaan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.

bagi mana2 syarikat atau individu yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau berminat untuk menaja atau memberi sumbangan kepada program ini boLehLah berhubung dengan sekreteriat penajaan :
AIZAT ZAYYANI BT AMAD ZAHIT ( giraffe_galah2@yahoo.com atau 013-7907574 )
AIN ILLYANA BT MOHD @ MOHD YUSOF ( extra_crush5@yahoo.com atau 013-7145022 )
JEFRYRAL B RAMLI ( jepo_6@yahoo.com )
segaLa keprihatinan anda dan kesudian anda kami dahuLui dengan ucapan terima kasih...

2 comments:

Anonymous said...

kalau la ade org yg leh taja big apple mcd ke...roti john ke...pegh menarik kan

cik gojes :) said...

wah3...kaLoo adee yang sudi menaja tuh mmg untung besaw...
papepon kene sesamee usaha...buLih jaaa dapat 2o ribu tuh...
nak kene kentaL La...