Saturday, June 14, 2014

Rasa macam nak blogging semula woii!!


Gambar je dah mempamerkan segala galanya tentang betapa leisure nya hidup macam holiday dari blogging untuk satu tempoh masa yang teramat lama *aku harap enkorang boleh paham lah maksud yang aku cuba sampaikan*. Aku ni memang jenis manusia yang ikut peredaran zaman lah. Ape yang tengah in, aku ikut. Contohnya, zaman sekarang kan tengah in social network adalah FB, IG and twitter so kat sana lah banyak aku bergebang tanpa limit. Sampai satu tahap, aku hampir lupa yang aku ada blog *sorry blog*. Padahal, ni lah tempat bebelan dan berangan aku tanpa henti zaman takde medium mengarut dulu. Aku tak sangka ada lagi orang yang stalk aku sampai ke alam blog sebab ramai jugak followers and sedara mara yang tahu aku blogging dok tanya kenape dah tak tulis blog dah. Ahahahaha. Terharu i olls tau! Terasa retis seketika.

Takde alasan pon aku nak bagi apasal aku stop blogging before this sebab nafsu malas dan kemajuan teknologi dah cover semuanya. Tapi takpe, aku akan tetap treasure blog nie sebab dengan blog nie jugak lah ada pekerja kat tempat yang aku interview dulu. panggil aku interview. Haaaa, dasyat ke tidok hakak gojez kau nie?? *mode perasan activated*. Nak bebel banyak memang banyak tak terkira. Tapi cerita2 lepas kita anggap je lah dah jadi lipatan sejarah yee. So, nanti aku update benda2 yang bakal mendatang okeh??

Akhir kata, aku taip nie dalam keadaan tahan mengantuk sebab tengah menunggu game Netherland VS Spain kejak lagi nie. Semangat Oranje dah meresap sebab tu gambo kat atas tu kaler ala2 oren. Awww! Enkorang sabo ye, nanti aku aktif balik blogging sampai tak larat enko nak membaca nye. Lebih relaks, lebih santai dan lebih dekat. Awww! Macam buat tagline show woii. Okay, ini bukan akhir kata dah nie...ini dah berjela-jela gamaknya. 

Kbye. 

Monday, January 20, 2014

urgghh.

Kadang kadang, banyak benda atas dunia nie memang mudah dan simple je untuk dilaksanakan. Banyak sangat. Tapi PROSES dan PROTOKOL serta SISTEM yang banyak menyusahkan. Kadang kadang CG tak paham dengan orang yang cipta PPS nie, what are they trying to achieve dengan segala keserabutan pun CG tak tahu lah. Sebagai seorang pengguna/rakyat/client, CG tak paham kenapa dalam zaman serba canggih, internet dihujung jari, rantaian maklumat semua dah ada dalam database, masih perlu lagi ada hardcopy document yang CG rasa macam tak berapa nak relevan. Dua tiga kali kerja, mabuk ke ??

Entahlah, CG cuma mampu mengomen dan membebel tapi tetap jugak SISTEM dalam Malaysia ni begitu ke tong sapah standard dia. OMG, seriously si penggubal sistem sekalian....kaji selidik dan mudahkan segala benda yang berkaitan dengan masyarakat. Jangan bagi orang buat kerja sia sia dua tiga kali kayh. Terima Kasih.

Monday, January 13, 2014

Si Domok Ummar the Pou :)



Mohon yang dah menganga dan frust bila tengok gambar nie bawak bertenang okay. CG belum beranak lagi. Nikah pun belum, kejadah apeekah nak beranak *tak ke??*. Anyway, this is the closest blood tied baby relation mushy mushy bum bum yang CG ada. Memandangkan CG anak sulung dan adik beradik semua asih bujang, makanya belum merasa jadi mak sedara. Luckily, eldest cousin CG *Kak Fatheen* dah kawin and dapat lah CG menumpang kasih anak buah dengan budak Domok nie. Hikkksss!! Well, nama dia Muhammad Ummar tapi nama manja dia yang CG panggil adalah Ummar the Pou atau Ummar Domok *geram*. Si Domok nie kalau dapat kat CG memang lunyai dah pipi dia CG kerjakan. Geram kot. Tapi kalau dukung dia, siaplah kau akan rasa sengal lengan keesokkan harinya. Rasa maca bawak dumbell sambil excercise je bila dukung dia nie *baru la ade muscle, yeedaaakkk*.

Sebenarnya tengah kemas2 file kat laptop nie and terjumpa pulak gambar si Domok nie. Kayh, nah tengok sampai muak :)





Kayh, nak sambung kemas desktop. Bubbye ! :)

Saturday, January 11, 2014

Time for Giving Back to the Society from Mantan KKDKUTHM.


Macam dah lama kan CG tak up cerita program ke sana ke sini. Well, sejak dua menjak menjadi wanita berkerjaya gedebash gedebus ke sana sini dengan team JSKIC EXCELL mencari sesuap dua nasi yang ada, akhirnya nampaklah peluang untuk berkumpul dengan mantan2 KKDK UTHM dalam program Transformasi Minda bersama student Tingkatan 3 dan 5 MRSM ALOR GAJAH. Anyway, program ini dilaksanakan atas dasar khidmat sosial kepada generasi muda juga memenuhi undangan ABG DON *dinasour KKDK, get it ?? mantan-santan-dinasour* untuk sama2 berkumpul dan berkongsi dengan students yang ada.

Program ini adalah satu platform untuk kami *bekas pelajar dan ahli KKDK UTHM* giving back to the society selepas apa yang kai perolehi pada zaman menuntut ilmu dahulu. Rata2 fasilitator yang hadir telah mempunyai profession dan karier yang tersendiri hasil daripada ilmu yang diperolehi dari bayaran cukai rakyat Malaysia suatu asa dahulu. Maka, atas kesedaran dan tanggungjawab terhadap generasi masa kini, program ini telah dijalankan dan Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran kami selama 3 hari 2 malam bermula hari Isnin hingga Rabu (6-8 Januari 2014) di Kem AgroFarm TechSkill, Durian Tunggal, Melaka ini bukanlah mempunyai sentuhan magis dapat mengubah yang bengkok menjadi lurus, yang patah menjadi teguh mahupun yang rosak menjadi elok. Namun, InsyaAllah walau tidak banyak, sedikit hati yang terjentik juga sudah memadai untuk membawa generasi baru menjadi generasi yang lebih bermutu.

Adik2 Tingkatan 3 MRSM ALOR GAJAH. Memalu konon mula2 :)

Lama tak rasa makan dala halaqah. Dalam Homeroom masing masing.

Ada duty rotation pengagihan makanan.

Ini Form 5. Speaking memang berabuk lah kalau namanya MRSM ALOR GAJAH.

Banyak ilmu dan pengajaran yang CG dapat simpulkan sepanjang program yang dijalankan. Antaranya adalah :
  • Membuat kebaikan itu adalah satu penyakit yang berjangkit. Bila kita lakukan, orang lain akan melihat. Bila orang lain melihat, dia juga akan lakukan. Dan ianya akan berterusan dan insyaAllah kebaikan itu akan berbalik kepada diri kita kembali.
  • Biarlah ilu kita tinggi melangit tetapi bila iman dan attitude kita ada masalah, kemungkinan besar berlaku banyak kepincangan dalam hidup kita.
  • Jangan pernah rasa putus asa apabila kita menemui kegagalan. Kita perlu gunakan setiap kelebihan yang kita ada dan jangan terlalu fokus kepada kekurangan yang kita ada. Setiap kelemahan itu boleh mebawa kepada kegagalan atau menemukan kita kepada sesuatu yang lebih hebat. MashaAllah.
  • Setiap pendidikan adalah bermula dengan diri sendiri. Biarlah kita ada ibu bapa yang hebat yang memberikan didikan yang hebat, namun andai kita sendiri tidak mengawal dan mengajar diri kita untuk menjadi hebat, makanya kehebatan itu tidak akan diwarisi dengan sendirinya.
  • Ibu bapa adalah orang yang paling kita perlu hormati dan hargai kerana mereka adalah punca kenapa kita mendapat peluang menikmati hidup di dunia ini.

Banyak lagi pengajaran yang boleh dipetik tapi slow2 okay. Lain kali CG akan kongsi lagi, InsyaAllah. By the way, CG seronok sangat sebab boleh berjumpa dengan para seniors yang Subhanallah hebat2 pemikiran mereka. Walaupun beberapa hari je berjumpa dengan mereka tetapi banyak nasihat dan tauladan yang dikongsikan bersama. Terima kasih abang2 dan kakak2 sekalian kerana bukan sahaja berkongsi tentang pengajaran tetapi pengalaman hidup sebagai panduan dan pedoman. Benar lah kata orang, semakin jauh perjalanan makanya seakin luas pemandangan *dalam fasa ini adalah ramai kita jumpa makin banyak ilu kita dapat teladani*.

Terima kasih juga untuk team MRSM ALOR GAJAH kerana memberi kami tepat berteduh yang teramat selesa *letak kepala atas katil teruih lena okeh*. Rumah banglo dua tingkat yang luas macam padang bola *kayh, ini hyperbola tapi memang luas*. Layanan yang superb dari cikgu2 pengiring dan tak lupa juga pengetua yang sempoi and very energetic. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan.

team santan KKDK UTHM yang ada.

ini bilik kami :)

Ruang tau di tingkat atas. Kat atas ade 4 bilik.

Ruangan 'kantin' katanya. Ini tempat kami berbincang setiap malam.

Ruangan santai yang memang menawan qalbu.

Tapak perkhemahan student. Depan banglo kami je.

Tapak perkhemahan.

Banglo pinjam. Tee hee hee.

Yang lebih mengharukan adalah apabila mantan2 yang telah berkeluarga juga turut turun padang bersama sama membawa keluarga untuk datang dan memberi sokongan bagi menjayakan program ini. Aisyhhh. Siap bawak anak2 okayh. CG dah rasa very the aunty2 tahu dengan kanak2 ribena ni *down seketika sebab rasa tua*. Ape2 pun kekanak ini semua memang well behave and coel2 belaka. Rasa macam nak lempang je sorang2. Hikkss !!

Aisy ini anak lelaki ABG DON.
Al-Fateh, anak lelaki ABG ZAI.

Irfhan, anak lelaki ABG MAN.

It was a fun and memorable moments. InsyaAllah program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Doakan rezeki berlebihan dan sama2 dikongsikan dengan masyarakat. We Serve We Care :)

p/s : Maafkan typo bersepah. Biasalah, Tiada Yang Perfect Okay?! :)


Saturday, January 4, 2014

Hello, I'm back ! *bersih bersihkan sawang*


Assalamualaikum and Hello everybody. Terlewat beberapa hari untuk wish Happy New Year.

Yeah, CG tahu yang blog nie dah boleh tahanlah habuk dia tahap hutan Amazon punya tebal but what can I do, 2013 has been a hectic year for me. Hectic but enjoyable meh. Kalau nak recap seua yang terjadi since the last entry written, memang sampai minggu depan takkan habis baca. Anyways, CG rasa macam nak start semula blogging since FB, twitter and Instagram dah stabil tahap penguasaannya *cheewaaah*. I was thinking to keep on posting short stories/cerpen or cerita bersiri dari ilham terlebih iaginasi CG. What say you ?? Let me know okay ??

Untuk pelepasan rindu korang kat blog CG, tengoklah gegambars yang sempat CG curi upload sebab external hardisk tak tahu campak mana. Lebih kurang recap lah jugak nie okay :)

perkampungan ilu di SK Bandar Rinching with #teamJSKICEXCELL

fasilitator MHS UTHM :)

ceraah motivasi di MRSM Trolak with #teamJSKICEXCELL

buddies holiday di Teluk senangin with sidekick #teamJSKICEXCELL

BEFAST with KKDKian clans di kem Bangi.

BEFAST with KKDKian clans di Kem Bangi :)

Banyak sangat gabar sapai tak tahu mana satu nak upload. Takpe, pelan pelan kita kayuh kayh. Insyaallah will up new stories regularly. Jangan rindu !


Tuesday, July 16, 2013

setiap manusia itu unik !


assalamualaikum.

sebelum terus membaca entry, meh la sama2 layan lagu current favourite CG nie. tak macam damai pulak telinga dengar lagu nie. tenang je muzik dia. agree??


miss me eh ?? hahaha...tiba2 tanya orang rindu CG ke tak dah kenape, yee dak ?? *terkinja kinja malu* it's okayy, bukan selalu CG nak malu2 cenggini kan...rare nie. rare. maka terima lah dengan hati yang terbuka. oh, by the way...masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN !

*okayy, dah agak lambat sebenarnya sebab dah dekat seminggu puasa baru terhegeh2 nak wish*



newsflash. i am officially a penganggur kehormat now *ihiks* again. but alhamdulillah, JS KIC EXCELL sedang membangun dengan pesat sekarang *alhamdulillah*

'amende JS KIC EXCELL tuh ??' jerit satu suara halus. 

ehhh?? CG tak pernah cerita ke ?? sorry, my bad. tak menyempat nak story hokkay. basically, ia adalah sebuah syarikat training and motivation consultant dan juga pembekal alat bantuan mengajar dan peralatan sekolah dari prasekolah sehinggalah ke barangan sekolah menengah. nothing big but it was just a dream come true. bekerja dengan team yang dah serasi dengan kita, dalam line yang kita suka, that is all i dream of back on masa dengan KKDK UTHM. in my next entry nanti CG akan story lebih pasal team JS KIC EXCELL nie okayy and ape bende keje yang kami buat and mana dah kami terjah :)

for today, CG cuma nak ala-ala buat comeback *yooolah tuh*.

actually CG ada lah baca soalan2 atau rungutan2 yang ada di FB, twitter and even ada yang email pada CG pasal nak jadi macam orang nilah sebab dia bla bla bla, nak jadi macam orang tu lah yang ada bla bla bla and what so ever. why people, WHY ?? kenapa nak jadi orang lain sedangkan kita sendiri dah ada kelebihan yang tersendiri.

you know what, every person on earth is unique in their own ways. tahu tak ?? okay, kita ambil satu contoh yang paling mudah nak bagi faham :


kalau suruh banding mereka berdua nie, bagi CG abam aaron CG tetap nombor 1 lah bagi CG. muka sweet, body tough, sweet, kacak, bergaya, hot daddy dan yang sewaktu dengannya. tapi berlainan pula pendapatnya dengan puan emak. beliau kata adi putra lagi macho and bla bla bla *tak mau puji, keh keh keh*. padahal both pon memang super awesome nyee pun. kat sini je kita dah nampak setiap manusia mempunyai taste yang berlainan. makanya, kenapa nak ubah rupa diri ikut seperti apa yang orang lain nak?? lain orang, lain pandangannya and lain orang jugak, lain cita rasa dia.

supposely, kita kene belajar terima dan sayang diri sendiri dan bawak rupa diri tu dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersyukur. setiap manusia ada uniknya sendiri. kalau pasangan awak nak awak ubah sesuatu yang tak masuk akal, why bother ?? leave him/her  and one day you'll find someone yang akan terima awak for who you are. 

tahu tak kenapa dalam kehidupan kita nie berpasang-pasangan?? sinonim dan antonim. cantik dah aturan yang Allah dah ciptakan. adanya langit, adanya bumi. adanya api, adanya air. adanya lelaki dan adanya perempuan. setiap yang berpasangan itu juga adalah saling melengkapi. ada yang fizikalnya dan melalui mata kasar kita kelihatan sempurna tapi rohani dan di dalam dirinya kosong. lalu yang melengkapkan dia adalah mereka yang penuh dengan warna2 ceria peribadi dan rohani walhal melalui pandangan mata kasar kita semuanya tak kena. dan yang macam CG kata lah, setiap manusia itu unik setiap satunya.

maka, bermula dari hari ini...CG harap, semua orang mampu rasa bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan pada kita dan gunakan dengan sebaik baiknya. kalau kita rasa kita ada banyak kekurangan, betul. manusia biasa macam kita banyak kekurangannya tapi jangan sampai mengaburi kelebihan yang lama2 berkarat sebab tidak diserlahkan. 


so, love yourself and be confident !






Wednesday, June 19, 2013

a song by Ed Sheeran entitled Kiss me :)


pakai headphone, kuatkan volume, sit back and relax dan hayati lagu nie.

CG rasa best, sebab tu CG nak spread the feelings *awww, sweet tak* enjoy !

Monday, June 17, 2013

curi curi buat short blogpost :)


i love tweeting tapi atas sebab2 tertentu, terpaksa berehat dari tweet menggila.
anyways, happy Fb-ing, tweet-ing, instagram-ing and blog-ing people!!

mungkin faktor usia yang sudah tua menyebabkan malas berada di social network nie.
tee hee hee.


sebagai penutup short blogpost nie, here's a cute quote i stole from goofgle last night :)


wishing you guys ahappy days ahead people !!


Friday, June 14, 2013

sabar itu manis. paid off :)


19 Mei 2013. okay, even ini cerita lama, tetap jugak perlu diberikan ucapan penghargaan kepada mereka yang bersusah payah celebrate birthday CG *seriyes terharu*. kepada hamba Allah yang tak mahu identitinya support keseluruhan birthday celebration nie,CG tau dah sapa orangnya and i thanked you so much :) very much. brotherhood and sisterhood nie memang lain macam sikit rasa dia.

serious talking, sebulan dua nie memang busy setanding YB lah. tu pasal nama kat twitter jadi YB Gojes *boleh rujuk sisi kiri blog nie* sibuk yang sampai tido pon rasa bersalah, mandi pun ikut dan je, sempat mandi lah tak sempat watlek sudah. makan pun sama kayh *ehehehehe*. ade lah dalam seminggu dua tuh kerja bersepah snagat sampai CG tido tak nyenyak langsung hari2 sampai settle keje tuh. as a result : mata panda, pipi kempis sikit dan mata merah kemain macam vampire.

one picture is too mainstream. ahahahhaa. muka cekung slim kononnye.

alhamdulillah, dengan #teamJSKICEXCELL *company CG kerja and menimba ilmu* adelah rezeki sikit2 masuk. actually bukan lah kisah snagat pasal bayaran ke hape, tapi job di SK Bandar Rincing hari tu memang sangat2 mengajar CG susah payahnye nak handle motivation and training consultant. berlanjutan dari program bersama KKDK UTHM, team JS KIC EXCELL nie ditubuhkan sebagai satu company yang menjalankan motivation and training untuk sekolah2 di malaysia. JS KIC EXCELL pon ada membekalkan peralatan sekolah macam alatan muzik, alat bantuan mengajar dan macam2 peralatan sekolah lah. so, kalau ade pape, boleh ke FB JC KIC EXCELL *laman web sedang dalam pembangunan*.

amboi terpromote company pulak. doakan kejayaan kami yang baru kecil langkah dan tapaknya dalam industri nie.

bersama adik2 SK Bandar Rincing
team JS KIC EXCELL.

jangan di tanya kenapa team nie semua lelaki, memang semuanya lelaki kecuali CG. tu pun untuk lah cik amalina sudi join CG masa di sekolah tu. kalau tak, jam 4 pagi CG lah kene kejut budak2 perempuan bangun qiamullail sorang2 *wuuuu, nak tidooo. macek amalina :)* girls, team JSKICEXCELL memang tengah cari perempuan yang berminat dalam training bagai nie. so, kalau berminat boleh roger CG kayh. nanti kita cerita panjang pasal job description.

pinjam meja sekolah. apekah meja semakin mengecil atau kita yang besaq ?? huuuu~
SK Bandar RIncing, we love you. thank you :)
dari last entry yang CG taip sampai ke hari nie, banyak sangat yang dah jadi sampai tak larat nak muntahkan dalam satu entry. so, let it be a good memories for us je lah kay sayang2 sekalian :)

sebahagian team MHS UTHM. CG tak join pon, datang menjengah je, bagi semangat !

kiri kanan itu anak2 ikan yang ohsem. teruskan brotha!

awww...entry bercampur2 nie memang tak sampai sangat perasaan sebenar bagi setiap program, aktiviti, job atau apa2 yang berlaku but at least kalau satu hari nanti CG hilang ingatan ke, belek2 lah blog nie untuk bagi refresh sikit2 memori yang berbaki. ape yang penting CG nak tekankan adalah :

  • treasure your time with precious people around you. manusia boleh berubah.kalau hari nie kita boleh bertepuk bertampar, esok lusa mungkin kita akan jadi strangers antara satu sama lain.
  • masa kita tengah sibuk gila memang akan rasa deppressed. tapi kita kene bersyukur, Allah limpahkan kita rezeki yang tak terjangkau dek akal kita bila dah siap semua kerja tu. so, paid off.
  • jadikan setiap kesalahan dan kegagalan kita sebagai garis panduan untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang dan sebagai tauladan supaya kesalahan yang sama tidak akan dilakukan lagi.
  • just remember, Allah datangkan hujan sebelum beri kita pelangi indah untuk tatapan kita. maka, sabar lah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan :)



thank you for all your love and care. i love you. ALL :)

Saturday, May 11, 2013

untuk Puan Emak saya :)


actually, i dont even know the exact date of mothers day so CG assume yang hari2 pon mothers and fathers day in May. awesome tak CG ?? keh keh keh. kita anggap je lah yang hari nie mothers day for my Puan Emak. so, Puan Emak...HAPPY MOTHERS DAY *ehekss*

eventhough heliza helmi buat lagu nie untuk kita realize the power of Al-Quran *which is very good* i would like to dedicate this lovely song to our very own life saviour, Puan Emak :) *sweet kan ya, ma ??*


Woman perspective of Puan Emak Vs Cik Anak *CG lah hoiii* :

  1. She don't fancy shopping unless untuk beli barang dapur and sangat bagus dalam kewangan rumah. She knows all the cheapest yet fresh place to buy groceries. how cool was that ?? Compare to me, saya boros shopping. 
  2. Of coz a very good cook yaw. kau sebut je menu ape, ibarat macam ada buku resipi dalam otak itu. and yeah, resipi dari barat, timur, selatan utara. nah, you name it. kecuali ikan keli dan yang sewaktu dengannya lah memang fail *geli katanya*. well, i am a good cook also. lempeng CG masak kegilaan adik2 kot *ok lah tu kan. kan??* oh, kecewa.
  3. Sejak dua menjak dah pandai pakai tab, kemain menjadi lubuk gossip dan berita dah Puan Emak nie. cerita luar dan dalam negara dalam genggaman tahu ?? eventhough CG punya gadget jauh lebih handal dan up-to-date, still ketinggalan. Boo you CG !!
  4. She's a very talkative dan sangat ramah hokkay. whoever likes to talk a lot, be my guest and entertain my mommy *a point for you kak pah* hahaha. CG pun mulut kepoh jugak but more likely in certain occasion yang memerlukan kekepohan CG lah. so, i lost to Puan Emak. tee hee hee.
  5. Puan Emak is kind of neat woman. Seriously, kau tengok je lah beliau masak kat dapur. she's not a kind of tinggal sepah2 type of person. example : lepas potong sayur or things on chopboard and dump into the pot, terus basuh chop board and pisau dan letak di tempat tos pinggan. banding dengan CG, masak telur sebutir pun berkecah dapur *baru nampak macam memasak kan ??*
  6. Seorang yang sentiasa bersedia. Kalau nak pegi trip ke mana2 yang jauh *even dekat* she will prepare bekalan macam jajan2 ke, or even cook a meal in case tempat yang dituju tak jumpe tempat makan. when you have a husband that will get hot temper if he's hungry, mestilah bijak tawan keharmonian kan *sorry Encik Ayah*. And always have this stock of medicine along during trips. Way to go mommy. please, don't compare to me *duhh*.
  7. Puan Emak is more like cepat gabra punya orang but it's cool to have one in the family so everything will be perfect. menggelabah tuh bukan ape, she'll easily got panicked bila dengar bad things even kecik je hal nye pun. kalau CG tengah drive and melintasi lorry pon beliau boleh gelabah hoiii. CG pulak jenis lek lek je sampai dek kerana terlalu rilek, i took things for granted sometimes. not good to become a mom and wife dalam latihan *usaha lagi*.


Puan Emak always told me that there are certain things i might not get it now but will probably understand when i've become a mom soon. it's not that i don't understand, but i choose not to. hikkss. mengada gila. well, that's how CG punya perangai manja *manja lah sangat, mengada lebih. yeah, i know*. masa sedang meningkat dewasa, i tend to break my mom's heart every time i opened up my mouth. up until now, maybe i still did it a lot. how bad i am to the society's, Puan Emak never gave up on me and that's the power of a mom. and yes, you too Encik Ayah. i am not easy to be handled throughout my growing up phase but you still managed to take a good care of me. for that, i love you. we, the three stooges love you :)


Puan Emak, you might not the greatest mom on earth. for us, you are the most amazing mom ever.

i mean EVER.


terima kasih kerana melahirkan.
terima kasih kerana membesarkan.
terima kasih kerana memberi kasih sayang.
terima kasih kerana memahami.
terima kasih kerana mempercayai.
terima kasih kerana tidak pernah berputus asa.


dan TERIMA KASIH untuk semuanya.


tak lupa, terima kasih menggemukkan kami semua. ehhh. no, itu terima kasih dari anak bernama AMIRA sahaja. ehek. admit it, i'm sweet :)


you know what, being Cik Gojes's mom memang tersangatlah over publisiti.

and i bet, Puan Emak boleh dapat heart attack baca grammar CG yang tunggang terbalik. well, that's how i roll Puan Emak. keh keh keh.

kbye.


Monday, April 29, 2013

there will always be...


hamboiii. kemain rajin pulak CG menaip blog. yee dak ?? *kih kih kih* sebelum CG start entry yang nie, moh le layan kejak lagu dari apis nie haaaa..adeh, menusuk qolbu kemain lah aih lagu dia. ayuh !!


hak hak hak.

saje je ambil mood2 jiwang sikit nak menaip entry kali nie. well. adee lah sikit2 kena dengan lagu *yeke ??* lama gak lah rasanya tak bersenti-mental kat  blog tercinta nie. mungkin sebab takde benda nak dijiwangkan. aihh, loosernye rasa bila kata begitu *duduk tepi sudut*

korang tahu tak ape itu CRUSH ?? *maaf, bukan crusher yang ade kt kepci tu ye. lempang kang* crush nie lebih kurang macam kau minat kat orang tu lah in one way feeling gitew. maksudnya either orang yang kau ade hati tu tak tahu atau dia takde feel pon kat kau. tu menurut ape yang CG paham lah kan *keh keh keh. i am no good in expression kot* okay berbalik kepada crush. tipu sangat lah kalau kata korang takde crush. mesti bila kau tengok someone tuh, kau macam dah terasa cam ade kimia antara korang yang cuma wujud dalam pemikiran korang. gila complicated.

ada orang pernah tanya CG, 'kalau kita confess kat crush kita dan kemudian cinta kita kene reject is that we still call it crush ??'. well technically, you are CRUSHED namanya *hambar*

okayy, cerita sebenar takde kena mengena dengan crush pun. sekadar teringatkan soalan pasal crush tu je *hek hek hek* percaya tak kalau CG kata, akan ada satu attraction antara kita dengan SATU manusia berlainan jantina nie sehinggakan pisah macam mana pun tetap akan ada sesuatu yang buat kita tak boleh lupakan dia. macam magnet. sesuatu tu mungkin rasa cinta yang terbit atau mungkin satu relation yang manusia sendiri tak mampu nak terjemahkan. kalau korang tengok cerita twilight ibarat macam kes jacob black imprit renesmee (anak bella and edward cullen)

tapi dalam kisah nie, yang ala2 jacob nie jenis player. habis semua perempuan dia ayat, bukan setakat cair. rasanya dah lebur. boleh dikatakan kalau dia bukak mulut, walaupun muka tak hensem mana masih tetap mampu menggugat jiwa anak dara. gamaknya kalau dia mengorat mak dara pon boleh dapat kot *agaknya, manalah CG nak tahu kan* yang uniknya, satu perempuan nie jugak yang dia kalah. walau perempuan tu dah ada pakwe, putus, dia tak kisah jadi rebound boy sekalipun asalkan dengan perempuan tuh. sesungguhnya perempuan itu HEBAT. kalau tanya CG, of coz lah CG jeles. sape tak nak jadi orang terpenting dalam hidup orang lain kan ??

so, ianya melengkapkan teori yang CG pernah terfikir satu masa dulu. there will always ONE person that can  make your world up-side-down. takpe lah, maybe itu jalan cerita mereka. CG sentiasa doakan yang terbaik sahaja. orang tua2 ada berkata, kalau kita redha mendoakan kebahagiaan seseorang walaupun kita sendiri terluka, insyaallah doa itu sendiri sedikit sebanyak terbias pada diri kita *amin*

hai. saya taylor lautner. tengah makan pon saya masih hensem :)

yang sedang bercinta, semoga berbahagia. yang sedang kecewa, chillex. dunia belum berakhir. there will always be...


my prayers for you :)



don't give up you life *winks*

Sunday, April 28, 2013

budak nakal.


cerita nie sedikit basi sebab ini kisah lama cuma baru hari nie tergerak nak taip kat blog terchenta nie *usap2 laptop* well, CG masih lagi aktif dalam bidang memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah dan menengah. tak kira lah ikut motivasi bersama kelab atau bersama company. for me, bagi motivasi nie tak semestinya nak suruh adik2 kita nie cemerlang gemilang terbilang dalam bidang pelajaran, tapi kita nak bagi dia guide untuk teruskan hidup sebagai INSAN. lain maknanya tuh.

kalau nak diikutkan, CG bukanlah jenis manusia penyabar nak menghadap kerenah budak2 nie *boleh mendapatkan kesahihan berita dari adik2 CG* CG mudah marah, senang naik hangin dan mudah give up kalau melayan budak2 nak2 lagi yang jenis nakal kemain keras kepala. rasa macam nak sepok sekali dua je rasanya. tapi memandangkan CG dah mendapat latihan dari KKDK UTHM how to be a facilitator, insyaallah ilmu yang dikongsikan dapat membantu CG tackle kanak2 ribena degil.

sehinggalah pada satu hari, bila CG ditugaskan untuk jadi fasilitator kepada satu sekolah nie *nama sekolah terpaksa dirahsiakan. hahahah* kebiasaanya, sesi ice breaking secara mess akan dilakukan untuk memecahkan ice antara peserta dan juga merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti peserta yang hyperactive atau terjal kekdahnya. kemudian, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. oleh kerana CG adalah fasi yang paling vateren *otaii katanya* maka, kanak2 yang terlebih terjal dan nakal telah diserahkan kepada CG *tenggss lah sangat kepada ketua fasi* fyi, program kali nie pesertanya SEMUA lelaki. mati.

salah satu group budak terlebih nakal dalam sejarah. time nie dah kurang dah nakal dia.

antara perkara yang boleh membuatkan CG sakit jiwa dengan mereka :
  • tengah LDK boleh nak tido ?? *am i that boring ??* padahal CG kemain semangat buat games segala kot. tak pernah dalam sejarah adik fasi CG jadi bosan.
  • sentiasa mempersoalkan benda yang CG suruh buat.
  • tak serius.
  • malas nak berfikir.
  • bahasa yang 'cantik gila'.
  • tahap malas yang extra woiihhhh.
dan yang paling sentap sekalik adelah conversation ini :

(CG : CG, adik fasi : AF)

AF : kak, nak tanya sikit.

CG : hah, tanya lah.

AF : takde ke fasi yang lawa sikit ??

CG : *blurrr gila muka dahku*

provided masa tuh cuma ada 2 je fasi perempuan dan yang lainnye semua lelaki. peerrrggghhhh, apeekah dahku tak cukup lawa ke ?? *duduk tepi penjuru*

sampai hati you olls kata CG tak lawa. ciss.
selesai hari pertama, CG and team rasa memang tak boleh nak teruskan dengan modul yang sedia ada. malam tu jugak kami bincang and tukar the whole modul supaya kanak2 ribena nie boleh nampak semangat sikit. esoknya, kami buat modul yang melibatkan pergerakan fizikal dari mula celik bijik mata, sampai lah nak tidur. kalau tanya CG, mula2 memang macam nak give up dah handle program nie sebab peserta tak nak bagi kerja sama. tapi gagahkan jugak dengan ubah dan cuba macam2 gaya pendekatan, alhamdulillah. akhirnya mereka bagi kerjasama.

macam CG cakap kat AJK program, kalau ada 40 etika fasi, CG rasa CG dah langgar semuanya. hak hak hak. bila kenal mereka, barulah CG sedar yang mereka jadi nakal sebab mahukan perhatian. diorang ada jugak mengadu yang kadang2, diorang pun tak tahu ape salah diorang sampai sentiasa dapat tanggapan buruk dari warga sekolah. even orang lain yang buat salah, diorang saja yang asyik kene bash. ibaratnya macam diorang memang dah ada cop rasmi kat dahi tu bahawasanya diorang adalah samseng kat sekolah. to be honest, dalam kenakalan diorang, sebenarnya diorang nie ada talent masing2. hidden talent.

budak nakal biasanya tak suka nak tunjukkan sangat talent yang diorang ada. actually otak mereka nie sangat bergeliga tapi tersembunyi disebalik kenakalan yang diorang saja cipta nak memberontak. biasalahkan, usia muda. bila CG dah faham rentak diorang, diorang nie adalah individu yang menarik untuk didekati actually *seriously* CG tak kata lah yang CG BERJAYA jinakkan kanak2 nakal nie but it was an interesting and memorable experience bila kene keluar dari comfort zone. 

nie gambar paling skema boleh click masa last day.

the bottom line is, kalau kita ditakdirkan kene hadap budak2 yang nakal, CG galakkan anda untuk jangan mudah berputus asa. kene sentiasa try and error mendekatkan diri dan memahami mereka. ada sebab kenapa diorang jadi macam tuh. kalau dikaji, kita akan rasa terkejut sebenarnya masyarakat adalah punca utama kenapa mereka boleh jadi nakal *just saying*

to my beloved adik2 sekalian, especially yang nakal terlebih tuh...nak jadi nakal boleh, tapi biar bertempat dan tak menyusahkan orang lain kayh. kalau agak2 macam rasa takde orang nak dengar masalah awak, akak sentiasa ada untuk mendengar. walau tak dapat membantu, at least i can be your crying shoulder kayh ?? semoga adik2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA dan beroleh kejayaan dala hidup masing2.


p/s : tahukah anda, ianya adalah satu perasaan yang sangat lain bila kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti dan masyarakat setempat. walau tak besar mana, ianya tetap perasaan yang menakjubkan. cubalah !!



Wednesday, April 24, 2013

dagu tak suntik okay !



untuk kali ke SERATUS, CG nak cakap yang dagu CG memang ori, semulajadi dan asli tanpa ada cucuk2 botox kemain ape jadah semua tuh untuk bagi runcing. hamboiii kemain korang kutuk dagu runcing CG kan. CISSS !! 

untuk mereka yang bertanya samada CG dah jumpe ke belom MR.X yang CG ceritakan dalam entry sebelum nie...maaf, CG juga menemui jalan buntu *sigh* mungkin juga cerita tersebut terkubur di situ *hukhukhuk*

sesungguhnya CG amat terharu kepada mereka yang bertanyakan kenapa CG nampak muram, kurang bermaya, tak nak cakap banyak lately nie...rileks, CG tak sakit kronik okayy. biasalah bila kepenatan, lesu dan letih tuh memang datang dalam satu pakej yang lengkap *yawwning* seriously sangat terkejar kejar nak selesaikan segala kerja, masalah dan tanggungjawab terhadap semua yang berkaitan dengan diri. kadang kadang sampai rasa 24 jam tu macam tak cukup je nak buat semua kerja. so, my point is i am BUSY not SICK. sabar yea, bila hari CG semakin tenang nanti kita sembang panjang panjang yea.

ada juga yang bertanya my current status sekarang nie as banyak cerita pulak yang terkeluar lately nie *peerrrgghhh, feeling artis* NO, i am not married yet. NO, i am not engaged yet. YES, there's a bit mushy mushy tiny lovey dovey things happening and YES, i am definitely recovering very fast better than i've expected.



nothing much to write actually, just killing my time waiting for something to completely downloaded. akhir kata *gila formal tahap nerdy* dalam musim musim tengah 'panas' kat Malaysia nie, semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNYA. jaga tingkah, jaga bahasa dan jaga perlakuan :)



Saturday, April 20, 2013

jejaka misteri.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu !!

fine fine fine. CG tahu memang berkurun tak update. alasan sibuk memang dah basi tapi CG tetap nak bagi alasan jugak. CG malas nak update. nie semua gara2 makhluk mana ntah hacked account blogspot CG nie and tukar password dia. nasib lah member CG ada yang jenis IT freak *eehhh* yang jenis hebat gila dalam dunia IT nie, sekejap je password and blogspot CG dah cure balik. macam takde keje lain kan manusia yang hacked account CG. bukan ade cerita panas ape pon. puiii.

by the way, i miss blogging days. tapi nak buat macam mana kan ?? zaman berpoya poya dah habis. ini zaman memenuhi tanggungjawab yang semakin bertambah *ciss ayat bajet gaya2 dewasa raya* takpelah, bila lagi nak merasa kerja keras. time tengah bujang boleh lah merambu ke sana kemari sesuka hati. hikkss. actually CG just nak mencoretkan satu kisah yang CG tak sangka pun akan jadi dalam hidup CG. selama nie macam rasa dalam hidup nie, takde yang kebetulan. hurrrmmm.

al-kisahnye bermula dari kelmarin. kelmarin CG baru balik dari johor ke kl atas urusan yang macam2. macam biasa, CG turun kat TBS and naik LRT untuk balik ke ampang. masa tengah tunggu LRT tu, 2 orang manusia tanya direction kat CG. dah terasa macam kaunter pertanyaan LRT sudah tapi ape salahnyee kan tolong orang. tak luak pun. the interesting part bermula pada orang kedua yang bertanya.

(CG : CG, orang yang bertanya *tak teringat nak tanya nama dia* : Mr.X)

Mr.X : assalamualaikum. cik tumpang tanya, train nie pegi gombak ke ??

CG : ohhh. kalau nak ke gombak,ambil train yang nie pastu nanti turun kat masjid jamek ambil putra sampai ke gombak.

Mr.X : ohh. terima kasih. lama doh tak mari sini habis bertukar semua sistem LRT.

CG : hmm. agak laaa. takpe, takkan sesat punya. banyak papan tanda. sistem LRT nie baru jugak lah bertukar. datang dari mana ni ??

Mr.X : ohh. saya dari kota bharu, klate. dulu blaja sini, kat UIA. pastu balik klate setahun, esok nie ada interview. 

CG : *senyum. hmm. tak tanya pon. fuuu*

kemudian, Mr.X pun sambung lah berborak borak sampai lah train datang. dia masuk coach lain, CG masuk coach sebelahnya but still boleh nampak satu sama lain. masa CG masuk coach train tuh, conversation kitorang macam sedikit tergantung hokkay. takde goodbyes takde thank yous or pape. boleh tahan macam biadap jugak lah CG masa tuh. well, Mr.X is quiet a good looking guy tapi takde lah jauh sangat CG fikir. CG perasan masa dalam train tuh setiap station train berhenti, dia tengok CG *maybe CG perasanlah kot* then masa CG turun untuk tukar train balik ampang, CG tak pandang pon dia. malu mungkin ??

nak dijadikan cerita, semalam CG ke TBS. atas tujuan ape, tak payah tahu dulu...tu kita cerita lain. tapi semalam CG pegi TBS bawak kereta. masa CG turun lif nak ke tingkat 3, lif berhenti kat tingkat 4 and ada 2 orang mamat masuk. masa tuh CG tengah leka tengok tab so, memang tak amek port sangat lah. tapi tu lah kan, instinct perempuan yang kuat kot...CG rasa macam ada satu aura membunuh yang pandang CG and CG pun angkatlah muka tengok sape manusia yang ada dalam lif tuh. huh. seperti sangkaan memang ade manusia yang tengok CG macam nak telan. still, CG buat dono je lah. masa nak keluar lif tuh, rasa ade orang cuit bahu and panggil 'awak'.

to my surprise, Mr.X hokkay ! apasal lah CG tak perasan. cehhh.

Mr.X : ingat lagi saya tak ??

CG : awak yang tanya saya direction semalam kan kat LRT ?? *senyum*

Mr.X : nasib baik ingat lagi, kalau tak malu je saya. semalam lupa nak cakap, terima kasih ehh tolong bagitahu jalan.

CG : oh, no big deal lah.

Mr.X : huurrmm. kejap. awak nie cik gojes kan ??

okayy, pada waktu itu, semua sistem dalam badan ibarat macam berhenti beroperasi sebab terkejut sangat stranger pon still kenal CG.

CG : macam mana awak kenal saya ??

Mr.X : haaa...rahsia lah !! masa saya tegur awak semalam, saya rasa macam saya kenal. bila saya check balik gambar2 lama, sah. betul pun awak.

CG : gambar2 lama ?? amboiii. maaf, saya makin bingung. ehhh kejap. awak dah kenal saya, tapi saya tak kenal awak lagi. sape nama awak ye ??

Mr.X : hahaha. takpe, kalau kita terjumpa kali ketiga nanti saya bagi tahu nama saya.

CG : aihh...macam tu pulak ?? okayy, kalau tak nak bagitahu nama awak, bagitahulah awak kenal saya dari mana. blog ?? program ?? FB ??

Mr.X : soalan tu saya akan jawab kalau kita jumpa kali ke empat.

CG : aihhh...bila tahun lah tuh nak jumpe nyee.

Mr.X : saya percaya jodoh. yang kelima mungkin selamanya. takpelah, saya gerak dulu, assalamualaikum.

dan dia meninggalkan CG terpinga pinga untuk beberapa ketika. aahhh. lemas sungguh lah begini. dia kenal kita tapi kita tak kenal dia. acaner nie ?? takpe lah, kalau ada jodoh dapat jumpa Mr.X next time, boleh lah CG sambung cerita ini ye.

misteri.


chillax and be awesome !!

dear Mr.X, awak memang unik. i like your style but i don't like to be kept waiting. hurry up :)