assalamualaikum.
sebelum terus membaca entry, meh la sama2 layan lagu current favourite CG nie. tak macam damai pulak telinga dengar lagu nie. tenang je muzik dia. agree??
miss me eh ?? hahaha...tiba2 tanya orang rindu CG ke tak dah kenape, yee dak ?? *terkinja kinja malu* it's okayy, bukan selalu CG nak malu2 cenggini kan...rare nie. rare. maka terima lah dengan hati yang terbuka. oh, by the way...masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan
SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN !
*okayy, dah agak lambat sebenarnya sebab dah dekat seminggu puasa baru terhegeh2 nak wish*
newsflash. i am officially a penganggur kehormat now *ihiks* again. but alhamdulillah, JS KIC EXCELL sedang membangun dengan pesat sekarang *alhamdulillah*.
'amende JS KIC EXCELL tuh ??' jerit satu suara halus.
ehhh?? CG tak pernah cerita ke ?? sorry, my bad. tak menyempat nak story hokkay. basically, ia adalah sebuah syarikat training and motivation consultant dan juga pembekal alat bantuan mengajar dan peralatan sekolah dari prasekolah sehinggalah ke barangan sekolah menengah. nothing big but it was just a dream come true. bekerja dengan team yang dah serasi dengan kita, dalam line yang kita suka, that is all i dream of back on masa dengan KKDK UTHM. in my next entry nanti CG akan story lebih pasal team JS KIC EXCELL nie okayy and ape bende keje yang kami buat and mana dah kami terjah :)
for today, CG cuma nak ala-ala buat comeback *yooolah tuh*.
actually CG ada lah baca soalan2 atau rungutan2 yang ada di FB, twitter and even ada yang email pada CG pasal nak jadi macam orang nilah sebab dia bla bla bla, nak jadi macam orang tu lah yang ada bla bla bla and what so ever. why people, WHY ?? kenapa nak jadi orang lain sedangkan kita sendiri dah ada kelebihan yang tersendiri.
you know what, every person on earth is unique in their own ways. tahu tak ?? okay, kita ambil satu contoh yang paling mudah nak bagi faham :
kalau suruh banding mereka berdua nie, bagi CG abam aaron CG tetap nombor 1 lah bagi CG. muka sweet, body tough, sweet, kacak, bergaya, hot daddy dan yang sewaktu dengannya. tapi berlainan pula pendapatnya dengan puan emak. beliau kata adi putra lagi macho and bla bla bla *tak mau puji, keh keh keh*. padahal both pon memang super awesome nyee pun. kat sini je kita dah nampak setiap manusia mempunyai taste yang berlainan. makanya, kenapa nak ubah rupa diri ikut seperti apa yang orang lain nak?? lain orang, lain pandangannya and lain orang jugak, lain cita rasa dia.
supposely, kita kene belajar terima dan sayang diri sendiri dan bawak rupa diri tu dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersyukur. setiap manusia ada uniknya sendiri. kalau pasangan awak nak awak ubah sesuatu yang tak masuk akal, why bother ?? leave him/her and one day you'll find someone yang akan terima awak for who you are.
tahu tak kenapa dalam kehidupan kita nie berpasang-pasangan?? sinonim dan antonim. cantik dah aturan yang Allah dah ciptakan. adanya langit, adanya bumi. adanya api, adanya air. adanya lelaki dan adanya perempuan. setiap yang berpasangan itu juga adalah saling melengkapi. ada yang fizikalnya dan melalui mata kasar kita kelihatan sempurna tapi rohani dan di dalam dirinya kosong. lalu yang melengkapkan dia adalah mereka yang penuh dengan warna2 ceria peribadi dan rohani walhal melalui pandangan mata kasar kita semuanya tak kena. dan yang macam CG kata lah, setiap manusia itu unik setiap satunya.
maka, bermula dari hari ini...CG harap, semua orang mampu rasa bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan pada kita dan gunakan dengan sebaik baiknya. kalau kita rasa kita ada banyak kekurangan, betul. manusia biasa macam kita banyak kekurangannya tapi jangan sampai mengaburi kelebihan yang lama2 berkarat sebab tidak diserlahkan.
so, love yourself and be confident !