Monday, April 29, 2013

there will always be...


hamboiii. kemain rajin pulak CG menaip blog. yee dak ?? *kih kih kih* sebelum CG start entry yang nie, moh le layan kejak lagu dari apis nie haaaa..adeh, menusuk qolbu kemain lah aih lagu dia. ayuh !!


hak hak hak.

saje je ambil mood2 jiwang sikit nak menaip entry kali nie. well. adee lah sikit2 kena dengan lagu *yeke ??* lama gak lah rasanya tak bersenti-mental kat  blog tercinta nie. mungkin sebab takde benda nak dijiwangkan. aihh, loosernye rasa bila kata begitu *duduk tepi sudut*

korang tahu tak ape itu CRUSH ?? *maaf, bukan crusher yang ade kt kepci tu ye. lempang kang* crush nie lebih kurang macam kau minat kat orang tu lah in one way feeling gitew. maksudnya either orang yang kau ade hati tu tak tahu atau dia takde feel pon kat kau. tu menurut ape yang CG paham lah kan *keh keh keh. i am no good in expression kot* okay berbalik kepada crush. tipu sangat lah kalau kata korang takde crush. mesti bila kau tengok someone tuh, kau macam dah terasa cam ade kimia antara korang yang cuma wujud dalam pemikiran korang. gila complicated.

ada orang pernah tanya CG, 'kalau kita confess kat crush kita dan kemudian cinta kita kene reject is that we still call it crush ??'. well technically, you are CRUSHED namanya *hambar*

okayy, cerita sebenar takde kena mengena dengan crush pun. sekadar teringatkan soalan pasal crush tu je *hek hek hek* percaya tak kalau CG kata, akan ada satu attraction antara kita dengan SATU manusia berlainan jantina nie sehinggakan pisah macam mana pun tetap akan ada sesuatu yang buat kita tak boleh lupakan dia. macam magnet. sesuatu tu mungkin rasa cinta yang terbit atau mungkin satu relation yang manusia sendiri tak mampu nak terjemahkan. kalau korang tengok cerita twilight ibarat macam kes jacob black imprit renesmee (anak bella and edward cullen)

tapi dalam kisah nie, yang ala2 jacob nie jenis player. habis semua perempuan dia ayat, bukan setakat cair. rasanya dah lebur. boleh dikatakan kalau dia bukak mulut, walaupun muka tak hensem mana masih tetap mampu menggugat jiwa anak dara. gamaknya kalau dia mengorat mak dara pon boleh dapat kot *agaknya, manalah CG nak tahu kan* yang uniknya, satu perempuan nie jugak yang dia kalah. walau perempuan tu dah ada pakwe, putus, dia tak kisah jadi rebound boy sekalipun asalkan dengan perempuan tuh. sesungguhnya perempuan itu HEBAT. kalau tanya CG, of coz lah CG jeles. sape tak nak jadi orang terpenting dalam hidup orang lain kan ??

so, ianya melengkapkan teori yang CG pernah terfikir satu masa dulu. there will always ONE person that can  make your world up-side-down. takpe lah, maybe itu jalan cerita mereka. CG sentiasa doakan yang terbaik sahaja. orang tua2 ada berkata, kalau kita redha mendoakan kebahagiaan seseorang walaupun kita sendiri terluka, insyaallah doa itu sendiri sedikit sebanyak terbias pada diri kita *amin*

hai. saya taylor lautner. tengah makan pon saya masih hensem :)

yang sedang bercinta, semoga berbahagia. yang sedang kecewa, chillex. dunia belum berakhir. there will always be...


my prayers for you :)



don't give up you life *winks*

Sunday, April 28, 2013

budak nakal.


cerita nie sedikit basi sebab ini kisah lama cuma baru hari nie tergerak nak taip kat blog terchenta nie *usap2 laptop* well, CG masih lagi aktif dalam bidang memberi motivasi kepada adik2 di sekolah rendah dan menengah. tak kira lah ikut motivasi bersama kelab atau bersama company. for me, bagi motivasi nie tak semestinya nak suruh adik2 kita nie cemerlang gemilang terbilang dalam bidang pelajaran, tapi kita nak bagi dia guide untuk teruskan hidup sebagai INSAN. lain maknanya tuh.

kalau nak diikutkan, CG bukanlah jenis manusia penyabar nak menghadap kerenah budak2 nie *boleh mendapatkan kesahihan berita dari adik2 CG* CG mudah marah, senang naik hangin dan mudah give up kalau melayan budak2 nak2 lagi yang jenis nakal kemain keras kepala. rasa macam nak sepok sekali dua je rasanya. tapi memandangkan CG dah mendapat latihan dari KKDK UTHM how to be a facilitator, insyaallah ilmu yang dikongsikan dapat membantu CG tackle kanak2 ribena degil.

sehinggalah pada satu hari, bila CG ditugaskan untuk jadi fasilitator kepada satu sekolah nie *nama sekolah terpaksa dirahsiakan. hahahah* kebiasaanya, sesi ice breaking secara mess akan dilakukan untuk memecahkan ice antara peserta dan juga merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti peserta yang hyperactive atau terjal kekdahnya. kemudian, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan2 kecil. oleh kerana CG adalah fasi yang paling vateren *otaii katanya* maka, kanak2 yang terlebih terjal dan nakal telah diserahkan kepada CG *tenggss lah sangat kepada ketua fasi* fyi, program kali nie pesertanya SEMUA lelaki. mati.

salah satu group budak terlebih nakal dalam sejarah. time nie dah kurang dah nakal dia.

antara perkara yang boleh membuatkan CG sakit jiwa dengan mereka :
  • tengah LDK boleh nak tido ?? *am i that boring ??* padahal CG kemain semangat buat games segala kot. tak pernah dalam sejarah adik fasi CG jadi bosan.
  • sentiasa mempersoalkan benda yang CG suruh buat.
  • tak serius.
  • malas nak berfikir.
  • bahasa yang 'cantik gila'.
  • tahap malas yang extra woiihhhh.
dan yang paling sentap sekalik adelah conversation ini :

(CG : CG, adik fasi : AF)

AF : kak, nak tanya sikit.

CG : hah, tanya lah.

AF : takde ke fasi yang lawa sikit ??

CG : *blurrr gila muka dahku*

provided masa tuh cuma ada 2 je fasi perempuan dan yang lainnye semua lelaki. peerrrggghhhh, apeekah dahku tak cukup lawa ke ?? *duduk tepi penjuru*

sampai hati you olls kata CG tak lawa. ciss.
selesai hari pertama, CG and team rasa memang tak boleh nak teruskan dengan modul yang sedia ada. malam tu jugak kami bincang and tukar the whole modul supaya kanak2 ribena nie boleh nampak semangat sikit. esoknya, kami buat modul yang melibatkan pergerakan fizikal dari mula celik bijik mata, sampai lah nak tidur. kalau tanya CG, mula2 memang macam nak give up dah handle program nie sebab peserta tak nak bagi kerja sama. tapi gagahkan jugak dengan ubah dan cuba macam2 gaya pendekatan, alhamdulillah. akhirnya mereka bagi kerjasama.

macam CG cakap kat AJK program, kalau ada 40 etika fasi, CG rasa CG dah langgar semuanya. hak hak hak. bila kenal mereka, barulah CG sedar yang mereka jadi nakal sebab mahukan perhatian. diorang ada jugak mengadu yang kadang2, diorang pun tak tahu ape salah diorang sampai sentiasa dapat tanggapan buruk dari warga sekolah. even orang lain yang buat salah, diorang saja yang asyik kene bash. ibaratnya macam diorang memang dah ada cop rasmi kat dahi tu bahawasanya diorang adalah samseng kat sekolah. to be honest, dalam kenakalan diorang, sebenarnya diorang nie ada talent masing2. hidden talent.

budak nakal biasanya tak suka nak tunjukkan sangat talent yang diorang ada. actually otak mereka nie sangat bergeliga tapi tersembunyi disebalik kenakalan yang diorang saja cipta nak memberontak. biasalahkan, usia muda. bila CG dah faham rentak diorang, diorang nie adalah individu yang menarik untuk didekati actually *seriously* CG tak kata lah yang CG BERJAYA jinakkan kanak2 nakal nie but it was an interesting and memorable experience bila kene keluar dari comfort zone. 

nie gambar paling skema boleh click masa last day.

the bottom line is, kalau kita ditakdirkan kene hadap budak2 yang nakal, CG galakkan anda untuk jangan mudah berputus asa. kene sentiasa try and error mendekatkan diri dan memahami mereka. ada sebab kenapa diorang jadi macam tuh. kalau dikaji, kita akan rasa terkejut sebenarnya masyarakat adalah punca utama kenapa mereka boleh jadi nakal *just saying*

to my beloved adik2 sekalian, especially yang nakal terlebih tuh...nak jadi nakal boleh, tapi biar bertempat dan tak menyusahkan orang lain kayh. kalau agak2 macam rasa takde orang nak dengar masalah awak, akak sentiasa ada untuk mendengar. walau tak dapat membantu, at least i can be your crying shoulder kayh ?? semoga adik2 sekalian sentiasa berada dalam limpahan rahmatNYA dan beroleh kejayaan dala hidup masing2.


p/s : tahukah anda, ianya adalah satu perasaan yang sangat lain bila kita dapat sumbangkan sesuatu kepada komuniti dan masyarakat setempat. walau tak besar mana, ianya tetap perasaan yang menakjubkan. cubalah !!



Wednesday, April 24, 2013

dagu tak suntik okay !



untuk kali ke SERATUS, CG nak cakap yang dagu CG memang ori, semulajadi dan asli tanpa ada cucuk2 botox kemain ape jadah semua tuh untuk bagi runcing. hamboiii kemain korang kutuk dagu runcing CG kan. CISSS !! 

untuk mereka yang bertanya samada CG dah jumpe ke belom MR.X yang CG ceritakan dalam entry sebelum nie...maaf, CG juga menemui jalan buntu *sigh* mungkin juga cerita tersebut terkubur di situ *hukhukhuk*

sesungguhnya CG amat terharu kepada mereka yang bertanyakan kenapa CG nampak muram, kurang bermaya, tak nak cakap banyak lately nie...rileks, CG tak sakit kronik okayy. biasalah bila kepenatan, lesu dan letih tuh memang datang dalam satu pakej yang lengkap *yawwning* seriously sangat terkejar kejar nak selesaikan segala kerja, masalah dan tanggungjawab terhadap semua yang berkaitan dengan diri. kadang kadang sampai rasa 24 jam tu macam tak cukup je nak buat semua kerja. so, my point is i am BUSY not SICK. sabar yea, bila hari CG semakin tenang nanti kita sembang panjang panjang yea.

ada juga yang bertanya my current status sekarang nie as banyak cerita pulak yang terkeluar lately nie *peerrrgghhh, feeling artis* NO, i am not married yet. NO, i am not engaged yet. YES, there's a bit mushy mushy tiny lovey dovey things happening and YES, i am definitely recovering very fast better than i've expected.



nothing much to write actually, just killing my time waiting for something to completely downloaded. akhir kata *gila formal tahap nerdy* dalam musim musim tengah 'panas' kat Malaysia nie, semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmatNYA. jaga tingkah, jaga bahasa dan jaga perlakuan :)



Saturday, April 20, 2013

jejaka misteri.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu !!

fine fine fine. CG tahu memang berkurun tak update. alasan sibuk memang dah basi tapi CG tetap nak bagi alasan jugak. CG malas nak update. nie semua gara2 makhluk mana ntah hacked account blogspot CG nie and tukar password dia. nasib lah member CG ada yang jenis IT freak *eehhh* yang jenis hebat gila dalam dunia IT nie, sekejap je password and blogspot CG dah cure balik. macam takde keje lain kan manusia yang hacked account CG. bukan ade cerita panas ape pon. puiii.

by the way, i miss blogging days. tapi nak buat macam mana kan ?? zaman berpoya poya dah habis. ini zaman memenuhi tanggungjawab yang semakin bertambah *ciss ayat bajet gaya2 dewasa raya* takpelah, bila lagi nak merasa kerja keras. time tengah bujang boleh lah merambu ke sana kemari sesuka hati. hikkss. actually CG just nak mencoretkan satu kisah yang CG tak sangka pun akan jadi dalam hidup CG. selama nie macam rasa dalam hidup nie, takde yang kebetulan. hurrrmmm.

al-kisahnye bermula dari kelmarin. kelmarin CG baru balik dari johor ke kl atas urusan yang macam2. macam biasa, CG turun kat TBS and naik LRT untuk balik ke ampang. masa tengah tunggu LRT tu, 2 orang manusia tanya direction kat CG. dah terasa macam kaunter pertanyaan LRT sudah tapi ape salahnyee kan tolong orang. tak luak pun. the interesting part bermula pada orang kedua yang bertanya.

(CG : CG, orang yang bertanya *tak teringat nak tanya nama dia* : Mr.X)

Mr.X : assalamualaikum. cik tumpang tanya, train nie pegi gombak ke ??

CG : ohhh. kalau nak ke gombak,ambil train yang nie pastu nanti turun kat masjid jamek ambil putra sampai ke gombak.

Mr.X : ohh. terima kasih. lama doh tak mari sini habis bertukar semua sistem LRT.

CG : hmm. agak laaa. takpe, takkan sesat punya. banyak papan tanda. sistem LRT nie baru jugak lah bertukar. datang dari mana ni ??

Mr.X : ohh. saya dari kota bharu, klate. dulu blaja sini, kat UIA. pastu balik klate setahun, esok nie ada interview. 

CG : *senyum. hmm. tak tanya pon. fuuu*

kemudian, Mr.X pun sambung lah berborak borak sampai lah train datang. dia masuk coach lain, CG masuk coach sebelahnya but still boleh nampak satu sama lain. masa CG masuk coach train tuh, conversation kitorang macam sedikit tergantung hokkay. takde goodbyes takde thank yous or pape. boleh tahan macam biadap jugak lah CG masa tuh. well, Mr.X is quiet a good looking guy tapi takde lah jauh sangat CG fikir. CG perasan masa dalam train tuh setiap station train berhenti, dia tengok CG *maybe CG perasanlah kot* then masa CG turun untuk tukar train balik ampang, CG tak pandang pon dia. malu mungkin ??

nak dijadikan cerita, semalam CG ke TBS. atas tujuan ape, tak payah tahu dulu...tu kita cerita lain. tapi semalam CG pegi TBS bawak kereta. masa CG turun lif nak ke tingkat 3, lif berhenti kat tingkat 4 and ada 2 orang mamat masuk. masa tuh CG tengah leka tengok tab so, memang tak amek port sangat lah. tapi tu lah kan, instinct perempuan yang kuat kot...CG rasa macam ada satu aura membunuh yang pandang CG and CG pun angkatlah muka tengok sape manusia yang ada dalam lif tuh. huh. seperti sangkaan memang ade manusia yang tengok CG macam nak telan. still, CG buat dono je lah. masa nak keluar lif tuh, rasa ade orang cuit bahu and panggil 'awak'.

to my surprise, Mr.X hokkay ! apasal lah CG tak perasan. cehhh.

Mr.X : ingat lagi saya tak ??

CG : awak yang tanya saya direction semalam kan kat LRT ?? *senyum*

Mr.X : nasib baik ingat lagi, kalau tak malu je saya. semalam lupa nak cakap, terima kasih ehh tolong bagitahu jalan.

CG : oh, no big deal lah.

Mr.X : huurrmm. kejap. awak nie cik gojes kan ??

okayy, pada waktu itu, semua sistem dalam badan ibarat macam berhenti beroperasi sebab terkejut sangat stranger pon still kenal CG.

CG : macam mana awak kenal saya ??

Mr.X : haaa...rahsia lah !! masa saya tegur awak semalam, saya rasa macam saya kenal. bila saya check balik gambar2 lama, sah. betul pun awak.

CG : gambar2 lama ?? amboiii. maaf, saya makin bingung. ehhh kejap. awak dah kenal saya, tapi saya tak kenal awak lagi. sape nama awak ye ??

Mr.X : hahaha. takpe, kalau kita terjumpa kali ketiga nanti saya bagi tahu nama saya.

CG : aihh...macam tu pulak ?? okayy, kalau tak nak bagitahu nama awak, bagitahulah awak kenal saya dari mana. blog ?? program ?? FB ??

Mr.X : soalan tu saya akan jawab kalau kita jumpa kali ke empat.

CG : aihhh...bila tahun lah tuh nak jumpe nyee.

Mr.X : saya percaya jodoh. yang kelima mungkin selamanya. takpelah, saya gerak dulu, assalamualaikum.

dan dia meninggalkan CG terpinga pinga untuk beberapa ketika. aahhh. lemas sungguh lah begini. dia kenal kita tapi kita tak kenal dia. acaner nie ?? takpe lah, kalau ada jodoh dapat jumpa Mr.X next time, boleh lah CG sambung cerita ini ye.

misteri.


chillax and be awesome !!

dear Mr.X, awak memang unik. i like your style but i don't like to be kept waiting. hurry up :)