Monday, November 26, 2012

DUIT :)


memang mimpi jadi kenyataan Lah kaLau ceLik bijik mata nampak ini :


verangan je Lah mampu tengok duit berkepuk2 cash money cenggini...kaLau pernah tengok pon, toLong kira kutipan amaL untuk orang *sedih* dunia sekarang nie, semua benda pun nak pakai duit...nak dapatkan air yang boLeh diminum pun kene bayar jugak...takot, satu hari nanti, nak bernafas dengan oksigen pon kene bayar jugak...oh, duit !! turunLah dikau mencurah2 ke bumi *tee hee hee, ini memang sudah giLa*

kadang2 tuh, dah sedaya upaya berjimat cermat pun, duit keLuar maca air...padahaL, takde shopping, takde Liburan mahupun membuat perkara2 sia2...tapi tetap duit tu macam tak berhenti2 keLuar dari dompet...kadang2 tak sedar biLa kita guna duit *kan ???* takpe Lah...mariLah kita berusaha dengan Lebih gigih supaya duit tak cepat kering kontang :)


p/s : perasaan sedih tengok akaun bank adaLah Lebih dasyat dari perasaan sedih putus cinta *hekhekhek* sangat dahsyat kan ?? weee~


Sunday, November 25, 2012

cik gojes's fan cLub :)


assaLamuaLaikum and heLLo semua !! ehem...jom tengok transformasi CG nak ?? *tiba2* HAHHAAHAHA~ ini namanya otak tepu takde idea nak taip mukaddimah segaLa..

yeah, ini kesan editing semata patut putih kemain kan :)

weLL, hari tuh sudah check mata and dah buat pun spek untuk membantu tahap kerosakan mata CG nie...serius, memang patut tahap hampir buta gamaknye (-.-") just imagine, power sebeLah kiri adaLah 550 dan sebeLah kanan adaLah KOSONG...nampak sangat CG banyak menggunakan mata kanan seLama nie sampai mata kiri jadi Lazi eyes...furrr...by the way, abang kat FOCUS POINT ampang itu adaLah comeL dan pandai puLak bergurau...masa nak check mata daLam biLik geLap tuh, kemain Lagi CG kene Lecture supaya Lepas ini CG tak boLeh menghadap Laptop daLam geLap *hahahah, seLaLu sangat buat* dan wojib pakai spek kaLau nak buat aktiviti harian terutama sekaLi aktiviti yang meLibatkan tahap fokus yang tinggi...hadoiii, Leceh sungguh Lah aihhh~


terus rasa macam si budak nerd tapi tetap comeL dengan cermin mata kemain tebaL gini.

toLong Lah percaya yang CG kemain dah Lama tak merasa hujung minggu yang penuh aktiviti untuk diri sendiri...asyik keje, keje, keje sampai boyfriend pon Lari cari perempuan Lain yang tak banyak keje *HAHAHAHHA, kemain perumpamaan tak boLeh bLah sungguh* oLeh kerana newsfeed di FB kemain berderet upLoad pasaL twiLight breaking dawn part 2, kemain menggigiL kaki nie nak pegi tengok dengan segera...hari biasa kemain sibuk banyak kerja, hari ini dengan pantas berLari pegi tengok jugak !! *berLari konon, naik kereta cukop*

introducing, cik DAYANG. president CIK GOJES FAN CLUB *bhahhahhaa*

kiranya hari nie CG ditemani kak ngah CG dan fan cLub Lah konon pegi tengoh wayang *guLp!!* hamboiii...keLas sungguh ade fan cLub bagai CG neh *tsssskkk, mampu berangan jek* actuaLLy oLeh kerana dia nie antara member CG yang paLing semangat biLa jumpe CG, so member2 yang Lain pon terus kata dia nie CG punya fan..entah hape2 Lah...janji, i ade fan cLub !! *kidding2*

CG suka gambar nie sebab CG nampak kurus, okay..itu jee motif dia.

by the way...bagi pendapat CG, breaking dawn part 2 which is finaLe movie untuk twiLight adaLah super awesome *Lantak Lah orang Lain nak kata apee, bhahhaha* sebab ape dia best ?? sebab anak beLLa adaLah comeL dan tayLor Lautner adaLah super-hot !! jaLan cerita yang tak bosan and happy ending, itu yang penting...additionaL bonus kenapa cerita ini dapat two thumbs up dari CG adaLah kerana :

Lee pace a.k.a GARRET the vampire

serius, si GARRET ini teramatLah comeL dengan si perempuan voLtan itu...first time tengok terus jatuh cinta kaLi ke sejuta...muka aLa2 maskuLin gitu...wow !! so, bagi sesiapa yang beLum tengok breaking dawn, siLa Lah pergi...tak payah nak terpengaruh sangat dengan review orang...Lain orang Lain pandangan, yee dak ?? kaLau semua orang sama pandangan, kita tak payah ada badan berkanun kat dunia nie *tee hee hee*

Friday, November 23, 2012

Amjad Amsyar dan LaiLa Izzara :)


sisi cerita gadis bernama LaiLa Izzara :

duduk menghadap tingkap yang basah dengan air hujan. tiba2 aku rasa macam jiwa romantika aku datang. cis ! memang tak sesuai Langsung nak berjiwa Lara tengah-tengah kegiLaan hidup disebaLik cermin mata tebaL, kaLkuLator saintifik, timbunan buku dan heLain nota kuLiah yang bersepah macam negeri diLanda garuda. feeLing-feeLing jiwa fantasi remaja yang baru ada putik, dicantas baik dengan reaLiti hidup yang jauh Lebih matang menghempap percikan-percikan angan-angan.

'kaLau rintik hujan dikatakan medium menyimpan memori paLing berkesan, aku mahu khabarkan kepada hujan...simpan cinta aku eLok-eLok sebab satu hari nanti cinta aku itu akan aku tagih semuLa untuk diberikan pada yang sudi membeLa :)'


detik hati menjadi seLoka, coretan jadi pujangga jiwa. ewah ! aku rasa, otak aku makin mereng Lepas gegaran tekanan mcam nak pecahkan dan porak perandakan aku dengan kehadiran kerja yang tak reti-reti nak habis gamaknya. hidup aku 24 jam didedikasi untuk kerja. kadang-kadang aku rasa aku dah jadi hamba kerja sampai separuh tidur pun aku boLeh mimpi kerja. parah !

2.45 petang. aLahai...aku ada meeting dengan si jejaka misteri. takde Lah misteri sangat, cuma perawakan dia memang payah sugguh aku nak faham. tapi satu benda aku hairan, daLam kadang-kadang aku rasa macam nak bagi hadiah maki...kenapa ada sekeLumit rasa tenang hakiki ?? okayy, ini super-parah ! tiba-tiba jantung aku macam berdegup kencang biLa hidung tak berapa mancung aku tangkap satu bau. bau yang seakan-akan mencerit : 'bau aku meLambangkan siapa aku !!'

'assaLamuaLaikum, Lama dah tunggu ??' sapa suara si jejaka tak berapa nak misteri

aku toLeh dan ya, itu dia si jejaka tak berapa nak misteri, mr.buat-jantung-aku-berdegup-Laju-tapi-aku-tetap-pandai-cover *sumpah ini geLaran paLing panjang pernah aku bagi* namanya AMJAD AMSYAR, LeLaki tuLen, tinggi tak tinggi sangat rendah tak rendah sangat, bukan muka pan asian, tidak merokok, takdeLah hensem sangat tapi sedap mata memandang, tidak mencarut dengan kerap *what do you expect, dia bukan nabi kan ??* dan yang paLing penting, jantung aku paLing nakaL berdegup biLa berdepan si tuan badan. hai Lah jantung, boLeh tak kau duduk diam-diam ?? tergencat segaLa kerja untuk 5 saat pertama.

perbincangan entah kaLi ke berapa berLangsung dengan jayanya tanpa otak, Lidah mahupun jantung tiba-tiba gataL puLak tak boLeh nak berfungsi. aLhamduLiLLah..berLaLu sudah detik-detik aku geruni nak bersemuka dengan mr.crush yang makin hari makin banyak puLak haL yang nak dibincangkannya. yeLah, due date dah macam harimau keLaparan menerpa mangsa. akur jugak Lah aku dengan cabaran menjaga hati dari meLetup sebab terLampau excited jumpa manusia yang tanpa sedar aku teLah jatuh suka.

'okayy LaiLa, nanti kaLau kau dah settLe part kau atau ade pape nak tanya...roger je okayy ??'

'takde haL Lah...paLing-paLing tidak pun, uncLe googLe sedia membantu otak benak macam aku nie seLesaikan masaLah-masaLah dunia macam nie' ehhh, pandai puLak tiba-tiba aku nak berseLoroh macam nie tapi ternyata tak keLakar *facepaLm*

'takpe, serius..kaLau ade pape, roger je'

'bereh boh !'

Lepas tu, jantung aku pun buat haL tiba-tiba berhenti 2 saat sebab tengok AMJAD tersenyum dengan Lawak tak berapa nak keLakar hasiL otak aku yang semacam tepu.

'i Like to see you smiLe and i even Love it when i am the reason why'

sebeLum reaksi muka dan otak aku start buat pakatan taknak bekerjasama, Lebih baik aku baLik dan tenangkan diri dari kegiLaan jantung aku berdegup macam nak bagitahu satu dunia yang aku sorang jee ade jantung. kemas-kemas barang, menonong je aku jaLan keLuar Library bajet taknak toLeh sebab bLusher yang aku pakai pun beLum tentu boLeh sorok merah padam muka aku biLa ada bayangan berangan bermain daLam minda. puiii...wahai LaiLa Izzara, berhenti berangan boLeh tak segera ?? AMJAD AMSYAR pandang kau sebeLah mata pun beLum tentu.

ciss, biadap betuL otak aku nie..pantang aku berangan sikit, muLaLah nak down kan aku. Lebih baik aku pergi mandi Lagi best. boLeh feeLing-feeLing macam main hujan aLa-aLa cerita hindustan. weehoo !!

mesej masuk, dari AMJAD. okayy, macam nak meLompat gembira *hikkss*

'Lusa kita pergi cari bahan kat JB eyh ?? 9 pg aku amek kat koLej'

tengok. mesej kau pun pasaL kerja Lah LaiLa...boLeh berhenti berangan, okayy ?? jom bersiram...


****************************

sisi cerita jejaka bernama Amjad Amsyar :

'LaiLa..discussion petang nie kita buat kat kafe nak ?? boLeh minum-minum kee, borak-borak ke..amacam ?? kita keje same-same macam dah Lama, tapi aku macam tak berapa nak kenaL kau puLak...'

hurm. biar betuL aku nak hantar mesej macam nie kat LAILA ?? deLete. deLete. deLete. deLete. urrrgghhh !! payah betuL Lah aku nak communicate dengan perempuan nan sorang tu. serba saLah aku dibuatnya. eeehh, hujan Lah kat Luar. cuaca hari ni macam tahu-tahu jee aku on the way nak jumpa LAILA.

'redup hari bagai redup pandangan si gadis menggetar jiwa. aku sampaikan getar rasa hati ku pada awan yang akan membaLut rasa, sebarkan cinta aku pada si gadis pujaan dengan sejuk titisan hujan meresap ke jiwa si dia'

hidup aku memang banyak dikeLiLingi wanita. sampai satu tahap aku dah tak heran dengan perangai-perangai wanita. bagi aku, semua wanita atas dunia ada persepsi dan watak yang sama. pujuk rayu sikit, habis segaLa benda nak di baginya. tapi wanita yang satu ini Lain puLa wataknya. Lain, memang Lain sampai aku sendiri tak ada perkataan dari kamus yang berjuta juta makna untuk describe perwatakannya. cuma yang aku tahu, keLainan itu seakan menggoncang dunia LeLaki aku jadi up-site-down.

Laju aku cari batang tubuh si pencuri hati. jumpa. oh, si dia juga menikmati hujan di Luar jendeLa. apakah ini petanda ada keserasian antara kita ?? amboii, macho sungguh rasa biLa benak muLa mengorak kata. gadis tak kenaL erti putus asa, tak kenaL erti penat LeLah juga tak kenaL erti duka Lara. kaLau ramai wanita Lebih suka mengada-ngada tapi dia manja daLam keganasan dan ketegasannya. haha, tengok. comeL nya dia berkerut-kerut biLa berfikir. ke dia pun tengah berangan macam aku ?? aLahai, Lagi best kaLau dia berangan pasaL aku, kan ??

15 minit. boLeh tahan Lama jugak aku jadi macam si pencuri cari jaLan nak masuk rumah orang yang berkunci rapat. setapak aku menghampiri, sekaLi ganda jantung aku berdegup Laju. setapak Lagi aku maju, naik menjadi dua kaLi ganda. biLa dah bertapak-tapak aku mendekati, peLuh dingin muLa menunjukkan beLang keLuar dari tempat persembunyian waLau suhu di Library jatuh paras 18 darjah ceLcius. masak aku !

aku sapa dia.

'waaLaikumussaLam. takdeLah, memang dah stay kat Library nie dari pagi pun tadi'

senyum, Lebih manis dari guLa. suara, Lunak didengar waLau tidak di Lenggok manja. sah ! ini memang rasa cinta. tapi, seLaku LeLaki...aku wajar jaga diri dan harus juga jaga bakaL isteri *tee hee hee* petah dan bernas menghambur idea. aku hiLangkan gugup di jiwa dengan menuLis segaLa perbincangan atas Lembaran kertas yang hampir penuh dengan senarai tugasan. aku tutup Lembaran buku.

'aku rasa macam aku tak berapa nak faham Lah benda nie nak buat macam mana..kau buat part nie boLeh LaiLa ??' macam mana aku nak fokus kaLau dari tadi aku asyik marahkan jantung aku supaya dia sLow down sikit berdegup tuh.

'oh, yang tu...boLeh..boLeh...kira aku buat first haLf, then kau sambung yang Lagi Lah eh ??'

'haa...rasanya macam tu Lagi okayy kot...kita buat ikut masing-masing punya expertise'

aku tengok LAILA sibuk berkemas nak baLik. haih. cepat betuL masa berLaLu. aku rasa macam baru sekejap tadi jee aku duduk depan LaiLa dengar dia bercakap tak henti-henti. aku senyum dan tengok LAILA berLaLu pergi.

'kaLau dia suka aku, dia akan pusing and tengok aku sebeLum keLuar pintu Library tu' muLaLah setan daLam hati terikut-ikut kisah cLiche daLam fiLem.

aku tenung, tunggu. kemudian, Lenyap jasad LAILA dari pandangan.okayy, hampa puLak aku rasa. mungkin juga aku perLu berhenti berangan nak memetik bunga Larangan. dia itu mawar penuh duri, mana mungkin ada hati pada aku LeLaki biasa nie. sudah Lah amjad amsyar...LAILA IZZARA tu srikandi isLam berpekerti tinggi. santunnya sahaja boLeh bagi rebah puLuhan jejaka sepuLuh kaLi ganda Lebih baik dari kau. banyak kaLi kau ajak keLuar pegi shopping ke, tengok wayang ke or saje buang masa pun, banyak kaLi jugak LAILA kata, ada banyak kerja. okayy, dia sangat giLa kerja. itu aku kagum !

'Lusa kita pergi cari bahan kat JB eyh ?? 9 pg aku amek kat koLej' sent messege.

'okayy..dah nak sampai nanti bagitahu..and nanti aku angkut Lisa sekaLi ok ?? takkan puLak kita nak pergi berdua je kan :) '

sungguh. makin aku sayang si gadis bernama LAILA IZZARA ni !!

******************************

22 November 2012

genap 2 tahun LaiLa dan Amjad tamat beLajar di universiti. masing-masing masih Lagi berhubung cuma tidak sekerap zaman masih bergeLumang buku dahuLu. seteLah Lama tidak berhubung, LaiLa dikejutkan dengan panggiLan teLefon dari Amjad.

Amjad : assaLamuaLaikum, LaiLa :)

LaiLa : waaLakumussaLam. amboii, Lama sungguh encik engineer kita nie tak contact. ape mimpi tiba-tiba caLL aku nie ??

Amjad : hahaha. cik consuLtant pun apa kurang nya. sibuk memanjang. ehh LaiLa, kau free tak hari nie ??

LaiLa : Lepas office hour aku free Lah. apahaL ??

Amjad : Oh, aku nak bagi kad jemputan kawin aku nie haa...ingat nak pos, tapi macam tak best..so, memang aku ingat nak bagi by hand jee Lah

LaiLa : *terdiam dan terpaku, mode : mata dah berpasir dan panas* 

Amjad : heLLo...heLLo...are you there ??

LaiLa : haaa...sorry2...aku tengah entertaint cLient tadi...hurmm, ape kata kau drop by jee kat office aku petang nie ?? 

Amjad : haa..boLeh jugak tuh..nanti aku jumpe kau kat office kau yea...heeee, Lama tak jumpa kau !

LaiLa : insyaaLLah..okayy Lah Amjad...aku nak gerak jumpa cLient Lagi nie..by the way, congratuLation !!

Amjad : thank you :)


taLian di putuskan. LaiLa tersandar di kerusinya.

'betuL ke ape yang aku buat nie ?? mencintai dia daLam diam ??' suara-suara keciL bertikam daLam hati LaiLa..

LaiLa bingkas bangun dari pejabatnya.

'anis, kaLau ada caLL atau ada orang cari saya...ambiL pesanan yea..saya tiba-tiba rasa tak sedap badan hari nie' LaiLa memberikan arahan kepada setiausahanya sebeLum bergegas puLang ke rumah.

usai soLat maghrib, LaiLa memanjatkan doa agar ALLAH cekaLkan hatinya yang patah menempuhi hari-hari yang mendatang dengan baik hendaknya. bunyi mesej masuk kedengaran.

'aku dtg ofis kau. s/u kau kata kau xsihat. ok x nie ?? -amjad-'

'aku ok je.sorry, tbe2 badan rasa xsedap. -LaiLa-'

'xpe2. aku dh tggLkan kad kawen pd s/u kau. hopefuLLy kau dtg tau ! -amjad-'

'insyaaLLah. -LaiLa-'

'serius nie. dtg tau ! -amjad-'


'i don't know why they caLL it heartbreak, it feeLs Like every other part of my body is broken too'


keesokan harinya, LaiLa masuk ke pejabat seperti biasa. LAILA IZZARA memang wanita yang berkarisma dan tabah dengan apa juga dugaan yang mendatang. di atas mejanya terLetak cantik kad undangan perkahwinan dari AMJAD AMSYAR. LaiLa tidak mampu untuk membuka sampuL kad undangan tersebut dan meLihat nama wanita yang berjaya menawan hati mr.crush nya. perLahan-Lahan kad undangan tersebut dimasukkan ke daLam handbagnya dan LaiLa meLaLui hari itu seperti sedia kaLa.


24 November 2012

hari ini hari minggu. LaiLa menghabiskan masanya bersama keLuarga tercinta. waLau masih ada kesan sedih di hati, LaiLa masih mampu bergurau senda bersama keLuarga dengan menyembunyikan Lara disebaLik senyum di muka. sewaktu LaiLa dan keLuarga baru seLesai bersarapan pagi, kedengaran suara orang memberi saLam di Luar rumah. meLihat keLibat tetamu bukan mahramnya, keLam kabut para wanita seisi rumah bertempiaran mempersiapkan diri seadanya syariatnya. memenuhi adat meLayu, usai bersaLaman dengan para tetamu dan menghidangkan jamuan ringan, LaiLa meminta diri untuk ke biLiknya.

beberapa ketika LaiLa hanya memerapkan diri di daLam biLiknya. maLas mahu mengambiL tahu perihaL tamu mungkin kenaLan ayahanda dan bonda. tiba-tiba, ibu LaiLa menggesa LaiLa bersiap dan turun kembaLi dengan wajah yang sukar untuk LaiLa gambarkan.

'ibu nie kenapa beriya sangat nak suruh pakai eLok2 duduk dengan orang yang datang nie..pLus, apasaL ibu macam senyum2 kambing nie ??? peLik jugak aku nie' getus hati LaiLa.

'jadi macam nie Lah encik dan puan, memang benar saya nie waLinya LAILA IZZARA nie..tapi Lebih eLok kaLau kita tanya empunya badan duLu...' kata-kata ayah puLak menambahkan kekeLiruan LaiLa.

'jadi, macam mana LaiLa..setuju tak ??' soaLan diajukan oLeh tetamu wanita itu.

'ape yang jadinya makcik ??' bagaikan orang bodoh, soaLan sang tetamu di jawab dengan soaLan.

'aLahai...setuju tak kamu nak di nikahkan dengan anak makcik ??'

'hah ?? sape puLak anak makcik ??'

'astaghfiruLLah...Amjad tak bagitahu ke hari nie kami nak datang merisik ??' si bapa puLa menceLah berkerut-kerut dahinya.

'Amjad ?? as if AMJAD AMSYAR ??' tenggeLam timbuL suara LaiLa.

seraya itu, bapa Amjad meneLefon seseorang. usai perbuaLan pendek antara bapa Amjad dan pihak disebeLah sana, teLefon bimbit di huLurkan kepada LaiLa. masih daLam keadaan terpinga-pinga, LaiLa menyambut huLuran itu.

Amjad : assaLamuaLaikum LaiLa.

LaiLa : waaLaikumussaLam. Amjad...kenapa LaiLa macam tak faham ape yang berLaku nie ?? bukan ke Amjad dah nak kawin dah daLam masa terdekat nie ??

Amjad : ya ALLAH, nie mesti LaiLa tak bukak Lagi kan sampuL yang Amjad bagi hari tu..

LaiLa : sampuL ape ??

Amjad : LaiLa !! aduiii...sah tak bukak Lagi...iskk...pegi ambiL cepat sampuL yang Amjad tinggaLkan kat office LaiLa hari tuh...

sepantas kiLat LaiLa berLari ke kamar tidurnya mencari handbag yang tersimpan sampuL yang dimaksudkan. macam orang parkinson LaiLa berusaha mengumpuL tenaga membuka sampuL tersebut. sekeping kad berwarna merah jambu di baca berkaLi- kaLi oLeh LaiLa :



Amjad : heLLo...heLLo...LaiLa, are you stiLL there ?? isskkk...LaiLa, jangan Laa senyap jee...say something wiLL you ?? risau puLak rasa nie...

LaiLa : yee...LaiLa ada nie...

Amjad : memandangkan LaiLa macam baru je baca kad tu, so, Amjad nak tahu terus Lah...what say you ??

LaiLa : ape nye ??

Amjad : Laaaahhh...dia tanya puLak...oiii...Amjad tunggu dah Lebih 4 tahun tau ?? pLease, jangan buat Amjad tunggu Lagi ??

LaiLa : eeeehhhh...ingat, dia sorang je yang konon2 menunggu ?? LaiLa dah berzaman berjanggut tunggu tahu ??

Amjad : ehhh...ye ke ?? hahahhaa...tak sangka !! ingatkan dah kene reject awaL2...

LaiLa : bengong !! tak baik tau Amjad buat LaiLa macam nie...sesak jantung LaiLa tahu ??

Amjad : hahahaha...sekurang-kurangnya Amjad tahu yang Amjad tak bertepuk sebeLah tangan...aLhamduLiLLah...yeay !! score...

*Long pause*

LaiLa : hoiii...chop chop chop...sape kata LaiLa nak kawen dengan Amjad nie ?? toLong jangan perasan eh ??

Amjad : eehhhh...jangan Lah macam nie LaiLa...cepat Lah setuju, kat Luar nie dah nak hujan...kang Amjad basah, demam kang sape jugak yang susah ?? LaiLa jugak...

LaiLa : *bergerak ke tirai biLik dan terLihat Amjad di Luar perkarangan rumahnya* beLi kereta mahaL-mahaL, pegi duduk Luar kereta buat ape ?? sengaL...yeLaaahhh...

Amjad : yeLah ape ??

LaiLa : Amjad siLa Lah dibasahi hujan sebab satu masa duLu, LaiLa simpan cinta LaiLa pada air hujan...

Amjad : kaLau macam tu, LaiLa kene join Amjad sekaLi Lah sebab Amjad pun minta awan hitam seLimutkan cinta Amjad daLam titisan hujan yang bakaL nak turun kejap nie...amacam, ada bran ??

LaiLa : jangan nak main giLa Lah giLa...

Amjad : hahahhaha...


dan akhirnya, dua cinta yang tak pernah terLafazkan menjadi haLaL dengan sebuah ikatan pernikahan..SUBHANALLAH, betapa ALLAH memberi kemanisan terhadap hubungan yang terpeLihara.







hasiL nukiLan satu maLam,
CIK GOJES 

entry penuh madah pujangga.


it's true right ?? sama jugak Lah macam kes sekaLi buat saLah, orang akan ingat sampai biLa2...dan saLah yang satu tuh, habis tutup semua kebaikan Lain yang pernah dibuat...weLL, that is what i caLL LIFE and PERCEPTION :)

hoiiii...pedihnye rasa biLa orang yang betuL dekat dengan kita pun macam tak percaya dengan kita dah sebab kita pernah buat saLah satu ketika duLu...maybe, it's a MAYBE mereka itu tak percaya kepada quote : PEOPLE CHANGE...eeehhhh, ngiLu betuL Lah hati kaLau ini kes jadi kat CG...semacam rasa seorang pesaLah atau banduan daLam penjara Lah biLa kene interview macam setiap minit daLam hidup nak buat kesaLahan yang sama...weLL, kaLau nak sarkastik pun kadang2 kene Lah ade had nyee kan ?? cuba rasa kaLau hari2 setiap minit setiap waktu berkomunikasi nak diinterogasi macam hari ini detik biLa yang kita ada POSSIBILITY uLang kejahatan Lama *sigh*

but what to do...dah buat saLah, kene tadah teLinga and tahan air mata je Lah kan biLa hati kita yang baru nak sembuh asyik kene tikam toreh dengan ayat nampak sopan bertanya tapi Luka dia macam kene koyak rabak dirobek toreh dengan mata pisau yang tajam berkiLat...whatever pun, hidup kene strong sebab ombak badai bukan hanya ada kat Laut pantai jee...badai Lagi giLa daLam kehidupan yang bergoLak tinggi rendah macam graf atas kertas bergaris petak hijau *tee hee hee*

so, peopLe...don't ever jeopardy peopLe's trust on you sebab kaLau kau tak berapa nak kuat, siLap2 kau akan susah nak angkat muka Lawan baLik dan jadi manusia yang Lebih baik...kaLau dah terLanjur buat saLah, ubah diri jadi Lebih baik dari sebeLumnya...kita mintak maaf pun kadang kaLa maaf kita tuh sungguh suka mereka untuk meLekeh Lekehkan...Lebih baik ubah diri yang utama, orang nak terima atau tak itu kisah terakhir sekaLi untuk kau fikir sebenarnya :)


hidup kaLau asyik nak ikut ape orang kata, Lebih baik isi borang jadi hamba abdi sepenuh masa...Life is a cLassroom which experience is the teacher and the mistakes is the evaLuation on your Life test :)






p/s : manusia macam aku nie ibarat konkrit di tapak bina jugak...kukuh memang kukuh, kuat memang kuat sebab ada besi yang sokong keteguhan aku...tapi kaLau beban mampatan mahupun tegangan meLebihi Load yang aku mampu tanggung, kadang2 asas kekukuhan konkrit pon boLeh coLLapse...aku tak mintak korang paham, cuma nasihat aku jangan memandai buat assumption negatif pada seLuruh peLosok dunia. aku, kau, dia dan mereka bukan maLaikat. ada masa kesiLapan tetap kita buat sebab kita bukan maksum.

Wednesday, November 21, 2012

inventions and iteLLigence :)


haLLo2 peopLe...memandangkan CG adaLah budak construction, tiba2 CG macam tertarik dengan benda aLah ini yang CG dapat dari 9gag yaww *giLa kau 9gag boLeh cetus idea kreatif ini* mungkin whoever yang berada daLam construction fieLd macam arkitek, engineers, designers atau mungkin pereka2 barangan eLektronik boLeh impLement benda nie di maLaysia *ke dah ade eh ??*

kagum Lapan juta kaLi sebab tak pernah terfikir :)
based on komen2 para iLmuan tak bertauLiah yang komen di FB CG, maybe produk nie boLeh diketengahkan daLam penggunaan di maLaysia terutama sekaLi di rumah2, hoteLs atau bangunan syarikat2...cuma maybe boLeh dibuat penambahbaikan supaya ianya seLamat dan praktikaL digunakan di maLaysia...YEAY !! :)

okayy...habis cerita benda-menguji-kekaguman-CG...nak start cerita baru puLak *baru ke eh ??* so, hari isnin Lepas, kanak2 semaLaysia teLah mendapat keputusan UPSR mereka kan ?? HAHHAHAHAA *oopppss, tergeLak puLak* ade yang meLompat2 suka sebab mak bapak dah janji nak bagi iphone, xbox bagai Lah kaLau dapat 5A...dan tak kurang juga yang menangis sebab keputusan tak seperti yang diharapkan...weLL adik2, UPSR bukan penamat segaLanya pun...it's a baby step meLangkah ke fasa yang baru...tak semestinya tak dapat 5A, anda akan gagaL seLamanya...come on Lah !!

it's aLL depends on how you manage your education Life afterward...duLu CG 5A gak, tapi kene struggLe giLa2 jugak in order to maintain a successfuLL Life...so, usaha Lagi okayy !!

actuaLLy just nak congratuLate SI BUDAK GEMOK nie haa atas kejayaan dapat 5A..weLL, rasenye CG macam tahu jee kenape dia boLeh dapat 5A *seLain dari usaha dia Lah kan nak success*


atara sebab kenapa SI BUDAK GEMOK dapat 5A :
  • pressure giLa2 dari abang dan kakaknye yang dah seLamat menempuhi UPSR berzaman duLu...HAHAHAHA, kitorang suka kutuk2 dia sebab kitorang suka pakai reverse psikoLogi daLam nak buiLd up semangat bLaja dia.
  • fuLL time cikgu ade kat rumah kottttt *PUAN EMAK actuaLLy* padahaL zaman CG duLu, PUAN EMAK tengah sibuk bekerja cari duit nak menggemokkan CG...so, takde aLasan Lah adik CG nie tak score..
  • seriousLy, dia nie antara anak yang paLing TAAT okayyhhh pada PUAN EMAK *nak kata Lurus benduL pun yee jugak* jadi, mungkin atas sifat dia yang baik itu, ALLAH mudahkan dia dapat kejayaan *hikksss*
  • repord card zaman sekoLah CG, dia buat as cabaran untuk atasi setiap markah and pencapaian yang CG pernah dapat masa sekoLah duLu *she's in the my same oLd cLass and ade antara cikgu dia yang stiLL ingat CG sampai panggiL dia dengan nama CG*

pendek kata, sebenarnya banyak advantages yang dia dapat dari kitorang semua so memang tak wajar kaLau tak perform kan ?? tapi, ini pun namanya rezeki *aLhamduLiLLah* and sebenarnya, daLam kami tiga beradik pon...memang nampak dia nie yang born with inteLLigence...some are BORN with inteLLigence and some WORKHARD to gain it...but, how you HANDLE your inteLLigence does matter :)

so untuk adikku SI BUDAK GUMOK, no present for you as ENCIK AYAH dah voLunteer nak bagi hadiah kan ?? anyways, a song for you *eeehhh, tiba2* :




Lagu takde kene mengena dengan adik CG...i just Love this song very much...hope you guys aLso enjoy it !!

Friday, November 16, 2012

istanbuL, aku datang ! :)



bertempek besar godang poster fiLem di atas menandakan CG bagi 5 bintang untuk ini cerita...weeewwwiiiiittt *tepok kuat2 sambiL main gendang* okayy, i know...CG Lambat...kemain semua manusia terdekat pakat dok pegi tengok cerita sweet nie awaL2 dah pastuh dok hapLoad kat FB twitter bagai memberitahu betapa cerita ini adaLah cerita wajib tengok untuk tahun ini *hikkk, CG pon nak kata begitu*

weLL, memandangkan genre cerita ini boLeh di toton oLeh segenap masyarakat...makanya, CG teLah mengangkut PUAN EMAK, ENCIK AYAH dangan SI DEBAB BONGSU menonton cerita ini di pawagam berhampiran rumah *rasa sweet giLa pegi tengok wayang dengan famiLy* actuaLLy dah Lama jugak tak tengok movie or berjimba2 nie, makanya hari ini ENCIK AYAH dengan baik hati menaja sesi terapi otak untuk CG *hikkksss*

kenapa CG sarankan awak2 semua pegi tengok cerita ini ?? meh sini nak khabo :

  1. sebab ini fiLem buatan MaLaysia yang berkuaLiti. support Lah industri perfiLeman yang tak buat cerita membodohkan diri *if you know what i mean*
  2. sebab scenery cerita ii adaLah teramat awesome dan begitu menakjubkan. dan tak mustahiL kaLau tiba2 Lepas kawen, CG ajak husband pegi buLan madu kat istanbuL *awww*
  3. jaLan cerita dia tak meLeret dan memang tak bodan dari satu scene ke satu scene yang Lain.
  4. Lagu2 daLam cerita ini jugak adaLah sweet giLoss babenggsss.
  5. Lisa surihani punya ekspresi muka adaLah sangat terbaik dan comeL !
  6. animation2 yang cooL jugak menjadi penyumbang kesedapan cerita.
  7. dioLog dan pengucapan bersahaja dan tak rasa macam ayat2 romantik cLiche yang kita dengar so ianya dekat dengan feeLing2 bunga2 generasi masa kini.
  8. watak beto kusyairy adaLah paLing bersahaja dan teramat memberi kesan mendaLam pada CG *eeehhhh, tak pasaL*
  9. beto sangat sweet.
  10. baju2 yang Lisa pakai adaLah sangat REMAJA yaww !!


beto kusyairy, panahan mata menggetar jiwa, senyuman manis menggoda si dara...eeewaaahhh~

'awak, saya takkan mintak peLuang kedua...saya cuma mintak, beri saya satu peLuang nie sahaja' 
- harris, IstanbuL, Aaku Datang ! :)


Lisa surihani, superb expression !

'aku akan buat sampai dia propose aku, wish me Luck ! XOXO, D'
 - Dian, IstanbuL, Aku Datang


p/s : future husband, siLa sabar dengan angan2 jiwang saya okayy ??


Wednesday, November 14, 2012

orang comeL, Lagu comeL dan video comeL juga :)



sejak dua menjak nie suka sangat feeLing2 comeL biLa bersama baby2 yang comeL ini...adoiii..by the way, CG memang suka baby...nak2 Lagi baby yang behave macam budak kat atas nie...dah Lah baik, comeL puLak tuh...kemain pandai duduk diam2 ambiL gamba same2 ngan CG *hikkssss*

so, biLa dah feeLing2 comeL tuh...Layan Lagu pon mestiLah yang comeL2 jugak !! 

jom dengar sama2, video kLip dia memang super comeL jugak !!


ini version yang dapat sentuhan tangan AG COCO yawww...memang sentuhan miracLe Lah kan...CG dengar versi asaL yang originaLLy arrangement tasha and syed pon CG dah jatuh cinta dengan Lagu nie ape tah Lagi biLa dapat sentuhan jejaka hebat buat arrangement Lagu...terus terpengsan jatuh chenta !! serta merta jatuh cinta ke sejuta kaLi dengan suara budak tasha manshahar and syed shamim neh *hikksss*

CG suka videocLip dan Lagu ini, apa puLa kata anda ??


Tuesday, November 13, 2012

Long time no bLog, once bLog comes with baby :)



tudiaa....Lama tak tuLis bLog, sekaLi tekan2 punat keyboard nie terus menempeL gamba CG dan baby comeL *hikhikhik* riLek...riLek...riLek kepada para jejaka di Luar sana yang menaruh hati, Limpa mahupun hempedu pada CG, ini bukan anak CG ohkayyy *hikkkssss* ini baby danish, anak kepada big boss CG...comeL hokayy...ini yang rasa nak cepat2 dapat baby nie ~

oh, sejak dua menjak cuti sekoLah makin menghampiri nie, kemain meLigat manusia manusia yang Lahir sezaman dengan CG dah nak menamatkan zaman bujang mereka...howyeah !!! tahniah2 !!! weLL, daLam pada mereka2 tuh tengah Ligat buat persiapan kahwin, CG pon dengan secara tak sengajanya pun teLah terjebak dengan mereka Lah *bukan CG nak kawen okayyy, beLum Lagi* dah semua kawan2 yang tengah buat persiapan kemain rajin tanya pendapat CG, makanya CG pun suka hatiLah bagi option2 yang tengah in dengan pengantin sekarang...


hekhem...ini cantik hokayyy untuk dibuat outdoor photoshoot yang simpLe2 jek...


baju dena baharin ini simpLe tapi menepati ciri2 musLimah tapi tetap anggun di hari bahagia :)


kepada semua yang sedang sibuk buat persiapan tuh, semoga berjaya okayh !! siLa Listkan segaLa benda ak dibuat sebeLum majLis berLangsung macam checkList baju pengantin, hantaran, catering, goodie bags dan macam2 haL Lagi...buat preparation awaL2 okayyy...


by the way,
perasan tak ??

duLu kemain payah budak2 muda nak kawen sebab takut di cop gataL atau pandangan masyarakat terhadap pasangan muda mesti seLaLu negatif....tapi sekarang, kahwin muda tuh dah macam trending puLak...eLok Lah, dunia sekarang nie macam2 boLeh jadi...so, Lebih baik kawen muda dari buat maksiat kan ?? semoga kehidupan seLepas berkahwin itu mendapat rezeki yang meLimpah dari ALLAH :)

bagi yang kawen muda, jangan ingat nak syok kawen jeee...tanggungjawab kene FAHAM dan AMALKAN okayy :)


orang tanya CG, kenapa tak nak tunang or kawen daLam masa terdekat nie ??

satu, 
CG beLum ada caLon.

dua,
CG yakin yang PUAN EMAK dan ENCIK AYAH beLum bersedia nak menerima menantu.


maka, kukuhLah reason untuk kekaL singLe buat masa sekarang...jom kumpuL duit berkepuk kepuk duLu !! weeehoooo~